Program Balik Kampung 2014 – The Power of Emotion

The Power of Emotion

Sayang atau marah, kenyang atau lapar, suka atau sedih – semuanya relatif. Ia bukan absolut. Ia dipengaruhi oleh keadaan. Ia juga boleh dikawal – macam orang selalu kata – mind over matter. Begitulah keadaan kawan-kawan kami yang memancing pada malam itu. Kerana sibuk melayan ikan, lapar tidak terasa dan semuanya tidak makan malam. 

Disebabkan pengaruh perasaan kita terhadap sesuatu, pertimbangan seringkali dipengaruhi. Manusia menjadi tidak konsisten. Tetapi bila dilihat dari perspektifnya tersendiri, mungkin juga ianya suatu yang munasabah…

candat sotong di Pulau Jahat

10.12 pm – Mencandat sotong di Pulau Jahat

Petang sebelumnya, kami dihidangkan dengan makan tengahari yang lewat. Lebih kurang jam 5.30 petang itu kami meninggalkan jeti Kg Mukut untuk terus berlabuh di kawasan memancing sotong di Pulau Jahat. Namun sotong tidak mengena sehinggalah selepas kami solat (maghrib dan isyak). Aku yang tidak gemar mencandat sotong hanya berehat sehingga lebih kurang jam 10 malam. Selepas itu aku mencandat beberapa minit dan berjaya menaikkan 3 ekor sotong. Selepas itu perjalanan diteruskan ke Pulau Pemanggil.

Dalam perjalanan aku terus nyenyak tidur. Ketika terjaga dari tidur, kedengaran bunyi enjin dan aku terus tidur semula. Rupa-rupanya ianya bukan enjin bot tetapi enjin generator yang dipasang dan bot telah berlabuh di lubuk tempat kami bermalam. Haha, aku tidur sehingga jam 4.30 pagi. Memang enak tidur dibuai ombak.

Adnan menggayakan Jemuduk yang berjaya dinaikkan oleh Kamal

4.50 pagi – Adnan menggayakan Jemuduk yang berjaya dinaikkan oleh Kamal

Beberapa rakan  berpesta melayan pelbagai spesis ikan pada malam itu – jenahak, tambak jemuduk, baracuda dan lain-lain. 

Terjaga dari tidur, aku terus memancing tengan teknik jigging dan berjaya menaikkan 2 ekor ikan baracuda sebelum azan berkumandang lebih kurang 5.45 pagi. Selepas itu kami solat subuh berjamaah dan diikuti dengan bacaan ma’tsurat sughra.  Sambil sarapan disediakan, ada yang terus memancing di situ.

Ikan Tambak memang banyak di kawasan batu karang

6.47 pagi, Tholudin bergaya dengan Ikan Tambak sambil menunggu sarapan disediakan

Pagi itu rezeki masih menjadi, sejurus selepas sarapan, Tholudin mula menaikkan ikan Tambak,  dan Ruseli beraksi menaikkan ikan Ebek@GT. 

Ebek atau Giant Trevally ini dinaikkan oleh Ruseli menggunakan kail Yusuf.

Ebek atau Giant Trevally ini dinaikkan oleh Ruseli menggunakan kail Yusuf.

Aksi berterusan sehingga kami mengambil keputusan untuk ke tempat lain bagi memancing teknik berhanyut.

Jemuduk ini rasanya ditangkap oleh Yusuf

Jemuduk  (Bludger Trevally) lagi

Teknik memancing dengan “berhanyut” amat sesuai dilakukan di kawasan batu karang berhampiran pulau. Inilah teknik kegemaranku sebenarnya kerana terdapat elemen kejutan bersadarkan spesis ikan yang ditemui di tempat berbeza. Di situ kami mengumpulkan kerapu-kerapu bersaiz sederhana.

memancing cara "berhanyut" menggunakan apolo buatan sendiri

Memancing cara “berhanyut” menggunakan apolo buatan sendiri. Dari 5 mata yang digunakan, 4 mengena kerapu bersaiz 300-500 g.

Kejutan terbesar – The power of emotion

 Tengahari itu kami naik ke kg Buau Pulau Pemanggil. Ia telah menjadi tradisi dan aku telah mengumumkan “makan tengahari ini kaci masak stim”. Sejurus kemudian Pak Sharif memberi tahu “Ustaz Aman tak berniaga lagi, orang rumah dia dah pindah Mersing”. Aaah berita itu mengejutkan kami semua. Perasaan teruja untuk makan kaci masak stim, kerisi asap sabut kelapa, ABC dan air kelapa muda tiba-tiba hilang. Semua terdiam sebentar. Sebenarnya, ABC itu bukanlah sedap sangat tetapi suasana di pulau dan kehangatan badan menjadikan ianya seolah-olah ABC terbaik di dunia… Aaah, nasib kami tidak baik kali ini. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk naik ke chalet Pak Dagang untuk mandi dan makan tengahari yang dipesan ialah nasi goreng. 

mayong 8.5 kg

mayong 8.5 kg

Petang itu kami memancing di Selatan dan di Timur Pulau Pemangggil. Hasilnya juga agak baik.

Aku mula beraksi di malam ketiga - kaci tangkapan pertama

Aku mula beraksi di malam ketiga – kaci tangkapan pertama

Apabila malam tiba kami berlabuh di tempat pilihan. Alhamdulillah, malam itu juga kami beraksi sepuasnya. Aku sendiri sempat menaikkan 2 ekor ikan kaci (1-2 kg), 3 ekor ikan tambak (1-1,5 kg), seekor ikan cupak 4.8 kg dan beberapa ekor ikan kecil sebelum tidur kerana keletihan.

Tok Wae menaikkan jenahak 3.1 kg

Tok Wae menaikkan jenahak 3.1 kg

Wan Ibrisam juga amat menjadi kali ini. Dengan peralatan yang baru dibeli sehari sebelum bertolak, dia telah menaikkan pelbagai spesis ikan. Yang termahal ialah jenahak bersaiz 3.1kg. 

Cupak (4.8 kg) yang menghilangkan rasa mengantuk

Cupak (Big Eye Trevally) bersaiz 4.8 kg yang menghilangkan rasa mengantuk

Ketika kelopak mataku mula terasa berat dan ikan mula mendiamkan diri di dasar laut, aku berpindah ke hadapan bot untuk berbaring di luar kerana ruang tidur di dalam sudah penuh. Selepas membentang tikar, aku mengambil keputusan untuk mencuba nasib sekali saja sebelum tidur. Seminit dua selepas kail dilabuh, ia disambar cupak 4.8 kg yang sungguh ganas. Berpeluh badan untuk menaikkannya dan mataku hilang mengantuk.  

Spesis-spesis yang mengerahkan tenaga

Spesis-spesis yang memerah tenaga 

Trip yang Lumayan

Secara keseluruhan, trip ini agar lumayan. Namun, disebabkan air yang jernih, ikan-ikan di unjam sukar didapati dan tangkapan utama ialah di waktu malam dan berhanyut di kawasan batu karang.

Sebahagian dari tangkapan yang lumayan

Sebahagian dari tangkapan yang lumayan

 

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s