Buatmu Sahabat 25 – Rukhsah, Azimah dan Kesederhanaan

Sahabat,

Berada di jalan dakwah dan terus aktif sebagai agen pembawa hidayah itu adalah anugerah yang diberi oleh Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Ini adalah kerana tugas itu tugas mulia yang dahulu hanya dikhususkan kepada para rasul yang dibimbing terus oleh Allah yang Maha Agung. Apabila wafat Rasul penutup iaitu Muhammad s.a.w., Allah s.w.t.  memilih kelompok demi kelompok manusia bagi bagi meneruskan agenda penyampaian risalah tauhid dan petunjuk itu sampai ke hari kiamat.

Maka berlakulah apa yang telah berlaku, yang boleh kita pelajari dari sejarah para sahabat, tabiin dan mereka yang kemudian dari itu. Dalam perjalanan yang penuh ujian itu ada yang terus istiqamah, ada yang semakin meningkat pengorbanan dan penghayatannya, ada juga yang tercicir. Dari yang tercicir, ada yang menjadi lemah amalannya, ada yang menjadi musuh kepada perjuangan asalnya, ada juga yang sesat.

Banyak sebab mengapa seorang pendakwah itu boleh tercicir dari perjuangannya. Antara lain, beberapa sebab telah dihurai oleh al-marhum Fathi Yakan dalam bukunya “Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah”.  Di dalam buku itu penulis menjelaskan bahawa terdapat 3 faktor yang menyebabkan gejala keciciran iaitu faktor organisasi, faktor individu (ahli) itu sendiri dan faktor luaran. Tetapi di kesempatan ini saya hanya ingin membincangkan satu isu dari faktor yang berkaitan dengan ahli iaitu sikapnya terhadap kehidupan dan perjuangan.

Pada suatu hari di tahun 1980’an, di bumi Amerika,  saya membaca sebuah hadith dalam bahasa Inggeris yang yang berbunyi lebih kurang begini:  “A rider who rides fast neither reached his destination nor kept his ride”. Saya meminati hadith ini, tetapi ketika itu saya tidak dapat menjiwai maksudnya kerana saya merupakan anak muda yang lebih minat dengan sesuatu yang lebih extreme.  Kalau boleh, semua kehebatan para sahabat Rasulullah ingin dikumpulkan sekaligus dalam diri, malah ke tahap maksimum.

Saya amat terkesan dengan kisah pengorbanan Abu Bakar as-siddiq terutama perbualan beliau dengan Rasulullah semasa persiapan perang tabuk. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Abu Bakar “apa yang engkau tinggalkan untuk keluargamu wahai Abu Bakar ?”, lantas dia menjawab “Allah dan RasulNya”.  Abu Bakar telah menginfakkan seluruh hartanya untuk persiapan Perang Tabuk. Seringkali bila mendengar cerita itu, bulu roma akan meremang, rasa seram , bersemangat dan mungkin rasa bersalah kerana belum berjaya seperti Abu Bakar. Itu semangat muda yang tinggi bila ianya memuncak, tetapi di ketika lain semangat itu mungkin merudum ke bawah bila ia menjunam disebab kelemahan iman dan godaan dunia.

Sahabat,

Perjalanan dakwah ini panjang. Ianya ibarat larian marathon yang jauh jaraknya. Pelari perlu terus berlari, lebih laju bila perlu tetapi dia tetap terus berlari pada kadar yang sesuai supaya dapat meraih kejayaan. Fathi Yakan menulis “Syariat telah memperuntukkan hukum-hukum azimah (kemestian) dan hukum-hukum rukhsah (keringanan) yang menjadi ciri pelengkap manhaj islami”. Rasulullah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah Taala suka kamu mengerjakan rukhsahNya sama sepertimana ia suka kamu mengerjakan azimahNya (diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi).

Jiwa manusia ini sebenarnya lemah dan dan setiap individu mempunyai kemampuan yang berbeza-beza dan semuanya terbatas. Malah, kemampuan itu turut berubah mengikut masa dan keadaan. Mungkin pada suatu ketika, jiwa itu boleh melaksanakan sesuatu yang diazamkan, namun pada ketika lain dia tidak mampu. Pengalaman telah banyak menampilkan contoh-contoh di mana mereka yang extreme tidak dapat kekal bertahan di jalan dakwah.

Pada masa yang sama kita juga tidak boleh terlalu mengambil mudah dalam semua perkara. Ini adalah kerana sikap itu membuka ruang yang luas untuk syaitan untuk menguasai diri kita. Kita diajar supaya tidak bermain di sempadan larangan kerana takut-takut terjerumus ke arah kebinasaan. Sebab itu kita disaran supaya meninggalkan semua yang makruh.

Anas r.a. berkata  yang bermaksud: “Kamu akan melakukan perbuatan-perbuatan yang pada pandangan kamu lebih halus dari rambut sedangkan pada zaman Rasulullah kami mengiranya sebagai dosa besar yakni dosa yang membinasakan”(riwayat al-Bukhari).

Sahabat,

Untuk terus kekal berada di jalan dakwah yang mulia, kita perlu mengambil pendekatan sederhana. Ambillah rukhsah bila perlu tetapi amalkan azimah untuk melatih diri meningkatkan pengorbanan kerana orang yang membiasakan dirinya dengan rukhsah tidak akan dapat menanggung dan melakukan azimah. Dia mungkin gugur dan tercicir dari jalan dakwah lantaran kegagalan itu. Begitu juga orang yang melampau (extreme) dalam beramal juga mungkin tercicir ekoran kegagalan diri sendiri dalam bertahan melaksanakannya atau semasa diuji.

Semoga Allah s.w.t. mengekalkan kita dalam kelompok “mereka yang terpilih”.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s