Tidak Enak Bercakap Tentang Tandas

Cuba lihat gerombolan manusia yang keluar dari shopping complex, contohnya Sogo. Ada yang senyum, ada yang muram, ada yang nampak keletihan. Yang nampak letih selalunya lelaki dan yang senyum selalunya perempuan. Haha…Padahal yang lama membelek pakaian ialah wanita. Yang lelaki hanya mengekori isteri (sebagai porter bawa barang atau body guard), atau  mundar-mandir di sana sini, atau duduk di mana-mana kerusi yang ada. Haha… menarik.

Tapi itu bukan yang ingin aku bicarakan hari ini. Kini aku  berehat seketika sambil minum kopi di tengah-tengah kesibukan menyiapkan artikel untuk keynote address di sebuah persidangan antarabangsa. Hari ini aku ingin bicara pasal tandas. Urrrghhh, what a topic

Semasa di Sogo, aku dapati bayaran 30 sen dikenakan. Sama seperti di Jeti Mersing. Ada pula orang kata di KLCC pun ada tandas yang berbayar, cuma ada yang percuma (mmmm… mungkin merealisasikan konsep antara 2 darjat!). Terima kasih kepada PLUS, tandas di lebuhraya semuanya percuma.

Apa yang lebih merimaskan ialah keadaan tandas yang kotor. Apa perasaan anda jika bila melihat titikan air kencing berwarna kuning di atas mangkuk tandas. Lebih teruk lagi kadang-kadang ada juga yang buang air besar dan lupa flush

Yang paling tak puas hati ialah bila kita dikenakan bayaran dan tandas masih kotor ! Now, that’s a kind of robbery, isn’t it? 

Ada 2 perkara penting:

1. Tingkatkanlah hospitaliti kita. Janganlah kenakan bayaran untuk tandas. Orang masuk tandas disebabkan keperluan terdesak. Bayangkan jika dalam keadaan sakit perut, dia terpaksa berundur kerana tiada duit.

2. Jagalah kebersihan kerana ianya ciri asas manusia bertamadun. Tanpa mengira bangsa atau agama, kebersihan sepatutnya menjadi amalan semua.

Aaah enough said, my paper is yet to be completed.

 

 

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s