Ibadah Qurban dan Kos Kehidupan

Ketika saya mendaftar masuk ke KL Hilton untuk menghadiri Expert Panel Workshop bagi meneliti cadangan program M.Sc. Process Safety yang sedang dirangka oleh UTP, petugas di front desk bertanya tentang alamat tempat tinggal saya. Ianya membawa kepada perbualan mengenai ibadah korban yang dianjurkan oleh masjid di masjid kami. Saya memberitahunyasupaya cepat mendaftar sementara sempat dan kos pada tahun ini ialah RM600, meningkat RM100 berbanding RM500 pada tahun lalu. Saya juga memberitahu beliau, jika bajet kurang sikit, kita boleh juga menyertai program korban yang dibuat oleh pelbagai agensi. Ada yang lebih murah terutama yang mengendalikan korban di Kemboja. “Cari saja di internet, akan jumpa banyak options” ujar saya lagi. Yang penting, kita dapat teruskan niat untuk melakukan ibadat korban.

Dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia, amalan korban masih belum menjadi amalan kebiasaan. Walaupun ada yang mengamalkan ibadat ini setiap tahun, secara umum ia belum dipandang berat seperti solat hari raya atau solat tarawih. Sebenarnya, semua amalan sunat yang disaran oleh rasulullan S.A.W. mempunyai kedudukan dan kelebihan tersendiri.

Allah S.W.T. berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Al-Kauthar : 1-2)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Malah ada juga hadis yang lebih memberatkan lagi amalan ini. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Refleksi Harga Korban 2014 – Kos Kehidupan yang melonjak

Selepas berbicara dengan beliau, saya termenung seketika. Subhanallah, cukup dengan melihat kos korban kita sudah dapat membayangkan peningkatan kos kehidupan di Malaysia. Peningkatan RM100 setahun dalam setahun adalah amat tinggi sekali. Walaupun tidak tepat, ianya memberikan gambaran kasar peningkatan kos kehidupan di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.

Kos Satu Bahagian Lembu Bagi Korban Di Masjid

Kos Satu Bahagian Lembu Bagi Korban Di Masjid

Jika diamati dari rajah di atas, kita dapati kos meningkat secara konsisten pada kadar yang amat tinggi bermula dari tahun 2013 iaitu 25 % dan 20 % bagi tahun 2014, iaitu lebih kurang RM100 bagi setiap bahagian. Jika ini berterusan, dalam tempoh 3-4 tahun, kos akan mencecah RM1000 – suatu nilai yang tidak dapat dibayangkan sebelum ini.

Mungkin ada orang yang suka berhujah, lebih banyak berkorban lebih banyak pahala. Betul. Tepat sekali. Berkorbanlah sebanyak-banyaknya dan infakkan wang ringgit anda menerusi pelbagai cara sama ada dalam beribadat (spt korban), atau sedekah (kepada fakir miskin, saudara mara dan institusi), membantu manusia tertindas atau ditimpa bencana (spt di Palestin, Syria dan sebagainya), atau menyokong segala jenis usaha-usaha kebajikan dalam masyarakat setempat bagi mengharmonikan kehidupan. Dan yakinlah, infak itu tidak sia-sia malah diganda lagi oleh Allah swt. Banyak dalil-dalil boleh diperolehi dari al-quran dan hadis mengenai perkara ini.

Namun saya ingin membawa refleksi ini dalam satu dimensi lain. Apa yang berlaku hari ini patut menjadi alarm atau amaran kepada kita semua. Jika peningkatan kos kehidupan ini berterusan untuk beberapa tahun lagi dengan trend yang sama, secara umumnya rakyat Malaysia akan menjadi semakin miskin dengan purchasing power yang semakin rendah. Dengan  pendapatan bulanan RM 3000-5000 sebulan bagi eksekutif muda, mereka hanya akan menghabiskannya untuk bayaran sewa rumah dan hutang kenderaan. Bila ditambah dengan kos pengangkutan dan harga barang yang tinggi, maka mereka akan terus dibelengu hutang dan tidak akan dapat merdeka.

Something has to be done, my dear. And everybody should contribute their bits and pieces.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening, Opinion and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s