Sampaikah hati anda?

Khutbah jumaat adalah satu wahana yang amat baik untuk memberi peringatan kepada umat Islam kerana peratusan mereka yang hadir bersembahyang jumaat adalah jauh lebih tinggi dari majlis-majlis ilmu yang di adakan di masjid-masjid selepas maghrib, subuh maupun dhuha.

Namun ada juga yang mengatakan, antara tidur yang paling enak adalah semasa khutbah jumaat. Sebab itu khutbah yang efektif adalah yang jelas isinya dan disampaikan dalam masa yang singkat. Mungkin tempoh yang sesuai adalah 20 minit kerana itulah tempoh masa maksimum yang kebanyakan orang boleh memberi tumpuan. Apatah lagi jika ucapan itu datang dari hati para khatib. Ucapan yang datang dari hati dengan penuh perasaan dan keikhlasan pasti dapat menyentuh hati pendengar.

Khutbah yang aku dengar semalam membuatkan aku terpegun seketika. Khatib membicarakan tentang buruknya amalan rasuah dari perspektif Islam, dan menasihatkan supaya para Jemaah tidak melakukan amalan tersebut.

Amaran dari Allah Azzawajalla amat jelas. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi bermaksud, “ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”. Jika itu kedudukan penerima dan pemberi rasuah, amatlah wajar kita menjauhinya.

Khatib berkata lagi, sampaikah hati para jemaah sekelian membawa pulang hasil rasuah untuk memberi makan kepada ahli keluarga di rumah? Tidakkah kita merasa sayang kepada mereka? Sampaikah hati para jemaah sekelian memberikan hasil rasuah kepada kedua orang tua kita yang telah bersusah-payah membesarkan kita sejak lahir ke dunia ini? Ya… cukup dengan dua soalan itu. Hati yang hidup pasti dapat merasainya. Sampaikah hati anda?

Di akhir khutbah khatib membawa cerita khalifah Umar bin Abdul Aziz, yang merupakan salah seorang pemimpin agung yang patut dicontohi oleh pemimpin hari ini. Mendengar cerita itu, hatiku berkata, “mmm… amazing, it sounds like fiction, yet it is part of a written history, available for later generations to realize that even a normal human being can be truthful and virtuous.” Umar bin Abdul Aziz mengurus negara untuk kepentingan rakyat. Ia melakukannya sebagai ibadat untuk Allah s.w.t.

Bayangkan seorang pemimpin negara yang tidak mempunyai wang untuk membeli baju baru untuk anaknya menjelang hari raya… Ketika itu aku merasa sedih teringat kepada al-marhum bapaku yang juga pernah melalui suasana itu. Tapi dia seorang penoreh getah, sedangkan Umar bin Abdul Aziz itu seorang khalifah. Semoga Allah merahmati khalifah agung itu, dan semoga Allah merahmati kepada kedua ibu-bapaku yang telah melakukan pelbagai pengorbanan dalam membesarkanku dari kecil hingga dewasa.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat, Opinion. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s