5 Maut akibat keracunan Ammonia

Pagi tadi saya terkejut apabil  membaca akhbar yang melaporkan kemalangan yang melibatkan kebocoran ammonia dari sistem penyejukan di Tanjung Karang. Amat menyedihkan. Pada saat ini, berita ini tersiar luas di TV, radio dan internet.

Ammonia adalah gas beracun jika ia melepasi had kepekatan tertentu. Bagi pekerja yang terdedah kepada Ammonia, pendedahan yang dibenarkan mestilah di bawah 25 ppm (ACGIH). Lebih dari itu, keadaan tidak boleh diterima iaitu merbahaya. Ammonia juga mempunyai Odor threshold yang rendah (5 ppm). Jadi, apabila bau hancing Ammonia itu mula dikesan, keadaannya masih boleh ditolak ansur oleh badan manusia. Jika anda melawat kilang membuat produk berasaskan latex seperti cathetter, tiub dan sebagainya, anda akan dapat melihat pekerja yang sentiasa menghidu bau Ammonia. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan pekerja kurang sensitif dengan bahaya Ammonia. Seseorang yang sudah biasa dengan sesuatu bau akan tidak perasan  jika kepekatannya bertambah. Ini boleh membahayakan kerana mereka mungkin tidak akan mematuhi langkah keselamatan di tempat kerja.

Dalam kes yang berlaku di Tg Karang ini pula, oleh kerana Ammonia tulen/hampir tulen dibebaskan ke persekitaran ekoran kebocoran, maka kepekatan Ammonia di udara di persekitaran yang hampir dengan tempat kebocoran itu lazimnya amat tinggi, dan jauh melebihi STEL (Short term exposure limit) ataupun MEL (maximum exposure limit). Ini menyebabkan mereka sesak nafas apabila menghidunya.

Peristiwa ini jelas menunjukkan  kepentingan kesedaran keselamatan penggunaan bahan kimia di tempat kerja sebagaimana yang digariskan dalam peraturan-peraturan keselamatan dalam Akta keselamatan dan kesihataan pekerjaan (OSHA), 1994, khasnya peraturan Use and Standard of Exposure Chemical Hazardous to Health, USECHH yang dikeluarkan pada tahun 2000.

Sebagai langkah pertama, pekerja perlu mengenalpasti bahaya yang wujud di persekitaran mereka. Anda boleh mendapat maklumat tentang bahaya sesuatu bahan di dalam chemical safety data sheet (CSDS) yang juga dikenali sebagai material safety data sheet (MSDS). Hari ini maklumat amat mudah didapati. Dengan hanya menaip MSDS (nama bahan) di search engine seperti google, anda akan dapat mencari maklumat sifat fizikokimia dan toksikologi sentiasa ada dalam semua MSDS. Jika anda seorang majikan, anda perlu menerangkan bahaya kepada pekerja kerana itu adalah tanggung-jawab anda, Jika anda pekerja, anda perlu mengetahui bahaya itu kerana anda sendiri yang akan terdedah kepadanya.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to 5 Maut akibat keracunan Ammonia

  1. S.S. Chong (MK091053) says:

    Prof, saya juga terkejut dan sedih atas kemalangan ini. Ignorance and the lack of product knowledge on how to handle hazardous jobs have caused workers lives. Worst, most of the time, those that dieded are low-income earners/labourers.

  2. Prof., Kemalangan ini bukan berpunca dari ammonia. Ia adalah disebabkan oleh gas H2S (hidrogen sulfide) yang terhasil dari rotten fish. Ini disebabkan tangki penyimpanan ikan tersebut tidak dipasang dengan sistem penyejuk kerana untuk menjimatkan elektrik dan ikan yang disimpan adalah ikan yang tidak boleh dijual dan hanya dijual kepada pengilang yang membuat makanan ikan.

    note: Seronok juga membaca blog Prof.. Saya bekas student Prof di UTM dan sekarang bekerja di DOSH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s