Selamat Menempuh Hidup Baru – Huda Arshad

Huda-nikah

Kicauan burung di Perdana Terraces memang merupakan kelebihan yang diberikan Allah untuk kami. Alhamdulillah, pelbagai spesis menyanyi riang di awal pagi. Selepas puas tidur dengan nyenyak akibat keletihan, pagi ini fizikalku merasa begitu segar sekali. Mungkin juga kerana telah terangkat satu lagi beban dari bahuku. Anak perempuan yang disayangi telah dinikahkan dan walimahnya juga telah dilangsungkan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Aku masih ingat lagi musim panas 1992 ketika aku sibuk menguruskan perkhemahan musim panas untuk sahabat-sahabat UK & Eire, di Newcastle. Ketika itu aku merupakan pengarah program tahunan itu. Ketika itu juga isteriku sedang sarat mengandung. Sepanjang tempoh dia mengandung, banyak ujian dilalui. Di fasa awal, dia diminta berehat di hospital kerana placenta previa dan pendarahan yang agak banyak.. Setelah 3 minggu di sana, isteri merayu untuk pulang ke rumah. Doktor bersetuju tetapi aku terpaksa mendengar pelbagai amaran dan peringatan darinya dan diminta menandatangani surat mengambil tanggung-jawab dari pihak hospital.

Lebih kurang seminggu sebelum perkhemahan musim panas bermula, isteriku melahirkan seorang anak perempuan. Kami merasa amat bersyukur, Alhamdulillah, mendapat puteri pertama (dia juga satu-satunya puteri dalam keluarga ini)  di samping 3 putera sedia ada. Alhamdulillah, bayi yang pernah dikatakan mempunyai peluang 50% untuk “survive” itu akhirnya lahir dalam keadaan normal dan sihat serta sempurna segalanya. Selepas itu dia sentiasa menjadi penghibur hatiku, dari kecil hinggalah dewasa.

Oleh kerana kami ketika itu sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk perkhemahan yang melibatkan ramai peserta, isteri dan bayi itu ditempatkan di sebuah rumah, bersama seorang sohibah yang juga baru melahirkan anak. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan jayanya dan menjadi kenangan manis dalam kehidupan.

Semoga Allah menjadikan anak itu sebahagian dari kekuatan ummah, bakal meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w., dan sentiasa diredhai Allah s.w.t. Itulah antara bait-bait doa yang bermain di kepalaku dan di lidahku ketika itu. Itu jugalah antara ungkapan-ungkapan doa sahabat-sahabat yang hadir di perkhemahan itu. Itulah juga harapanku pada pagi ini.

Sehari yang lalu, sejurus selepas dia kunikahkan dan apabila pasangannya memperdengarkan lafaz taalik, dadaku berdebar, hatiku menjadi sayu dan di dalam hati aku berdoa, wahai Allah yang Maha Penyayang, berilah petunjuk kepada mereka dan peliharalah pasangan ini agar dapat melaksanakan tanggung-jawab masing-masing dengan baik dan berkekalan dalam membina keluarga keluarga dakwah yang tetap tsabat dalam perjuangan.

Malam itu sukar untukku melelapkan mata walaupun badan terasa letih. Mungkin inilah perasaan yang dilalui oleh ayah yang lain ketika melepaskan anak perempuan masing-masing. Benar tulisan yang pernah kubaca sebelum ini, “my daughter is always my little baby, my little princess, even though she has grown up”.

Selamat jalan anakku sayang, selamat jalan Huda Arshad. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan petunjuk kepadamu untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang penyayang yang bakal mendidik pemimpin umat masa hadapan. Semoga doa yang selalu kubaca ini diterima oleh Allah yang Maha Pengasihani.

rabbana-hablana

“Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami dari pasangan kami dan zuriat keturunan kami perkara-perkara penyejuk hati kami, dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”. (QS. Al-Furqan: 74).

Dr. AA, 8.00 am Ahad, 22 Mac 2015

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Selamat Menempuh Hidup Baru – Huda Arshad

  1. Anonymous says:

    Tahniah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s