Sekolah Kebangsaan Krubong, Melaka.

Sekolah Kebangsaan Krubong memang tidak dikenali. Pada tahun 1971, apabila saya memasuki darjah 1 (tahun 1), pelajarnya tidak sampai 200 orang. Setiap tahun selalunya hanya ada 1 kelas. Kadang-kadang 2 kelas. Pada masa itu, sekolah ini ada 3 bangunan – sebuah kantin baru, bangunan baru 2 tingkat batu dan bangunan kayu 2 tingkat yang dibina pada tahun 1936. Sebenarnya walaupun kecil, sejarah sekolah ini panjang kerana di sini juga bapa saya bersekolah. Sekolah ini menempatkan anak-anak dari Kg. Krubong, Kg. Ladang, Kg. Tampoi, Kg. Sungai Badau, Kg. Tanah Merah dan Kg. Lanjut Manis – semua dalam Mukim Krubong. Dalam kelas kami ada anak guru besar (Cikgu Yahya) yang tinggal di Kg. Cheng.

Pagi-pagi kami diminta membersihkan padang sekolah dan persekitaran bilik darjah. Lepas itu ada perhimpunan di hadapan bangunan baru 2 tingkat. Semasa berada di tahun 6, saya ditugaskan membaca ikrar rukun negara dengan diikuti oleh pelajar lain semasa perhimpunan. Ketika itu saya adalah ketua murid. Di sekolah kami ketika itu tidak ada pengawas. Yang ada hanyalah seorang ketua murid dan semua pelajar tahun 6 menjadi pembantu.

Suasana pembelajaran adalah sederhana. Yang paling menyeronokkan ialah sesi rehat di mana kami akan bermain bersama kawan. Ada yang ke kantin membeli sedikit makanan tetapi ramai yang membawa bekalan dari rumah. Yang ke kantin kebanyakannya membeli “Aiskrim Malaysia”.

Di hujung tahun 1971, berlaku banjir besar. Persekolahan bermula lewat sedikit pada tahun 1972.  Pada tahun itu, masing-masing bergaya dengan kasut “Bata” dan baju sekolah baru yang kami terima sebagai sumbangan kepada mangsa banjir. Selalunya, kebanyakan dari kami menggunakan kasut murah, sama ada kain ataupun plastik.

Setiap tahun sekolah menganjurkan hari aneka ragam di mana setiap kelas perlu membuat persembahan dengan ditontoni ibu bapa, guru dan semua pelajar. Hari aneka ragam memang meriah, ianya ibarat pesta tahunan. Setiap tahun saya akan mengambil bahagian dalam lakunan dan sebagainya. Yang pasti, arwah datuk saya sentiasa datang dan duduk di barisan hadapan untuk menonton gelagat cucu-cucunya yang ramai di sekolah itu, iaitu adik beradik saya dan anak-anak arwah Pak Cik Rahim dari Tampoi.

Saya juga suka menyertai apa-apa pertandingan yang dianjurkan. Semasa di tahun 1, saya memenangi pertandingan menghafal rukunegara. Hadiahnya bekas minuman. (tak ingat jenama apa, mungkin Tupperware?). Semasa di tahun 4 saya memenangi tempat ke-2 pertandingan bercerita. Tempat pertama dimenangi oleh pelajar tahun 6. Cerita yang saya sampaikan ialah “Kambing dan Arnab”. Banyak lagi pertandingan yang saya dah lupa…

Saya mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-quran peringkat Zon Tanjung (sekarang lebih kurang sama dengan Parlimen Tangga Batu). Sehari sebelum pertandingan, saya dibawa pulang oleh Ustaz Hamid dengan menaiki motosikal Vespa ke rumahnya di Bukit Rambai. Dalam pertandingan itu, saya mendapat kedudukan pertengahan. Komen Ustaz Hamid, “tajwid bagus, tapi lagu tak berapa baik…”.

Di dalam peperiksaan penilaian sekolah rendah, saya berjaya mendapat 4A 1C. Yang C tu, boleh agak sendiri… kami orang kampung mana tahu bahasa inggeris.  Masa itu TV pun tak ada di rumah. Filem yang ditonton pula datang dari Jabatan Penerangan yang ditayangkan sekali sekala di Balai Raya. Kami panggil wayang Tun Razak sebab sentiasa ada dokumentari tentang pemimpin negara. Kemudian, datang pula panggung wayang bergerak masuk ke kampung, itu pun semua cerita Hindustan.

Tawaran ke sekolah menengah juga menarik. Kebanyakan kawan akan ke Sekolah Menengah Tanjung Minyak (sekarang dipanggil Sekolah Tun Haji Abdul Malek), ada yang ke Sekolah Tun Mutahir di Batu Berendam. Ramai juga yang berhenti persekolahan di tahap itu. Bila dikenang semula, sedih rasanya. Ada yang tidak minat untuk bersekolah, malah pada masa itu membaca pun masih tak tahu. Ada yang berhenti disebabkan kemiskinan kerana sekolah menengah semuanya jauh dari rumah. Ada yang mengikut tradisi keluarga, semua berhenti sekolah selepas tahun 6.

Dengan keputusan 4A1C, saya telah ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains (SMS) Melaka. Sejurus kemudian, sampai pula surat dari kementerian pelajaran menyatakan bahawa saya akan ditempatkan di SMS Negeri Sembilan sementara menunggu pembangunan SMS Melaka selesai. Belum sempat surat itu dijawab, tawaran ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh pula tiba. Berdebar hati, nak pilih yang mana. Saya bertanya kepada bapa saya, “bolehkah saya pergi sekolah yang jauh?” Bapa saya bersetuju, dan STAR menjadi pilihan.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Flashback and tagged , , . Bookmark the permalink.

66 Responses to Sekolah Kebangsaan Krubong, Melaka.

  1. baizura says:

    salam…

    SK Krubong sudah banyak perubahan. pada hari ini, SK Krubong di dalam proses untuk menambah blok, bagi menampung peningkatan pelajar…padang sekolah akan dibesarkan. saya sempat untuk belajar di bangunan kayu 2 tingkat..sekarang, blok kayu tersebut telah digantikan dengan blok batu 2 tingkat…

    • Dr. AA says:

      Ya, memang sekolah itu telah berubah wajah. Saya juga amat berharap agar pencapaian akademiknya juga meningkat berganda-ganda dan kebanyakan murid menjejakkan kaki ke IPT. Saya akan amat berbangga jika ada dalam kuliah saya bekas pelajar SK Krubong.

      • assalamualaikum buat warga sekolah kebangsaan kampong krubong semoga sihat sejahtera selalu.saya norshahfiqah shuhaidah binti azman shah pernah bersekolah kampong krubong ingin memberitahu bahawa mungkin saya akan ke sana walaupun dari sini hingga ke sana agak jauh tapi saya ingin tetap pergi ke sana kerana rindu akan warga sekolah di sana.saya di sini dalam keadaan sihat sejahtera.saya mengucapkan terima kasih kepada cikgu,ismayuzi,wan,sabrina,faezahdan semua yang mengenali saya.kepada kawan-kawan saya juga yang berada di 6arif mengucapkan semoga berjaya dalam upsr.di sini saya berhenti semoga semua sihat sejahterah.assalamualaikum.

    • karim jamaludin says:

      saya bekas pelajar sk kbg krubong sessi dari thn 71 hingga thn 80

  2. antsz98 says:

    saya salah seorang pelajar di sk krubong lama dah
    semoga pembangunan di sekolah tersebut akan terus pesat
    sebagaimana pembangunan di kg krubong
    semoga sk terus maju……………..

  3. MUHAMMAD AKMAL BIN MAD YATIM says:

    ASKUM… sy bks plajr sek ren krubong pd thun 1997-2002… knangan yg x leh sy lpe semasa sy dan kengkawan memenagi pertndigan bola baling dan menaikkan nme sek krubong shingga kami mewakili negeri melaka… sy msih ingat guru yg mgajr sy mse 2, iaitu cikgu zaili &cikgu zuhairi… sy x tau lah klau guru 2 x de lg.. d hrap cikgu sume shat khendaknye.. time kasih cikgu…

    • Dr. AA says:

      salam,
      Tahniah. Masa kami dulu, kebanyakannya sampai ke zon tanjung saja. Tapi semangat memang tinggi, malaupun lawan bola pakai kasut sekolah kerana tiada boot sukan.. Antara kenangan manis, selepas menentang TES (tak ingat TES1 atau TES2) di Sekolah Lereh, cikgu belanja makan roti dan ice cream di Pantai Klebang.

    • Iman Fahmi says:

      saya kenal abang ni , adik abang aidil md yatim kan ? sama baya dengan saya . dan bermain bola baling dengan saya , saya bangga kerana dqpat mewakili negeri dalam pertandingan itu . insyaallah even saya dah besar saya akan tetap singgah sekolah kerubong .

  4. Lengkuasa says:

    Saya seorang bekas guru yang pernah mengajar di sekolah kebangsaan kerubong 2005-2008.
    Memaklumkan kepada akmal bahawa cikgu zulhairie masih disana mengajar sejak sekian lama. mungkin beliau masih mengingati anda.
    penambahbaikan dari segi infrastruktur dan akademik giat dijalankan sejak kebelakangan ini. tidak mustahil ia semakin melonjak kelak.

  5. Dom says:

    Salam semua,
    Saya ni pun bekas pelajar SK Kerubong, tapi taklah lama sangat keluar sekolah tu. Masuk Darjah Satu 1966 (dulu masih panggil darjah), 1971 Darjah Enam dah. Agaknya dah lebih 30 tahun tak jengok sekolah tu. Jauh, di Miri ni. Balik Melaka pun tak selalu, banyak sangat perubahan, sampai sesat, terpaksa guna GPS nak balik Kerubong. Tahniah pada Ex SK Kerubong yang berjaya. Wassalam.

  6. skang ni sye skolah kat sk krubong best>>>>>>

    • Dr. AA says:

      Ya memang sekolah dah cantik. Saya selalu juga lalu di sana termasuk petang tadi semasa singgah sebentar di kampung.

  7. a-tsirah says:

    terima kasih saya murid thn 4 arif 2010

  8. peong says:

    saya pernah belajar di sk krubong 1972-1977.memang seronok.pak pandak dan pak lang memang specail.

  9. siti masrina says:

    sekolah kerubong sangat best, saya paling suka cikg Noraini Ahmad. dia baik hati, penyanyang dan berwawasan. saya teringin nak jadi anak angkatnya. semoga berjaya cikgu semua…………………………………. i love u muah………………………………….. tanpa cikgu siapalah saya. selamat hari raya cikgu.

  10. noor haida says:

    salam..saya nak tanye, ada kah cikgu yg bernama rokizah di SK krubong skrg?dulu thn 1998 cikgu rokizah mengajar di sana..dan bole kah sy dapatkan number telefon sek krubong?

  11. Kamil says:

    Saya bekas murid sek krubung 1979-1983 sezaman ngan lobai dan dabuk.. jarang ke Sek tersebut…. sebab bukan duk krubung.. duk tanahmerah………… dtg sekolah krubung 4 tahun sekaliii he he heh e dtg untuk mengundi laa beb…………. cikgu paling popular….. arwah cikgu yahya.. teingat dia kalau masuk kelas duk sambil goyang kaki… cik sarip.. cikgu… lupo lak nama dia yang tunjuk demostrasi kerate … pencel jual ayam percik…

    • Dr. AA says:

      cikgu yahya ada morris minor hijau, cikgu Sarip ada Ford Anglia warna biru kalau tak silap.

    • Joha says:

      Salam…..Bro,Alo kamil aku joe ler..budak kg tampoi…..ko tu dulu klo main bola bahagian bek,yg aku ingat kengkawan masih ramai…c badong,sarip,lias,basiran,madi,nuar,anak pak ndak tu,din keling ader lagi ker?klo main bola dulu memang nak brtumbuk jer……yg rajin layan bola sepak dulu cikgu sarip,cikgu zul.

  12. jamilah mohd shariff says:

    saya bekas pelajar sk krubong 1975-1980 dan saya amat berbangga dengan peningkatan sekolah ini sehingga sekarang , disinilah saya banyak belajr erti kehidupan dan saya mengucapkan terima kasih semua guru sesi 1975-1980 kerana mendidik saya

  13. Noor Ariffin bin Mohamed says:

    Salam ingin saya membuat satu program buat bekas2 pelajar sk Krubong program SIRIH PULANG KE GANGGANG.Jika bersetuju sila hubungi saya no.012 9706565 Ydp PIBG Sk.Krubong dan sebarkanlah maklumat2 ini pada mereka yang juga bekas2 sk.krubong jika berminat

    • Dr. AA says:

      Bagus program tu, tapi mungkin boleh disekalikan dengan apa-apa program sekolah yang sesuai. Saya selalu buat u-turn depan sekolah sebelum balik ke rumah emak dari masjid.

  14. Noor Ariffin bin Mohamed says:

    Lupa lak saya ni abang kepada Fandy alaa kat sekolah krubong org panggil dia param ataupun cucu cikgu Hassan

  15. huda says:

    Saya bersekolah di sini . Saya murid 4 Arif. Cikgu kat sini semua baik-baik.

  16. Nurul Wawa Nana says:

    best sgt skolah kat sini mai kwn2 kat sni n rmai guru2 yg baek kat sni … thun 2011 saye last kt sni …. thun ni kne buat yg trbaek untk gru2 sk krubong …

  17. suhana says:

    impresss….carikks kat uncle google..terjumpe blog nie…wah syahduuuu…sek.krubong banyak kenangan tu..di situ bermula kite belajau ye tak?cikgu zakaria,cikgu maimunah,cikgu krishnan,cikgu amir hamzah,cikgu azman,cikgu hanidah..uit banyak lagi harus sebut…harus buat reunion ni..batch sayer adela bape kerat je contact lagi (bob,noraini,fazrol,adillah,siti suhaidah)laen mane ntah..harus jejak nie…

  18. Siti suhaidah salleh says:

    salam semua…
    hppy yer jmpe blog nie..suhaha,buat la reunion…kite jemput skli cikgu2 kite dulu join skli..cikgu azman,cikgu hanidah,cikgu amir hamzah,cikgu maimunah,ustaz sham,diorg tu ako tau nak cari kat ner…

  19. Nurul saripah says:

    asssalamualaikumm….. semua. Kenal tak saya? saya dulu belajar ket sekolah ini. kemudian saya upsr saya dapat 5A. Pastu saya PMR dapat 8A. pastu SPM dapat pangkat 1. saya sambung belajar kat amarika dalam bidang perubatan. sekarang saya dah jadi doktor kat HUKL. saya teringatkan kawan lama saya di sekolah rendah iaitu mesah, hamdan, nawab, karim, suhada, maragataham, ali al redha, nurulizzati, amirul, faizal, asrwadi, mail ketam, jem black, din, melah tanah merah, kak biah lanjut manis, kalau boleh kamu semua telefon saya di talian 019-6453245 saya rindu kamu semua. saya nak belanja kamu semua makan roti canai kat kl. saya dah beli rumah kat kerubong perdana 5 buah. ingat nak jual . sapa nak beli hubungi saya. saya jual 1 buah RM450 000. dulu saya ingat nak balik kampung tapi suami tak nak ikut. suami saya dulupun sekolah kat kerubong. kami bercinta di sekolah itu. ingat lagi tak jamal kering ? dialah suami saya. dia sekarang dak jadi doktor pakar.

    • Dr. AA says:

      Tahniah Nurul atas kejayaan dalam hidup. Mungkin juga elok datang ke sekolah, tawarkan diri bagi ceramah motivasi pada pelajar sebelum UPSR.

  20. SUADATUL MARIAM says:

    Saya nak tanya . bila padang sekolah nak siap. saya suka bersenam. asyik senaman kat dalam kelas jer. tak best pun.

  21. SBI Tampoi says:

    Salam… tahniah le pada yang dah berjaya,mana boleh lupa.. darjah 1,tahun 71 itu lah sekolah pertama, dulu mana ada tadika/tabika macam sekarang, masa tu ada sesi lari-lari dalam kelas darjah 6,ada yang tercucuk pensil kat peha…haa… haa….

  22. ali says:

    sepatutnya dan ada 2 sekolah rendah d krubong.

  23. pencadang says:

    bila nak ada sekolah menengah kat krubong. please lakukan sesuatu……………………………..

  24. Noor Ariffin bin Mohamed says:

    insyaalaah mengenai sekolah rendah dan sekolah menengah semuanya dah ada dalam perancangan

  25. Joha says:

    Salam.Saya Belajau dulu start thn 1977,masa tu ingat lagi guru kelas cikgu Asmah,bdn dia bleh tahan besau gak…g sek dulu kadang2 jln kaki dari kg tampoi,balik naik beskal tumpang arwah pak cik rahim pasal dia dulu jual ikan sekitar kubong dan tampoi.Kawan2 kg dulu arwah si Pin,dak gagap(azmi)dak banjir.Memang banyak kenangan kat situ.Mana kwn dr sungai badau,tanah merah.TQ

  26. siti khairulnisa says:

    Assalamualaikum. saya rasa kat kerubong dah ada banyak kemajuan berbanding dahulu. sekarang jalan kat kerubong dan sesak dulu tahun 2002 saya lalu jlan yang sama pukul 10 mlam nak jumpa satu keta pun susah. skrang ni dah sesak pagi-pagi. taman perumahan dan naik bagaikan cendawan. rumah kat kerubong murah-murah terutamanya di tmn Kerubong perdana. harga tak masuk akal. saya rasa kerubong akan pesat membanggun, siapa yang ada tanah di kerubong tolongla jgan jual. simpan isyaalah harga akan semakin naik macam pisang panas. Masa di SK kerubong saya sangat sukan makan di kantin mak cik Normah. Murah pulak tu……….

  27. ary says:

    assalamualaikum..saya bekas pelajar sk kerubong..dari tahun 2000 hingga ke 2006..mmg rindu dekat cikgu2 kat sana..masa upsr saya dapat 3A je…msuk ke smk malim..alhamadulliah,kini dgn kelulusan spm saya…mei ini saya akan mendaftar masuk ke universiti tenaga nasional..buat foundation dan kemudia ijazah dalam civil engineering…:) terima kasih byk2 kepada guru yg mengajar saya..jasa cikgu sumer xkan saya lupakan..terutama sekali cikgu hanidah..sejak darjah 1 hingga darjah 5 saya x suka matematik..x faham lansung…kemudian cikgu buat kelas tambahan..baru lah saya mula memahami..cikgu mmg power la..kejap je saya faham..hingga ke sekolah menegah..saya boleh berbangga dengan result paper matematik saya…jarang sekali markah 80 kebawah…ehehhehehe*matematik je la..*…
    hmmm..teringin nak pergi sana lagi…dengar citer sk krubong padangnya sempit..yeke??huuhuhuhuh…

  28. caol says:

    assalamualaikum semua….kpd semua bekas2 pelajar 6 Arif 2010
    semoga panjang umo dan dpat kita bertemu lgi…..

  29. Anonymous says:

    Saya bakal warga Krubong sebab sudah membeli rumah di situ … Insyaallah

  30. NOR FATIYANA SUHAIMI says:

    Assalamualaikum..Saya bekas pelajar sk kerubong tahun 2003,& pada tahun 2005,saya pindah sekolah di sk parit melana,durian tunggal..Sekarang nie,saya teringin nak cari rakan2 saya iaitu,,Mohd Akhir,Nur Fazilah,Nurul Astillah,Mohd Syafiq…Dan saya ingin nak tahu,adakah Cikgu Rauf masih mengajar lagi kat sk kerubong??

  31. Peong says:

    saya juga bekas pelajar sk krubong dari tahun 1972-1977.saya tinggal berhampiran Guthrie estet di tanah merah.sungguh banyak kenangan manis di sekolah yang serba kekurangan ini. Antara yang tidak boleh saya lupakan ialah cikgu Bakar yang akan membawa kami menonton perlawanan tinju mohd ali siaran langsung dalam kelas.

  32. nurul nabihah fa-ez says:

    salam wat guru2 @skkerubong…i miss u all terutame sekali teacher faezah,i love u so muchhh.!!tq wat kls pgi,kls ptg sblm slt hjt rmai2,kls mlm,kasi k.sek byk bertimbun2 pun sye x kesah sbb stiap x ujian n ppriksaan mt sye dpt 100%.sye jga satu2nye ank mrdnye yg leh tiru bulat2 sign teacher.thank you teacher…..

  33. nurul nabihah fa-ez says:

    juga wat teacher faezah,terima kasih krn bri sokongan yg pdu wat murid2thn 6ARIF2012 sampaikan tahun nie keputusan upsr meningkat bgi mtpljrn matematik luar bandar kpd 83%,teacherlh yg tlh menaikkn nme sekolah kte.tq…….TEACHER FAEZAH

  34. Anonymous says:

    betul tu. pas tu semasa rehat dua rang pelajar nakal gian pulak nak boxing.apa lagi mereka gunakan bola sepak yang dah bokor untuk boxing. cikgu bakar yang tahu mengamuk saakannn.he he he. cikgu suruh murid itu boxing semasa perhimpunan sebagai denda. apa lagi murid tu pun boxing le. ha ha ha

  35. Anonymous says:

    saya pelajar sekolah kerubong 2007-2012 , sekolah itu banyak bagi saya peluang untuk jadi yang terbaik . saya telah menjadi olahragawan di sekolah situ kerana adanya cikgu yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada saya . saya juga telah dipilih untuk mewakili negeri melaka dalam sukan bola baling juga kerana cikgu di sekolah situ . rombongan di sekolah itu tidak pernah sekali mengecewakan atau boring bagi saya , kerana ada cikgu yang selalu buat lawak kepada kami semua . terima kasih sk kerubong , allahamdunillah saya sudah nampak projek pembinaan smk kerubong .

  36. Iman Fahmi says:

    saya pelajar sekolah kerubong 2007-2012 , sekolah itu banyak bagi saya peluang untuk jadi yang terbaik . saya telah menjadi olahragawan di sekolah situ kerana adanya cikgu yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada saya . saya juga telah dipilih untuk mewakili negeri melaka dalam sukan bola baling juga kerana cikgu di sekolah situ . rombongan di sekolah itu tidak pernah sekali mengecewakan atau boring bagi saya , kerana ada cikgu yang selalu buat lawak kepada kami semua . terima kasih sk kerubong , allahamdunillah saya sudah nampak projek pembinaan smk kerubong . terima kasih kepada keraajaan juga .

  37. Ima Tahir says:

    As salam…. saya adalah pelajar di SK Kerubong tahun 1981-1986… mmg banyak kenangan manis disana terutama dgn cikgu2 waktu itu (cikgu Bakar,cikgu yahya,cikgu Zul,cikgu Yap dll). semuanya sangat ambil berat mengenai murid2nya walaupun kekadang tu garang… bagi kekawan yang sama thn dgn saya boleh lah tel saya (012-6142418-Rahimah) sbb teringin juga nak jumpa kawan2 lama….

  38. Anis Fasha says:

    sye belajar kt sk krubong drpd tahun 2001-2006..
    cg2 yg sye igt x rmi..cg zulhairi,cg fares,cg bani,cg ismayuzi,cg rohana(kelakar gle),teacher farah,cg maimunah,cg rokiza,cg nurlina,cg faridah,ust wan,ust wan azhar,ustzh shamsiah..hmm..kay..sye da lpe igtn spe lg cg yg pnah aja sye..

  39. Helmi cucu hj hashim says:

    Assalamualaikum…kg krubong adalah tempat asalnya baba n emak saya…diaowang bersekolah dan membesar disana….untuk pengetahuan semua umah arwah datuk saya bersebelahan dengan sekolah krubong…walaupun saya tidak dibesarkan disana tetapi krubong tetap di hati….

  40. Cicit Penghulu Dol says:

    Salam saya cicit Penghulu Dol, semoga arwah dicucuri rahmat.. Al fatihah..

    http://kampungkrubong.blogspot.com/2008/12/untold-story-of-kampung-krubong_18.html

  41. shamsiah samsudin says:

    ASSALAMUALAIKUM..
    SAYA UCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH DI ATAS TERBITNYA BLOG INI ..
    SAYA SALAH SEORANG IBUBAPA MURID SEKOLAH INI…DAN SAYA BERHARAP SK KRUBUNG AKAN MENINGKAT NAIK…DAN TERUS BERJAYA …

  42. jufri says:

    assalamualaikum dan salam sejahtera. sy org tanah merahdan sy ni adalah pelajar di SK Kerubong tahun 1985-1990 mmg banyak kenangan manis disana terutama dgn cikgu2 waktu itu..cikgu zolkepli…skrg da pencen kot..cikgu yg ajar english..cikgu ceng wah kot..cikgu lee..cikgu azman.cikgu ramlah.arwah cikgu jalil.(cikgu besau)cikgu sarip.dan ada gak rakan sekelas yg skrg mengajau di sek itu.cikgu norsuhaini selamat…semoga sek.keb.kerubong bertambah maju…

  43. BIELLA says:

    saya bekas pelajar sek krubong.ddr thun 2001-2006 pling x boleh dilupakn cikgu zul.cikgu pling ditakuti pljr..rindu nk jmpa cikgu2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s