Buatmu Sahabat 23 – Ziarah Kerana Allah

Sahabat,

Eidilfitri memberi kesempatan baik untuk kita saling kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi. Ianya amat penting kerana amalan menghubung dan mempererat silatur-rahim itu merupakan perkara yang sangat ditekan oleh ajaran Islam. Sama ada mereka merupakan kaum keluarga, sahabat, jiran ataupun siapa saja, ikhlaskan hati dan ziarahlah mereka. Ketepikan segala kepentingan duniawi dan bulatkan tekad untuk berziarah semata-mata kerana Allah SWT kerana ganjaran yang  amat besar di sisi Allah menanti di akhirat, sesuai dengan maksud hadith di bawah.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan – yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya: “Ke mana engkau menghendaki?” Orang itu menjawab: “Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini.” Malaikat bertanya lagi: “Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh dari saudaramu itu?” Ia menjawab: “Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah.” Malaikat lalu berkata: “Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu – guna memberitahukan – bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu karena Allah.” (Riwayat Muslim)

Dan dalam hadith yang lain yang juga diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. , katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang meninjau orang sakit atau berziarah kepada saudaranya kerana Allah, maka berserulah seseorang yang mengundang-undang: “Engkau melakukan kebaikan dan baik pulalah perjalananmu, serta engkau dapat menduduki tempat dalam syurga.”

Dua hadith di atas merupakan contoh ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT bagi mereka yang mengamalkan kunjung-mengunjung kerana Allah. Sebab itu kita perlu mengamalkannya, apatah lagi jika kita mempunyai sanak saudara atau sahabat yang sakit, ditimpa musibah dan sebagainya yang memerlukan sokongan moral kepada kita semua.


About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s