Putu Piring Pulau Gadong

Putu Piring adalah kuih tradisional kegemaranku sejak kecil lagi. Namun sejak pindah ke Johor lebih kurang 14 tahun lalu, aku kurang membeli putu piring kerana di Johor warnanya kuning dan bukan putih. Mmm… teringat ketika belajar tentang kualiti makanan dalam kelas semasa belajar di Amerika dulu, pensyarah telah menekankan pentingnya warna dalam pengawalan kualiti makanan.

Sebenarnya putu piring kegemaranku dijual di hadapan masjid Kg. Durian Tunggal, Melaka. Ianya dijual oleh orang kampungku yang memang aku kenal. Tapi sejak laluan Ayer Keroh-Sg. Udang dibuka, aku jarang sekali melalui Durian Tunggal untuk ke kampung kerana laluan baru itu amat singkat.

Semalam, selepas meninggalkan rumah sepupu di Kg. Gangsa, kami melalui Pulau Gadong untuk  menikmati hidangan petang – mi kari dan air mata kucing di warung kecil tepi jalan di Klebang. Dalam perjalanan kelihatan makcik putu piring sedang sibuk bertugas. Kami terus  ke Klebang dan selepas itu ke Pokok Mangga untuk membeli makanan ikan. Di samping itu aku juga membeli 3 ekor ikan lampam bagi menambahkan warna-warni kolam di rumah yang terlalu didominasi oleh kemerahan ikan emas dan koi, termasuk 2 ekor ikan koi yang dihadiahkan oleh Hafiz dan Sheh, peserta program IMGLAD batch kedua. Selepas itu kami ke Pulau Gadong.

Sampai di sana kelihatan ramai orang telah menunggu. Isteriku yang tidak sihat menunggu di dalam kereta, manakala aku pula duduk di atas tembok sambil memerhatikan gelagat manusia di sekeliling. Penantiannya agak lama kerana Makcik itu menggunakan pengukus yang boleh memasak 10 keping kuih saja dan ramai yang membeli dalam kuantiti yang banyak. Bila seorang pelanggan bertanya “kenapa akak tak beli yang besau, boleh buat banyak sikit?”, makcik itu menjawab “harganya mahal, yang ini pun dah RM250 harganya”.

Gaya orang menunggu pula berbagai-bagai. Seorang apek tua duduk di atas kerusi sambil tersenyum saja sepanjang penantiannya. Ada yang menunggu di dalam kereta sambil membaca surat khabar. Beberapa orang berdiri tercegat di hadapan dua orang makcik yang sibuk bertugas. Ada seorang kakak yang memakai topi keledar berdiri tegak sambil berpeluk tubuh. Wajahnya amat sirus dan matanya jarang berkelip. Di sebelahnya seorang lagi juga berpeluk tubuh. Kemudian ada pula seorang lelaki yang berdiri tegak sambil cekak pinggang. Ada ketika aku tergelak kerana dalam hati aku berkata “orang Melaka ni nak beli putu piring pun nampak macam gangster”. Haha.. Tapi semuanya sabar menanti, termasuk aku yang menunggu dengan santai selama lebih kurang 45 minit, sambil menganalisis suasana persekitaran.


Akhirnya bila giliranku sampai makcik berkata padaku, “kesian adik tunggu lama”. “Tak apa kak”, kataku selamba, sambil menghulurkan bayaran. Dari situ, kami terus bertolak pulang ke Johor Bahru.

Hari itu aku memang dalam mood relax dan santai, termasuk ketika memandu pulang ke Johor Bahru. Kami menikmati putu piring yang enak itu dalam perjalanan pulang. Mmm… memang sedap dan lebih sedap dari putu piring kuning di Johor, yang kadang-kadang aku beli juga di depan masjid Taman Sri Pulai.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s