Memori Andalusia

Lukisan terpampang di dinding

Lukisan terpampang di dinding

Hatiku begitu terganggu melihat lukisan yang terpampang di dinding masjid Cordoba yang kini dikenali sebagai mezquita-cathedral. Suasana hening di dalam masjid yang nyaman itu, menambahkan lagi kegelisahan hati. Gerbang merah putih yang mewarnai ruangan dalamnya menyemarakkan lagi nostalgia. Aku berhenti sejenak…

Benar, memang sejarah merakamkan semua pertukaran pemerintahan, kerajaan ataupun tamadun.  Tetapi apabila aku merenung lukisan itu, hati merasa sayu kerana terbayang di fikiranku ketika itu bagaimana tempoh lebih daripada 700 tahun pemerintahan Islam sedikit demi sedikit disingkirkan dari semenanjung Iberia. Apa yang tinggal pada hari ini sedikit sahaja dari peninggalan satu era yang panjang.

Gerbang-gerbang indah menghubung tiang di dalam masjid

Gerbang-gerbang indah menghubung tiang di dalam masjid

Terlintas di kepalaku tentang kesungguhan Tariq bin Ziyad ketika dia mengarahkan kapal-kapal tenteranya dikumpul dan dibakar.  Semangat yang dibawa oleh mereka bukan semangat berperang semata-mata, atau atas semangat meluaskan kuasa sahaja tetapi peluasan bumi untuk berdakwah bagi menyampaikan risalah Islam, dalam merealisasikan apa yang dimaksudkan dengan “Islam  rahmat ke seluruh alam”. Ianya bagi memastikan semua manusia mendapat peluang untuk disentuh risalah, yang kemudiannya memungkinkan hidayah.

Maka terbinalah kerajaan Islam yang berkembang dengan pantas, bermula dari tahun 711 masihi  sehingga merangkumi sebahagian besar dari semenanjung Iberia yang merangkumi Sepanyol, Portugal dan bahagian selatan Perancis. Selepas kejatuhan Khilafah Umayyah, Cordoba menjadi pusat pemerintahan bagi Andalusia. Banyak kemajuan dibawa dalam pelbagai bidang termasuk sains, perubatan dan sebagainya. Namun, apabila tiba masanya, kerajaan Islam mula berpecah dan satu demi satu ditumpaskan musuh, dan berakhir dengan tumpasnya kerajaan Granada pada tahun 1492 masihi.

Mihrab

Mihrab

Jika dihalusi, apabila suatu pengaruh itu hilang, suatu kekuasaan itu itu ditumpaskan, mestilah ianya berpunca dari faktor-faktor kelemahan diri dan kekuatan musuh. Apa pun keadaan, kita harus menghayati apa yang difirmankan Allah di dalam al-qur’an, 

3_26

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sejarah seharusnya menjadi pengajaran, boleh diambil dijadikan panduan. Yang penting adalah apa yang mendatang, apakah sikap kita terhadap dunia hari ini dan apa pula persiapan yang harus kita buat. 

Ketika aku melangkah perlahan melihat keindahan masjid Cordoba itu, aku telah mendapat suatu inspirasi. Semoga ia akan mendorong aku mendekati rahmat Allah yang maha kuasa…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Memori Andalusia

  1. Jari Kurus says:

    Assalamualaikum, terima kasih Dr. kerana memberi inspirasi. Walau sesibuk mana pun anta masih boleh menulis dan memberikan ilmu dan inspirasi kepada semua. Terima kasih lagi sekali untuk membawa saya juga untuk menulis semula, tetapi dengan nama lain.
    Jzkk

  2. Raihan Aizaini says:

    i named my son Tariq after Tariq bin Ziyad.. Many thought it’s after Tariq Ramadan..seems like not many know the story of the Conqueror of Spain.. Hope to visit Spain some day..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s