Kari Kepala Ikan

Bila sebut kari kepala ikan, sudah tentu anda terbayang kedai mamak atau kedai nasi kandar. Ada juga kari kepala ikan dari restoran melayu yang sedap. Yang pasti, tak ada siapa boleh lawan masakan isteri saya. Haha…, selera telah ditala supaya suka masakan isteri sendiri…

Tapi bukan itu yang saya maksudkan di sini. Apa yang menarik ialah, bila kepala ikan dijadikan umpan ketika memancing. Percaya atau tidak, ianya juga mendatangkan hasil. Rupa-rupanya ikan pun suka makan kepala ikan. mmm… itulah yang kami pelajari di Pulau Aur. 

Aur dan Dayang - dua pulau yang cantik

Aur dan Dayang – dua pulau yang cantik. Dayang hanya terdapat chalet manakala Aur mempunyai kampung

Pulau Aur merupakan pulau berpenduduk yang paling jauh ke tengah di perairan Johor. Berdekatan dengannya terdapat Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang. Kesemuanya terkenal kepada penyelam kerana pemandangan di dasar dan terumbu karang di situ dikatakan amat cantik. Jadi tidak hairanlah jika setiap kali kami ke sana, terutama di hujung minggu terdapat kumpulan-kumpulan penyelam terutamanya dari Singapura yang memeriahkan perairan itu. Ada yang menaiki kapal layar, ada yang datang dengan feri, tetapi kebanyakannya menaiki bot. 

Taman Negara Johor 

Dalam lawatan kami kali ini, perairan itu lengang. Sedang kami memancing hanyut, mencari kerapu (teknik memancing yang paling saya gemari), datang sebuah bot laju yang tertera di atasnya, Taman Negara Johor. Mmm…, sejak kebelakangan ini, setiap pemancing atau sesiapa yang memasuki perairan Johor dikenakan RM5, manakala penyelam pula dikenakan RM 200. Mungkin itu agaknya kenapa perairan itu agak lengang. Sambil mengampiri bot kami, mereka mengambil gambar kami, dan kami pun mengeluarkan kamera mengambil gambar mereka. haha… lupa nak minta address email untuk bertukar gambar.

Taman Negara Johor - Patroling the islands

Taman Negara Johor – Patroling the islands

Keluhan pengusaha pelancungan kami dengar dengan rasa simpati. Sukar bagi mereka menggarap keperluan perlaksanaan cukai itu. Kata seorang yang saya temui, “kerajaan tak cukup kaya lagi ke, sehingga nak ganggu punca rezeki kami…” mmm… Kami juga diberitahu bahawa beberapa chalet telah ditutup. Bagi mereka, percukaian baru ini mengganggu pendapatan mereka. Itu persepsi mereka, sama ada betul atau tidak kajian perlu dibuat, namun, kos bercuti telah meningkat dengan wujudnya cukai ini.

Lurah Pulau Aur

Di Pulau Aur terdapat banyak tempat memancing yang saya gemari. Namun, di kebanyakan tempat, airnya dalam. Tidak jauh dari situ ada lurah yang sedalam 90 m. Menurut pengalaman, di situ banyak ikan dan saiznya juga agak besar. Namun, anda boleh keletihan kerana apabila batu dan kail dibawa arus, panjang tali yang perlu dihulur mungkin menjangkau 150 m atau lebih. Jika arus deras, lebih baik anda berehat atau berpindah ke tempat lain, kerana batu yang besar perlu digunakan dan tali yang perlu dihulur terlalu panjang. Dalam keadaan itu, menarik ikan seberat 1 kg sudah cukup meletihkan atau merosakkan peralatan. Bayangkan jika batu 1 kg diperlukan, anda hanya akan merosakkan kekili.

contoh ikan sisek 500-1000 g yang ditangkap tanpa henti selama 7 jam. Walaupun kecil, tapi meletihkan kerana air yang dalam dan arus

contoh ikan sisek 500-1000 g yang ditangkap tanpa henti selama 7 jam. Walaupun kecil, tapi meletihkan kerana air yang dalam dan arus

Dalam Trip kali ini saya berganding dengan Amran selama 7 jam tanpa henti menaikkan ikan, seekor demi seekor. Rakan-rakan yang lain semuanya terbaring, sama ada mabuk laut ataupun keletihan. Pelbagai spesis diperolehi dari kategori ikan sisik dan ikan karang – ungar (yang paling banyak), tambak, tanda, kerapu dan lain-lain. Oleh kerana alun laun telah mula datang, walaupun angin tidak kuat gelombang dirasai. Sesuai dengan masa, tengkujuh semakin hampir kerana trip kami itu di awal november.Wah memang menarik tempat itu.  Bertambah satu lagi tempat kegemaran selain lubuk ikan mayong dan ikan cermin yang tidak dapat kami pergi kali ini kerana alun tengkujuh sudah mula dirasai. Lain kali kami ke sana lagi insya Allah.

Boya Sembilan

Boya sembilan terletak di belakang Pulau Aur. IAnya dahulu diguna sebagai tempat latihan menembak bagi tentera laut. Dahulu kami pernah suka memancing di sana dan tangkapannya baik kerana ikan kerapunya bersaiz lebih besar. Namun sekarang ianya hanya boya 3 kerana 6 yang lain telah hanyut. HAsil di sana juga baik tetapi alunan ombak menyebabkan kami cepat bepindah.

Boya9 yang tinggal hanya 3

Boya9 yang tinggal hanya 3

cupak@GT walaupun kecil tetap menggembirakan

cupak@GT walaupun kecil tetap menggembirakan

cermin - menjadi juga apolo buatan sendiri

cermin – menjadi juga apolo buatan sendiri

Kepada Pulau Aur dan Pulau Pemanggil, jumpa lagi di bulan April.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s