Solat Jumaat di Sarajevo
Khatib berbicara dengan tenang. Intonasinya memujuk. Aku merasa begitu berbeza pada hari ini. Aku duduk bersila bersama limpahan anak muda di atas tikar yang dihampar di bawah pokok besar di perkarangan Masjid Gazi Husrev-Beg. Tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam masjid kerana ketika sampai di situ azan hampir berkumandang. Mungkin budaya penduduk Sarajevo memang begitu, suka datang awal untuk solat jumaat.
Khatib berbicara tentang tujuh golongan yang dinaungi bayangan arasy. Aku menoleh melihat di sekeliling. Kelihatan ramai anak muda yang duduk mendengar khutbah. Ada yang duduk selesa di bawah naungan pohon rendang sambil dihembus bayu, ada yang berjemur di tengah panas terik yang suhunya melebihi 35 C. Aku merasa amat tertarik dengan apa yang kulihat. Mereka mendengar khutbah dengan tenang dan tekun. Tidak nampak seorang pun yang tidur ketika khutbah disampaikan. Hatiku berkata, “jauh berbeza dari khutbah di kampung halaman…” Mmm. Aku insaf seketika.
Mungkin kerana khutbah itu datangnya dari hati sang khatib dan sampai ke hati sang pendengar. Allahu a’lam. Yang jelas, walaupun aku tidak memahami bahasa Bosniak, hatiku juga amat tenang mendengar khutbah itu. Puas hatiku dapat bersolat jumaat di situ. Subhanallah…..
Gazi Husrev-Begova
Di samping Gazi Husrev-begova dzamija (Masjid Gazi Husrev-beg ), terdapat beberapa bangunan lain yang membentuk kompleks bersejarah ini: masjid, maqam Gazi Husrev-Begova dan pembantunya, kompleks madrasah, kompleks penginapan musafir (traveller’s inn) dan sebagainya. Siapa Gazi Husrev-begova? Beliau adalah warga Bosniak yang dilantik sebagai Gabenur Khilafah Uthmaniyah yang bertugas pada tahun 1521-2525, 1526-1534, 1536-1541 (sumber: Wikipedia).
Perang Bosnia
Dari pengamatanku yang singkat, masyarakat Sarajevo kelihatan lebih suka menyendiri, dan bila ditanya, mereka akan menjawab pertanyaan pada kadar seadanya. Kaunter di pusat informasi juga tidak beriya-iya dalam menjawab pertanyaan. Information counter di stesen bas juga kurang membantu. Namun ianya berbeza dengan mereka yang ditemui di masjid. Mereka adalah lebih mesra. Telahanku ketika itu…. mungkin ini kesan dari Perang Bosnia…
Mengimbau 25 tahun yang lalu, ketika kami bergiat aktif dalam Islamic Society of Newcastle University. Kami mengumpulkan wang, pakaian dan sebagainya di masjid. Ketika mengemaskan pakaian untuk dilipat dan dibungkus di dalam kotak, Dr. Ali, seorang warga Palestin rakyat Arab Saudi berkata lebih kurang begini, “Ya akhi, look at this ! Who is going to wear these?” Dia menuding jarinya kepada selonggok kain sari yang didermakan. Ada benarnya, masyarakat Bosnia tidak memerlukan kain sari. Haha…, tanpa mengecilkan keikhlasan penyumbang yang ingin membantu saudara mereka yang terkesan dari peperangan yang berlangsung antara 1992-1995, kami mengasingkan kain sari dari pakaian yang akan dihantar ke Bosnia. Ramai orang Islam bangsa Bosniak yang terkorban dalam peperangan pasca Yugoslavia.
Kebetulan ketika aku mahu meninggalkan Sarajevo, aku terbaca artikel ini. Ini adalah penceritaan mangsa yang melalui detik-detik selepas peperangan. http://www.independent.co.uk/news/long_reads/bosnia-war-rape-survivors-speak-serbian-soldiers-balkans-women-justice-suffering-a7846546.html.
Pengalaman Bosnia jelas menunjukkan bahawa, bermuafakat lebih baik dari bermusuh, toleransi lebih baik dari membenci, pendekatan dakwah lebih baik dari pendekatan menghukum. Perdamaian lebih baik dari peperangan.
Pengangkutan di Sarajevo
Sarajevo adalah negara yang bukan kaya, dan kelihatan masih lagi dalam pemulihan selepas perang. Sebahagian dari jalan keretapi masih lagi belum beroperasi. Ada yang baru saja dipulihkan. Semuanya kesan peperangan. Di bandar Sarajevo terdapat tram, yang kelihatan usang tetapi masih beroperasi dengan baik. Ada tram yang beroperasi atas rel, ada tram bus yang merupakan bas elektrik.
Jambatan Mostar
Jika anda ke Bosnia, Mostar adalah satu lagi bandar yang elok disinggahi. Jambatan yang menjadi tumpuan pelancung itu juga mempunyai sejarah yang panjang.
Mostar adalah sebuah bandar kecil, tetapi sejarahnya panjang. Di situlah terletaknya sebuah jambatan yang terkenal dan bersejarah yang telah dibina dengan rekabentuk yang berbeza dari amalan senibina dan lebih dipengaruhi oleh kewujudan bahan. Namun ia kukun. Ianya diceritakan semula oleh pasukan yang terlibat dalam projek m embinnya semula sperti yang dipapar dalam video dimuzeum di situ. Lebih menarik lagi, di situ, seorang pekedai dapat meneka yang aku orang Malaysia, hehe.
Empat hari aku di Bosnia untuk mengenali negara Balkan itu dengan lebih dekat. Sejarahnya, penuh dengan pelbagai peristiwa dan pengajaran. Apa yang lebih penting ingin aku nyatakan di sini, Bosnia adalah tempat yang pemandangannya indah, dan kos kehidupan yang agak rendah. Jadi ianya boleh menjadi destinasi yang sederhana dari segi kos. Bengantung kepada minat masing-masing, Bosnia boleh menjadi destinasi untuk bercuti.