Mengapa mereka diuji?

Apabila imam membaca surah Maryam, hatiku terus menjadi amat sayu. Tidak dapat dibayangkan betapa susahnya hidup yang perlu ditempuh oleh Maryam. Sudah pasti amat sukar  dia menjelaskan apa yang berlaku pada dirinya kepada keluarga. Jika ia berlaku hari ini, aku yakin tidak ada siapa yang akan mempercayai kata-kata wanita seperti itu. Bayangkan jika anda sendiri yang berada pada tempatnya. Namun dia insan terpilih dan Allah memperkukuhkan kedudukannya, dan Allah mahukan ianya menjadi tauladan kepada kita pada hari ini.

Begitu juga kisah Nuh a.s. yang berjuang selama hampir seribu tahun. Dengan usaha gigih melaksanakan tanggung-jawab sebagai rasul, menyampaikan risalah kepada umatnya dalam tempoh 950 tahun, anaknya sendiri termasuk dalam golongan orang yang tertinggal. Bayangkan jika kita sendiri yang berada pada tempatnya. Namun dia insan terpilih dan Allah memperkukuhkan kedudukannya, dan Allah mahukan ianya menjadi tauladan kepada kita pada hari ini.

Begitu juga kisah Ibrahim a.s. yang terpaksa berhadapan dengan ayahnya sendiri sehingga dia diusir.Bayangkan jika kita sendiri yang berada pada tempatnya. Namun dia insan terpilih dan Allah memperkukuhkan kedudukannya, dan Allah mahukan ianya menjadi tauladan kepada kita pada hari ini.

Apakah perasaan Muhammad s.a.w. apabila dia gagal menyampaikan risalah kepada bapa saudaranya yang telah melindunginya dari tentangan masyarakat. Walaupun begitu dekat di hati,  bapa saudara baginda pergi sebagai orang yang tidak beriman. Itulah ketetapan Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Malah banyak lagi kisah-kisah yang boleh diambil pengajaran daripada Al-Qur’an.

Sahabat,

Fiqh dakwah mengajar kita tentang maratib ‘amal, bagaimana dakwah dan tarbiyah itu mesti bermula pada diri sendiri, kemudian dikembangkan kepada ahli keluarga, kemudian kepada masyarakat setempat, kemudian dikembangkan ke peringkat negara sehingga terbentuknya kerajaan Islam, dan khilafah Islam dan terus berkembang supaya pentadbiran keseluruhan alam mendapat manfaat dari naungan Islam. Sungguh cantik strategi itu, dan ianya perlu terus dijiwai.

Namun kadang-kadang ianya tidak secantik seperti yang dilakarkan. Entah di mana silapnya, kadang-kadang seorang pendakwah gagal membawa bersamanya mereka yang disayang. Walaupun hasratnya ingin berkongsi semua kebaikan yang dijiwainya bersama semua yang dekat dengan dirinya, namun kadang-kadang ketetapan Allah ternyata berbeza. Apakah sikap yang patut diambil olehnya, dan apa pula sikap sahabat-sahabat di sekelilingnya?

Fiqh dakwah juga mengajar tentang kepentingan ukhuwah. Ianya suatu yang benar dan praktikal, bukan teori untuk dihafal dan diulang-ulang tanpa kesan di hati. Ukhuwah yang sebenar berlaku dalam semua keadaan – dalam mengecapi kejayaan, dalam menginsafi kegagalan, dalam susah dan senang. Ya, itu teorinya. Yang dipelajari dan diulang-ulang dalam halaqah. Lebih penting dari itu ialah perlaksanaannya. Oleh itu, laksanakanlah tanggung-jawab ukhuwah, dan janganlah terlalu menganalisis, sehingga akhirnya mempersalahkan pula sahabat yang sudah sememangnya berduka-cita. Jika ia pernah berlaku begitu, bayangkannya kembali, apakah perasaan anda ketika itu. Adakah anda merasa kasihan ? Atau tidak merasa apa-apa kerana ianya memang patut berlaku begitu? Atau ada sedikit kebencian kerana anda merasakan sahabat itu tidak tahu meletakkan prioriti dalam melaksanakan tanggung-jawab ? Atau anda merasakan sahabat itu tidak memahami maratib ‘amal? Perlu diselami kembali,  adakah ketika itu anda berukhuwah?

Fiqh dakwah juga mengajar kita untuk terus tsabat dalam perjuangan. Walau apapun keadaan yang berlaku, semangat tidak seharusnya menurun, malah ianya perlu diganda bagi menunjukkan kesungguhan kita kepada yang Esa. Kita harus sentiasa mengharap bantuan, malah merintih meminta kasihan belas dari Allah yang Maha Penyayang. Tiada siapa yang mengetahui apa yang berlaku di hujung sana. Maka bersangka baik dengan  apa yang bakal dianugerah Allah lebih baik dari putus asa.

Semoga Allah menolong kita semua… 

 

 

 

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s