Aur dan Pemanggil 2010 – The Price of Indecisiveness

Trip kedua 2010

“Shad, kita pergi pulau Aur pula kali ini”, begitulah kata Sharif, tekong bot Jaya Express kegemaran kami. Saya pun kata “OK kita main pemanggil dan Aur kali ini”. Namun disebabkan kesibukan, trip itu ditangguh dan diubah tarikh sebanyak 2 kali. Akhirnya pada jam 10 malam, 26 Jun 2010, kami bertolak dari Mersing menuju ke Pulau Pemanggil, tempat kegemaran saya di Malaysia untuk mententeramkan otak yang seringkali sibuk berfikir. Ini adalah trip kedua bagi kami tahun ini.

Sejurus selepas bot bertolak, masing-masing mengambil tempat dan tempat yang paling popular ialah ruang hadapan untuk tidur. Kamal yang kali pertama bersama kami merasa pelik kerana menurutnya, kebiasaannya pemancing akan berebut untuk ruang memancing di belakang. Bila dia menceritakan hal itu, kami tertawa besar. Haha…

Kali ini rombongan terdiri dari 8 orang – saya, Adnan, wijay, Tuan Amran @TATA, Tholudin, Ruseli, Kamal dan Amin. Inilah kali pertama Amin yang merupakan adik kepada wijay memancing di laut. Dia datang dari Perlis untuk bersama kami.

Musim Tongkol

Kebetulan hari itu kami bertemu dengan banyak ikan tongkol. Maka operasi menunda tongkol menjadi meriah. Entah mengapa bulu appollo yang digunakan oleh Pak Muda tidak mengena manakala kami pula berjaya. Yang tidak pernah melihat operasi itu pasti teruja – melihat beberapa ekor tongkol yang besar ditarik dengan penuh tenaga. Selalunya kami bergilir-gilir menarik kerana ia boleh meletihkan. Kami berjaya mengumpulkan lebih kurang 50 ekor ikan tongkol besar (700 g – 1 kg) dan banyak juga yang bersaiz kecil.

Menunda Tongkol

Pulau Pemanggil

Sesampainya kami di sana, saya yang berjalan di hadapan disapa mesra oleh Awang Selamat (Pak Bujang) yang sedang menyapu halaman. Kemudian saya bersalaman dengan Pak Ghafar (ketua kampung), Ustaz Aman dan beberapa penduduk lain yang sememangnya mengenali kami.

ikan cermin masak stim - mmmm .... sedap sekali

Seperti biasa, hidangan tengahari disediakan oleh keluarga Ustaz Aman. Hidangannya – stim ikan cermin dan asam pedas ikan kembung yang baru ditangkap pagi itu. Sementara menunggu masakan disediakan, kami berenang di pantai dan kemudiannya bersolat di masjid. Bukan itu sahaja, kali ini kami dihiburkan dengan pelangi yang indah.

Pelangi di Pulau Pemanggil

Menurut cerita Pak Muda, Pulau Pemanggil dibuka oleh Abdul Rahman, ayah kepada Almarhum Penghulu Baharom. Ketika itu Abdul Rahman masih muda dan belum beristeri, datang belayar dari Pulau Jemaja, Indonesia. Pulau ini adalah sebahagian dari Kepulauan Anambas, yang terletak di antara Pulau Pemanggil dan Kepulauan Natuna. Jadi jika anda terbang dari Johor Bahru ke Kuching, anda mungkin boleh melihat pulau itu.

Abdul Rahman menetap dan membuka kebun di Pulau Pemanggil dan apabila kapal-kapal layar yang lalu di situ melihat kebun-kebun dibangunkan, ada yang singgah lalu membuka kebun-kebun lain. Ada yang mengusahakan tanah di tepi pantai, ada juga yang lebih suka kepada suasana bersendiri di atas bukit. Pelbagai tanaman diusahakan dan Pulau Pemanggil mula membangun dengan komuniti yang kecil.

Pulau Pemanggil

Hari ini, masih banyak pokok-pokok kelapa, pisang, durian dan beberapa spesis mempelam yang masih tumbuh subur di situ. Namun, corak dan taraf kehidupan yang ada pada hari ini mendorong ramai warga pulau berpindah ke tanah besar. Yang tinggal hanyalah puluhan orang penduduk di sana sini.

“Dulu, kehidupan berbeza. Kita tangkap ikan, tanam pokok, sayur dan hidup sederhana di pulau. Hari ini kemewahan telah datang dan manusia lebih suka dengan hidup baru.” kata Pak Muda yang bercerita kepada saya dan Adnan. “Zaman dulu,  kita ambil pucuk-pucuk daun dan akar kayu dijadi ramuan bagi mengubat penyakit. Untuk ke Mersing perjalanannya lama dengan kapal layar”, tambahnya lagi.

Pak Muda mengisahkan perihal Pulau Pemangil

Kelihatan nostalgia pahit manis kehidupan lampau di wajah Pak Muda yang bercerita dengan penuh emosi. Pak Muda lahir dan dibesarkan di pulau itu, kemudian berumah tangga dan  menetap di situ. Beliau dikurniakan 6 orang anak, namun 4 orang dari anak-anak itu meninggal dunia ketika masih kecil di pulau itu juga.

Di masa-masa lapang ketika bot bergerak, Pak Muda mesra bercerita dengan kami sambil mengajar beberapa teknik mengikat tali. Satu ketika tiba-tiba Pak Muda mencuit bahu saya dan bertanya dengan nada perlahan, “Kenapa anak yang dibesarkan dengan kasih sayang sejak kecil hingga besar, tetapi bila telah berkahwin mengutamakan isteri dari ibu bapa?” Saya termenung seketika dan menjawab, “pada pandangan saya, ia banyak bergantung kepada kefahaman agama. Seorang anak perlu tahu kedudukan ibu-bapa dan kepentingan berbakti kepada ibu-bapa, apatah lagi jika mereka telah tua. Isteri perlu ditunjuk-ajar dalam perkara ini”. Pak Muda menjawab, “betul, igama adalah asas yang penting”.

Kg. Berhala Pulau Aur

Saya bertanya dengan Sharif, bagaimana Kg Berhala mendapat nama. Menurutnya, ianya disebabkan oleh batu yang jika dilihat dari satu arah, ianya kelihatan seperti berhala. Kampung ini telah dicadangkan nama baru iaitu Kg. Sakinah, namun ianya tidak popular dan masih dipanggil Kg Berhala. Di situ terdapat sebuah sekolah rendah dan masjid.

Pulau Aur dilihat dari Pulau Dayang - Batu itu seperti berhala?

Pulau Dayang

Oleh kerana jeti Kg. Berhala yang roboh masih belum dibaiki,  kami menumpang mandi di chalet kepunyaan Mat Tahir yang terletak di hadapan jeti Pulau Dayang. Pulau itu terletak bersebelahan pulau Aur.

Pulau Dayang

Ini adalah kali ketiga saya menjejakkan kaki di pulau yang indah itu – airnya jernih, pasirnya halus dan putih. Kami berenang sepuasnya dan bersantai di bawah pohon kelapa di pantai sebelum melakukan khidmat diri di bilik air bersebelahan dengan chalet.

pulau dayang - hembusan bayu di bawah naungan dedaun nyior

The Price of Indecisiveness

Sejurus selepas kail saya di sambar ikan besar tapi terlucut,  kelihatan seekor ikan Marlin melompat. “agaknya ini yang terlepas dari joran Arshad” kata Sharif. Pada masa itu, Ruseli juga terasa tali kailnya di sentap kuat. “Hah, jangan-jangan Marlin tu kena kail hang kot?” tanya saya pada Ruseli. Tepat sekali tekaan saya ketika itu. Kami semua menarik tali masing-masing untuk memberi ruang kepada Ruseli menaikkan Marlin.

Semasa pertarungan itu, ada yang berseloroh, “TATA tak perlu Marlin sebab dia dah ada satu kat rumah”. Haha…  isteri TATA bernama Merlyn. Kami tergelak. Saya pula menambah, “dalam kelas IMGLAD aku dulu pun ada Marlin, tapi nama sebenar Irmalind binti Usman Gumanti”. Apabila ikan semakin dekat, suasana menjadi sedikit panik kerana kami berselisih pandangan tentang bagaimana nak naikkan marlin itu ke atas bot. Saya sudah memegang gancu atau cangkuk besi yang tajam yang selalu digunakan untuk menaikkan ikan besar. Ruseli menghalang, “eh jangan…., kita nak lepaskan balik, kesian kat dia.” Saya pun berhenti. Pada saat itu, ada pula yang bertanya “boleh makan ke”. Ada yang menjawab boleh, ada yang menjawab tidak sebab isinya keras. Ketika itu Marlin sudah sampai di tepi bot dan telah beberapa kali melompat ke udara. Adnan pula sudah sedia berdiri di tangga bot untuk menangkap paruh ikan layar yang cantik itu. Ketika itu juga Pak Sharif bergegas datang ke belakang dengan gancu yang lain dan cuba mencangkuk Marlin, tapi gagal.

Tiba-tiba, tus, tali putus. Aaaah… semua kecewa. Namun ianya satu pengalaman yang cukup menarik. mmmm… memang cantik, kami terhibur. Selepas itu kami sama-sama tergelak mengenangkan suasana kalut yang baru berlalu. Saya berkata kepada kawan-kawan, “This is the price of being indecisive”. Haha… satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Dolphin yang menghiburkan

Kami pulang awal bagi memberi ruang kepada Amin untuk berehat sebelum menaiki bas ke Perlis malam itu. Dalam perjalanan, kami bertemu sekawan dolphin. Mungkin 5 atau 6 ekor yang berenang gembira. Kami pun cepat-cepat mengeluarkan kamera untuk mengambil video dan gambar namun tidak berkesempatan untuk mendapat gambar yang jelas. Saya pun meminta Sharif memusingkan bot mendekati dolphin itu.

Kelihatan Dolphin Bermain

Kami dapat melihat mereka berenang dan melompat bersebelahan bot. Wow… ini satu lagi anugerah tuhan kepada kami. Cantik sekali mereka berkejaran, menyelam, berenang dan melompat. Memang setiap kali saya bertemu dolphin yang liar di laut, hati saya merasa puas.

The Team

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Aur dan Pemanggil 2010 – The Price of Indecisiveness

  1. wah,abah nama adik takda ke?

  2. ajaha says:

    salam
    saya mintak pertolongan boleh bg no tel tekong yg bawa saudara memancing pulau Aur.Saya bercadang akan kepulau Aur pada bulan may 2011

  3. firdaus says:

    spe nak mancing,leh call 0177617312,kat kawasan pulau aur

    • Abg Mie says:

      salam, nak tanya. untuk pekej mancing d aur n pemanggil utk 3h2m berapa RM?

      • Dr. AA says:

        salam, pakej bergantung apa yang dikehendaki.
        1. Bot mengikut saiz. class A (panjang 40 kaki) dgn 37 HP, mungkin lebihkurang RM 1000 atau kurang. Dulu biasa sewa RM700.
        2. Kalau bot class A dengan 100 HP harga 2 kali ganda
        3. Kalau bot class B, selalu enjin lebih kurang 200 HP, sewa lebih kurang RM 2000.
        Ada tekong bagi pakej termasuk makan. ada yang bantu masak tapi penumpang sediakan makanan. semua berbeza2 mengikut cita rasa.

  4. muhammad nuh says:

    Salam,

    saya berminat nak pergi pakej memancing selama 3h2m di sana bersama group saya seramai 6-8 orang,masalahnya kami tak ade langsung nombor kontek tekong2 yang menawarkan pakej2 memancing area sana,jadi ni nak mintak tolong bos kalau ade nombor2 tekong yang boleh kami hubungi.tolong e-mailkan pada saya

    terima kasih

    • Dr. AA says:

      tekong kegemaran saya ialah Syarif 0197734250 ramai lagi tekong lain tapi kami dan settle down dgn boat yang sama sejak lama dulu. Rahsianya,… sebab dulu kena ribut masa naik boat kecil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s