Perasmian Kompleks IKRAM Negeri Johor

Kompleks IKRAM Johor

Rasa Hati

Hari itu perasaanku  gembira bercampur sayu. Hati merasa puas dan bersyukur, amat berterima kasih atas nikmat yang Tuhan beri, walaupun usaha masih sedikit dan kualiti diri masih masih rendah nun di bawah sana. Mungkin inilah nikmat berjamaah, kekurangan seorang ditampung oleh kekuatan yang lain.  Ada orang yang mustajab do’anya, ada orang yang kuat munajatnya, ada yang tangkas tindakannya. Bila dikumpul mereka semua, timbul  kekuatan yang tidak disangka.

Hiasan Perasmian

Telah lama aku menunggu saat itu. Saat di mana Allah mendatangkan nusrahNya. Hari itu impian menjadi kenyataan. Itulah Hari perasmian Kompleks IKRAM Negeri Johor yang berlangsung pada tanggal 23 April 2011. Terima kasih kepada Ustaz Dr. Hj. Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM yang telah sudi datang merasmikannya, bersama rombongan Jawatan Kuasa Pusat IKRAM. Alhamdulillah, semoga kompleks ini terus diberkati Allah.

Sumbangan ahli

Bangunan yang dibeli, diubahsuai dan dilengkap dengan peralatan atas asas taqwa ini kini sedia untuk menyumbang bakti. Semoga Allah mengganjari semua dermawan yang terdiri dari ahli dan sahabat. Alhamdulillah, dengan pemahaman erti pengorbanan dan didorong janji Allah s.w.t. , dana yang diperlukan berjaya dikumpul. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah:

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas kurniaNya  lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah, 2:261)

Begitulah istimewanya infaq di jalan Allah. Sebab itu kita tidak harus teragak-agak dalam menafkahkan sedikit harta pada jalan Allah, sama ada untuk pembangunan institusi,  memudahkan kesusahan orang lain atau sebagainya kerana harta itu pasti tidak sia-sia, malah ganjarannya pasti akan menanti di akhirat kelak.

Semangat anak muda

Anak muda juga tidak mahu tertinggal di belakang.  Walaupun peperiksaan hampir tiba, mereka tetap mahu turut serta, bermalam bersama kami membuat persiapan untuk hari bersejarah. Wahai anak muda, kompleks ini adalah milik kamu semua, sebahagian dari bakti yang disediakan oleh Pakcik dan Makcik yang semakin kurang bertenaga. Walaupun kami masih kuat semangat, tetapi keadaan fizikal kadang-kadang membatasi usaha. Namun, jika kita berganding sama, gunung yang tinggi dapat didaki, laut yang luas dapat dilayari.

Persembahan Spontan

Persembahan spontan mereka menghiburkan tetamu yang sedang menikmati hidangan makan tengahari di majlis perasmian tersebut amat aku kagumi. Walaupun tidak dirancang, mereka telah menunjukkan persembahan yang baik dengan penuh bersemangat. Begitu juga beberapa bulan yang lalu ketika selepas solat Jumaat di Masjid Mersing bagi mengutip dana Palestin bagi pihak Aqsa Syarif ataupun ketika menghibur anak-anak di pusat pemindahan mangsa banjir di Muar. Haah anak muda, anda semua memang hebat.

Pemuda IKRAM Bertugas Sebagai Pegawai Trafik Yang Setia Berkidmat

Kenduri Nasi Pilau Kambing

Gandingan Chef Jamaludin dengan Chef Tholudin dan Chef Ahmadon ternyata serasi. Hidangan yang disediakan yang telah dibantu oleh Pakcik-pakcik IKRAM Johor Bahru Tengah bersama anak-anak muda mereka lazat sekali. Hidangan nasi ala India itu dipuji oleh tetamu yang datang dari Jamaah Malabar Muslim dan pelajar antarabangsa dari India. Waah… Nampak gaya kena buat kenduri lagi di lain kali.

Hidangan Nasi Pilau

Sekalong Tahniah Buat Semua

Aku ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat sekelian. Jasamu semua tidak sia-sia kerana ianya sedia menanti di sana,  di destinasi terakhir kita semua. Bukankah kita ini pengembara, berhenti sebentar mengumpul bekalan sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang kekal abadi?  

Jawatankuasa IKRAM Johor Bergambar Selepas Perasmian

Beberapa gambar mencatat peristiwa

YDP Johor Memanam Pokok di Sebelah Kanan Menandakan Pejabat Telah Lengkap

KW Johor dan KW JBT Menanam Pokok di Di Sebelah Kiri

Persiapan Akhir menjangkau Tengah Malam

Abu Ahmad Sedia Berkhidmat

Dalam Bekerja Sentiasa Ceria

Ketibaan Presiden

Ustaz Ahmad Puaad Membacakan Doa - Semoga Diberkati Allah

Ustaz Mat Isa Membaca Beberapa Ayat Dari Al-Qur'an

Negaraku dan Lagu IKRAM

Ucapan Aluan YDP IKRAM Johor

Ucapan Perasmian Presiden

Wahai Anak Muda, Kami Akan Bersamamu

Presiden Memotong Riben Pelancaran

Presiden menandatangani plak kenangan

Abu Nuha (Ketua Pegawai Operasi IKRAM Johor) Mengucapkan Selamat Datang Kepada Presiden Tetamu

Tetamu Menonton Montaj Memperkenalkan IKRAM Johor di Dewan Al-Banna

Jamuan Makan Tengahari

Makan Tengahari

Ini acara keluarga

Ini Acara Keluarga

Ini Acara Untuk Keluarga

Ini Acara Keluarga

 Semoga Allah memberkati usaha kita semua…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Perasmian Kompleks IKRAM Negeri Johor

  1. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

    Terharu bila ana baca post pakcik.

    Wahai anak muda, kompleks ini adalah milik kamu semua, sebahagian dari bakti yang disediakan oleh Pakcik dan Makcik yang semakin kurang bertenaga. Walaupun kami masih kuat semangat, tetapi keadaan fizikal kadang-kadang membatasi usaha. Namun, jika kita berganding sama, gunung yang tinggi dapat didaki, laut yang luas dapat dilayari.” (Arshad Ahmad, 2011)

    Terasa sayu pulak sebab tak dapat pergi juga tak dapat bantu malam tuh.

    Terpaksa pergi ke mersing malam jumaat untuk reki tempat mukhayyam untuk program adik2. huhu~ T_T

  2. Allahu akbar! walillahilhamd

    IKRAM Johor nampak bersungguh-sungguh dalam bekerja, itqan, dan ikhlas. Semoga kedepan banyak melahirkan kader-kader mujahid-muntij-hakim: yang mampu mencapai keuntungan yang besar dengan sedikit pengorbanan. Maknanya, bekerjanya efektif.

    Moga ana boleh bantu untuk kemajuan IKRAM Johor.

    Tahniah IKRAM Johor yang kesohor!

  3. yusri says:

    Tahniah IKRAM Johor.

    Moga terus maju dalam dakwah dalam usaha menegakkan syariat Islam di alam ini.

Leave a comment