Telah lama tidak sampai di Kuantan

Aku dan Kuantan

Kuantan adalah bandar yang sering aku lawati suatu masa dulu. Well,… bukan melawat tapi bertugas mencari rezeki, mengendalikan pelbagai kursus pendek di industri Petrokimia. Malah suatu masa dulu, kami juga terlibat dalam membangunkan Pelan Induk Perindustrian bagi Gebeng Fasa 2. Menyingkap lebih jauh ke belakang, aku masih boleh bayangkan suasana malam ketika aku berjalan kaki dari bandar Kuantan ke Pantai teluk Cempedak ketika berusia 17 tahun. Banyak nostalgia di bandar ini. Tidak lupa juga ikan bakar dan ketam bercili yang aku sukai di Tanjung Lumpur. Juga gulai kawah. Malah aku pernah berfikir untuk menetap di Kuantan. Lokasinya ideal. Dekat dengan laut dan dekat pula dengan hutan. Sesuai dengan jiwaku.

Baru-baru ini aku ke Kuantan 2 kali dalam sebulan. Sekali semasa melawat beberapa loji termasuk Lynas, dan sekali lagi ketika mengendalikan kursus HAZOP bagi Kaneka (Malaysia) Sdn Bhd. Mmm, HAZOP memang kursus kegemerankua kerana setiap kali mengendalikannya, aku akan juga dapat menambah ilmu tentang proses yang dikendalikan oleh peserta. Dapat memperkayakan pengetahuan.

Dalam kesibukan, masih sempat juga menjamu selera dengan ikan bakar dan ketam di samping minum petang di Kuala Kemaman, menikmati satar kegemaran dan membeli keropok cap bunga orkid yang kami sukai. Sampai di gerai keropok, si penjual menegur… Lama tak mari… Ya, memang lama, jawabku selamba.

Tiang Lampu Berdebu Merah

Dalam ziarah kali ini, aku agak kecewa melihat persekitaran Gebeng dan pelabuhan yang berdebu merah. Malah tiang lampu disalut debu. Daun-daun pokok yang hijau menyejukkan mata menjadi suram disalut debu coklat kemerahan, bagaikan karat menghilangkan seri. Aura baru pula yang menyerlah. Aura pudar berdebu, bagaikan dunia diselubungi kemurungan. Hilang seri bandar ini.

Aku membayangkan,…. setelah berjaya menarik pelaburan berjuta ringgit dari industri petrokimia, sudah pasti hasil cukai dan aktiviti perdagangan yang dijana dapat diguna bagi menambah keindahan persekitarannya. Sekurang-kurangnya membawa nilai tambah kepada bandar ini. Namun telahan itu meleset… Kuantan telah mengecewakanku.

Aku bertanya kepada beberapa kenalan, kerana ingin mengetahui puncanya.  Aah, rupa-rupanya pengangkutan bijih besi ke pelabuhan dari pelbagai tempat di Pahang adalah punca pencemaran itu. Barulah aku tahu yang berlonggok di tepi jalan itu rupanya bijih besi yang akan dieksport ke Cina. 

Mengapakan kurang pengawalan dari kerajaan tempatan bagi memastikan persekitaran di situ bersih. Bagaimana pula nasib penduduk berhampiran disitu? Persoalan itu bermain di kepalaku. Sudah pasti ianya patut ditangani oleh pihak berwajib. 

I wish you luck, anyway.

 

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s