Merawai di Laut Cina Selatan – Oktober 2010

Penutup Kembara Laut 2010

Kami menutup siri kembara Laut Cina Selatan untuk sesi ini hujung minggu lalu. Minat kawan-kawan kali ini melebihi had dan beberapa orang yang menyatakan niat tidak dapat diajak bersama kerana kami menghadkan kepada 10 orang sahaja. Namun di saat akhir, ada yang mengundur diri dan kami pergi 9 orang – chad, adnan, wijay, TATA, Anwar, Nizam, Kamal, Ruseli dan Seman.

Rawai

Inilah kali pertama saya mengenali rawai – satu teknik menangkap ikan yang digunakan nelayan. Ianya dibuat sendiri oleh Ruseli dan mempunyai 100 mata pancing yang digantung di sepanjang tali plastik bergarispusat sepertiga centimeter. Namun kami mempunyai kurang kelengkapan termasuk tali yang mencukupi, pelampung yang sesuai dan lampu signal. Sebahagiannya dapat diatasi dengan bantuan Tekong Syarif.

Menyediakan umpan untuk rawai

Mula-mula sediakan umpan (sama ada ikan ataupun sotong atau apa-apa saja). Kemudian, pasangkan umpan pada mata pancing.

Pelampung yang dilepaskan menjadi penanda lokasi

Bila semua telah sedia, campakkan pelampung ke dalam laut dan diikuti dengan sauh. Kemudian tali rawai dilepaskan dengan berhati-hati kerana jika tersilap langkah, boleh merbahayakan diri atau menyebabkan lali kusut.

Sauh dilepaskan oleh Ruseli

Rawai yang telah dipasang perlu dinaikkan selepas beberapa jam dan jika ada rezeki, hasilnya lumayan. Untuk menaikkan rawai, pelampung perlu dicari dan dinaikkan. Ini menjadi cabaran kepada kami kerana lampu signal tidak dipasang pada pelampung. Walaupun bulan terang, kami berpusing-pusing mencari rawai di tengah malam itu. Namun Ruseli berjaya mengesan pelampung dan rawai dinaikkan.

Tugas menaikkan rawai memang berat tapi kami  dibantu oleh pemuda gagah – Anwar Johari yang sentiasa bersemangat walaupun ketika semakin penat.

Ikan dinaikkan

Walaupun rawai kami tidak sempurna kerana tali pemberat dan pelampung yang pendek, namun hasil yang dikutip melebihi sasaran 10 % yang Anwar letakkan. Sasaran 30 % yang saya tetapkan gagal dicapai, tapi insya Allah lain kali jika ada peluang lagi ianya akan dicapai.

Hasil Agak Lumayan juga

Seperti kami memancing dalam suasana santai. Namun alhamdulillah, hasil yang diperoleh agak lumayan juga. Semua yang ikut sama berjaya beraksi dengan menaikkan pelbagai spesis ikan – haruan tasik, pecah periuk, mayong,tenggiri, ibu kerisi, merah, jemudu, cermin, angas dan lain-lain spesis ikan kecil. Dalam trip ini kami mengesahkan bahawa TATA telah “dipulihkan” dan kembali menjadi pemancing sejati.

haruan tasik 8.5 kg

Seni Mempertahan Diri

Setiap kejadian Tuhan mempunyai seni mempertahan diri bagi memelihara nyawa dan kehidupan masing-masing.

Ikan buntal akan mengembungkan perutnya sebagai persediaan mempertahankan diri. Ia mempunyai racun yang amat berbisa dan boleh membunuh. Namun ia juga menjadi makanan “exotic” bagi orang Jepun. Lihat di sini untuk sedikit penulisan tentangnya.

ikan buntal mengembungkan perut sebagai langkah mempertahan diri

Kali ini saya juga dapat melihat seni yang ada pada ikan yu cicak. Semasa saya melepaskan mata pancing dari ikan itu, tangan kiri saya memegang lehernya. Sambil saya terkial-kial mengeluarkan mata pancing dari mulutnya yang liat, yu cicak membengkokkan badan dan membelit tangan kiri saya. Saya menjadi kagum selepas itu melihat bagaimana ia terus menggosok tangan saya sehingga melecet dengan kulit badannya yang kasar seperti kertas pasir. Subhanallah, satu lagi seni mempertahan diri. Saya pun terus membuangnya semula ke dalam laut.

Hidup Penuh Tekanan

Dunia ini adalah perjalanan menuju akhirat. Ia perlu diguna sepenuhnya bagi memastikan bekalan yang bakal dibawa bila kita meninggalkannya mencukupi. Mahu tidak mahu, hidup ini sentiasa dipenuhi kesibukan melaksanakan tanggung-jawab asas serta tugas tambahan yang dipikul secara sukarela dalam usaha mendekatkan diri dengan Pencipta. Kita diajar supaya memulihkan keletihan di siang hari dengan bantuan kekuatan yang diterima di malam hari menerusi sesi munajat kepada Tuhan Yang Maha Pengasihani. Namun, dari semasa ke semasa, kita mungkin memerlukan suasana santai bagi menyegarkan minda – ada kalanya bersama keluarga, ada kalanya bersama sahabat. Bagi saya, duduk di atas bot di tengah laut cukup menenangkan terutama ketika matahari terbit dan terbenam.

Burung-burung berterbangan di atas unjam

Semasa di Pulau Pemanggil Ustaz  Aman menurunkan setandan kelapa muda untuk kami. Mula-mula dia negikat tandan yang dipilih dengan tali. Kemudian dia yang berdiri di atas pelepah kelapa menetak tandan. Ketika itu Adnan ditugaskan memegang hujung tali dan menurunkan setandan kelapa itu perlahan-lahan setelah ianya habis ditetak. Mmm, macam lif. Buah-buah kelapa muda dibawa ke atas bot dan menjadi hidangan yang dinikmati kami semua.

Anwar berkhidmat menyediakan hidangan kelapa muda

Seman - pesara UTM mengikuti kami buat kali pertama

Wijay- tersenyum untuk pulang

Dalam trip kali ini kami singgah di Pulau Pemanggil dan Pulau Dayang untuk mandi dan berehat. Saya suka Pulau Pemanggil kerana hospitaliti yang ditawarkan dan Pulau Dayang kerana keindahannya.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Merawai di Laut Cina Selatan – Oktober 2010

  1. MKAH says:

    I like this “TATA telah “dipulihkan” dan kembali menjadi pemancing sejati”…hehehe. Aku ingatkan dia dah ada lesen besar…

  2. anisah says:

    Saya boleh bayangkan seronoknya dapat bersantai di laut yang kebiruan sebagaimana saya suka bersama keluarga meneroka sungai pergunungan.Kak hana masak apalah agaknya hasil tangkapan yang lumayan tu ya?

    • Dr. AA says:

      haha, banyak yang dibuat kenduri oleh kami atas pulau dan atas bot. Tapi ikan mayong masak Lada (masakan melaka) yang Kak Hana buat memang best, makan 2 kali hari tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s