Siapa Dia Ummatan Wasata

Ramai orang menggunakan istilah ummatan wasata. Tetapi apa yang dimaksudkan oleh mereka, mungkin berbeza-beza. Ada yang mengatakan ianya bermaksud umat yang sederhana, dan sederhana itu juga tidak mempunyai nilai yang absolut. Ianya satu yang relatif. Malah pemahaman terhadap istilah ini mungkin jauh berbeza dan dirangkum dalam julat yang luas dari fahaman hampir liberal sampai ke fahaman yang konservatif.

Firman Allah swt.,

2-143

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu… (Al-baqarah:143)

Petang itu aku mendengar penjelasan dari seorang Sheikh yang menegaskan bahawa istilah ini perlu didefinasi berdasarkan panduan Allah dalam al-Qur’an. Allah swt yang hidupkan kita, Allah swt yang beri rezeki kepada kita, Allah swt juga yang gariskan cara hidup yang perlu diikuti oleh kita seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, dan cara hidup inilah yang membezakan kita dari makhluk-makhluk lain. Wasatiyah Islam dari segi ad-din (agama) adalah berpandukan al-Qur’an, manakala wasatiyah Islam dari segi at-tadayun (beragama) perlu berpandukan kepada as-sunnah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Jadi ummatan wasata itu adalah kelompok manusia yang berpegang kuat kepada Al-Qur’an dan sunnah dalam beragama dan beribadat. Dan Rasulullah saw akan memberi saksi tentang kebenaran ibadat mereka.

Sheikh bertanya, “adakah Rasulullah akan bersaksikan amalan kita jika kita tidak bersungguh-sungguh berpegang kepada al-Qur’an dan sunnah?” Tersentak aku dari lamunan…

Kemudian sheikh itu seolah-olah menampar hatiku apabila dia menyebut bahawa Al-Qur’an itu adalah mukjizat, dan jika diturunkan al-Qur’an itu ke atas gunung, akan hancur gunung-gunung itu. Tetapi jika apabila diturun ke hati manusia, hati itu pula tidak hancur. Kenapa demikian? Kerana tempatnya memang di situ. Al-Qur’an itu tempatnya di hati ! Aku tunduk terdiam. Teringat suatu masa puluhan tahun dahulu ketika aku bersungguh-sungguh cuba menghafaz ayat-ayat al-Qur’an dan saling menyemak hafazan bersama sahabat. Kenapa kesungguhan itu tidak berlaku secara berterusan dari dahulu hingga sekarang? Hatiku berbicara sendirian. Subhanallah, berapa banyak al-qur’an kini ada di hatiku. Astaghfirullah, Wahai Tuhan yang maha pengampun, ampunilah kelalaianku selama ini.

Sheikh menambah lagi bahawa ramai orang membaca al-Qur’an, malah ramai yang membacanya dengan suara dan nada yang merdu. Namun ia tidak cukup menggerunkan syaitan. Yang digeruni oleh syaitan ialah apabila orang itu membaca dan dia memang menjiwai apa yang dibacanya. Yang paling tidak disukai syaitan ialah apabila orang itu membaca al-Quran dan memahami serta menghayati maksudnya. Itulah yang patut dilakukan oleh para umatan wasata.

Untuk merasai al-Qur’an di hati, walaupun kita membaca sejuzuk sehari pun belum pasti kita mendapatnya. Kita perlu memahami maknanya dengan mengkaji kitab-kitab tafsir. Jika ini berlaku, akan berlakulah perubahan dalam interaksi kita dengan al-Qur’an. Dan apabila kita membacanya di dalam solat, dengan suara yang lunak lagi merdu, hati kita akan dapat merasakannya. Bukankah itu yang kita mahukan? Khusyuk dan khuduk di dalam Solat? 

Semoga Allah memberi kekuatan kepada umat Islam hari ini supaya menjadi Ummatan Wasata seperti yang digariskan oleh al-Qur’an dan as-sunnah.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s