Rehlah Pulau Sibu

Indah tersergam Pulau Tinggi  – dilihat dari atas bukut Pulau Sibu

Pulau Sibu Besar

Ini adalah kali ketiga saya sampai ke Pulau Sibu. Pulau yang indah ini letaknya tidak jauh dari pantai timur Johor – 30 minit dengan feri, 10 minit dengan bot laju dan 45 minit dengan bot nelayan kelas A dari jeti Tg Leman.  Dalam perjalanan ke sana, kita boleh melihat beberapa buah kelong yang sering dikunjungi oleh mereka yang suka memancing berkumpulan. Malah ada yang pergi ke sana bersama keluarga. Mmm… saya sendiri belum pernah memancing di kelong sebab saya lebih suka “belayar”, berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, sambil menikmati perjalanan yang dialun ombak.

Pulau Sibu terdiri dari Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah (yang mempunyai Sibu Island Resort) serta beberapa pulau lain. Berhampiran dengan Pulau Sibu Tengah, terdapat sebuah pulau kecil di mana aktiviti snorkeling boleh dibuat (tak cantik sangat tapi OK untuk suka-suka). Di antara Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, terdapat beberapa pulau kecil yang menjadi tumpuan pemancing laut dalam kerana air di situ dalamnya 20-30 m berbanding dengan lebih kurang 10 m di kawasan kelong. Saya diberitahu oleh seorang pemancing tegar bahawa dia suka ke situ untuk memancing secara “popping” bagi memburu GT.

Semasa trip pertama saya ke sana, kami menghabiskan sehari berjalan kaki meneroka pulau. Ketika itu bekalan makan tengahari yang dimasak di awal pagi dan kami memulakan perjalanan selepas menimati meehon goreng semasa sarapan.  Dalam perjalanan kami sempat meninjau tempat dan berkenalan dengan penduduk pulau yang sememangnya peramah. Antara tempat yang menarik ialah Twin beach resort. Fasiliti di situ agak “basic” tetapi ia mempunyai 2 pantai. Laut tenang di sebelah barat, menghadap tanah besar, dan laut yang lebih berombak di sebelah timur menghadap ke laut lepas. Bagi saya pantai itu amat digemari, walaupun lebih merbahaya kerana ianya lebih curam. Ada beberapa resort yang lebih exclusive, yang lebih digemari oleh pelancungluar negara. Semuanya menghadap ke laut kepas, di timur pulau tersebut.

Dalam  trip kedua, kami mendaki bukit di pulau itu (err, lupa tanya nama bukit itu) dan berjalan di sepanjang puncak – suatu perjalanan yang cukup menarik kerana pemandangannya sungguh indah.  Perjalanan itu mengambil masa 4 jam, tapi sebenarnya boleh dicepatkan jika kesuntukan masa.

Bagi saya, pemandangan yang paling cantik boleh dinikmati di bahagian selatan pulau di mana terdapat pokok-pokok renek yang menghiasi bukit. Dengan cuaca cerah dan nyaman serta tiupan bayu laut menampar muka, perasaan ketika itu amat melegakan, malah menghiburkan. Perasaan ketika itu terasa seolah-olah mahu terus mendirikan khemah di situ. Malang sekali, tempat itu tiada sumber air, jadi kurang sesuat dijadikan tempat berkhemah. Sebenarnya, Pulau Sibu bergantung kepada air perigi, dan air perigi di situ jernih.

Bersama Prof. Sahrim ( YDP IKRAM WP), Syed Ibrahim (Naib Presiden IKRAM), dan  Ir. Jamaludin (YDP IKRAM P. Pinang) di atas bukit. Bayangan Pulau Tinggi di belakang.

Kali ini saya menyertai perkhemahan yang dianjurkan untuk kepimpinan IKRAM. Di samping sesi-sesi tazkirah yang tajam kerana berteraskan realiti, kami juga mempunyai sesi-sesi santai seperti mendaki (lebih kurang 30 % daripada keseluruhan perjalanan yang saya lakukan sebelum itu) serta beberapa aktiviti air. Sesi pendek “memancing untuk beginners” juga disusun.  Walaupun tempatnya kurang menarik, dalam masa lebih kurang 1 jam, kami berjaya mengumpulkan sebaldi ikan kunyit. Tempat itu adalah tapak kelong yang telah dirobohkan.  Rupa-rupanya terdapat banyak ikan kunyit yang gemar kepada apolo hijau yang saya buat dari tali plastik. Ikan spesis ini juga suka kepada sotong. Oleh kerana kami hanya mempunyai satu bot hanya sebilangan saja yang dibenarkan pergi bersama. Yang lain semuanya mencuba nasib di jeti.

Di atas bot bersama Ustaz Dr. Parid (Presiden IKRAM)

Kg. Duku

Kampung Duku merupakan satu-satunya penempatan penduduk di situ di samping resort yang kebanyakannya diusahakan oleh orang luar. Di situ terdapat pos  polis, klinik desa, sekolah rendah terlalu besar berbanding bilangan murid (saiz standard), sekolah rendah agama, masjid yang kecil dan sebuah jeti baru yang menggantikan jeti lama.  Ketua kampung di situ ialah En Fendi yang merupakan anak kepada Allahyarham Pak Awang ketua kampung sebelum itu. Kebanyakan ketua keluarga kini bekerja di resort. Aktiviti memancing tidak lagi menjadi punca pencarian pendapatan utama. Di situ terdapat banyak lembu yang berkeliaran. Jika anda seorang peguam, mungkin boleh cari pendapatan untuk menyaman tuan punya lembu ataupun mempersoalkan hak pemilikan. haha…

Dalam program itu, kami menyembelih seekor lembu yang dibeli dengan harga RM800 seekor. Tengahari itu, apabila pulang dari trekking, kami menikmati sup yang dimasak oleh beberapa chef tidak bertauliah, tapi rasanya amat lazat. Ada yang menikmati sup dalam tempurung kelapa muda. Gandingan lemak isi kelapa dan lemak lembu sudah pasti meningkatkan kolesterol, haha… Makan sup dalam “degan” ?

Oleh kerana penduduk lelaki sibuk bekerja, masjid di situ agak sunyi. Ia mempunyai imam dan bilal tapi kedua-dua mereka tidak mahu dilantik secara rasmi oleh jabatan agama Johor. Yang menariknya, bila salah seorang dari mereka tiada pada hari jumaat, ketua kampung akan mengambil-alih sama ada sebagai imam ataupun sebagai bilal. Semasa kami di sana, Fendi bertugas sebagai bilal.

Retreat yang Amat Bermakna

Mengurus organisasi massa yang berteraskan islah, dakwah dan kebajikan memang memerlukan pengorbanan – ada yang berkorban lebih dari yang lain. Tambahan pula bila didorong oleh idealisme yang tinggi, sasaran yang tinggi selalu diharapkan dalam setiap perkara yang dirancang, tetapi hasilnya perlu dengan hati terbuka. Sama ada berjaya atau separa berjaya, pengajaran diambil. Selalu juga pemimpin dikritik dan semuanya perlu diterima dengan positif.

Semua itu sebahagian dari perjalanan dalam laluan hidup yang telah dipilih. Kami menghabiskan banyak masa di dewan mesyuarat bagi membincang pelbagai polisi dan isu serta mengimbau dan menilai kejayaan atau kegagalan apa yang telah dirancang. Ada kalanya perbincangan itu berlaku dalam suasana yang amat serius dan kadangkala ianya cukup meletihkan minda.

Jadi, hujung minggu yang dihabiskan di Pulau Sibu itu telah memberikan ruang yang amat diperlukan. Dalam sesi yang penuh dengan ukhuwah, mahabbah dan keceriaan, kami semakin dapat mengenali antara satu sama lain. Sukar untuk diungkap bagi membayangkan perasaan peserta, tetapi hujung minggu itu penuh dengan memori – yang manis, yang lucu dan yang syahdu. Alunan nashid dari Ustaz Abd Halim dan Ustaz Syazalie amat menyentuh perasaan.

Us Zawawi berkongsi roti dengan Us Sayuti di Tg. Leman – sejak beberapa tahun lalu, banyak yang saya pelajari dari 2 insan yang kaya dengan pengalaman dan kebijaksanaan ini

Di antara peserta, ada dua “wise men” yang telah banyak memberikan mutiara-mutiara nasihat yang begitu berharga kepada saya. Oleh kerana kami datang dari 3 negeri berbeza untuk program di Kuala Lumpur, kami berpeluang melalui sesi-sesi bersama, di pagi hari selepas solat subuh, semasa makan ataupun sebelum tidur. Dua karakter yang berbeza itu saling bersetuju dalam menilai isu dan permasalahan hidup. Itulah hasil tarbiyah yang telah dilalui dalam laluan hidup di jalan dakwah.

Semoga Allah sentiasa memberikan mereka (dan juga sahabat yang lain) taufik dan hidayah supaya mereka dapat terus menyumbang di jalan yang penuh cabaran dalam menjadikan Malaysia dan dunia ini tempat yang lebih baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah yang Maha Agung.

Dei di Senai Airport – menemani sahabat yang akan pulang ke Kedah, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Kelihatan Dr. Zainal, YDP IKRAM Sabah sedang menolak troli.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Rehlah Pulau Sibu

  1. muhammad lokman says:

    assalamualaikum.blh bg contact no. di kg duku chalet yg ekonomi ataupun mana2 person yg blh bg mklumat ttg kg duku utk buat program

  2. Anonymous says:

    saya bercadang untuk buat program kemasyarakatan disana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s