Pepatah Melayu

Mungkin semua orang pernah dengan pepatah ini “Harapkan pagar, pagar makan padi”. Ianya suatu yang pelik. Bagaimana agaknya pagar boleh makan padi? Saya pernah bertanya soalan itu pada diri sendiri. Mungkin agaknya ia melambangkan suatu yang tidak mungkin berlaku? Jadi, kepercayaan yang diberi kepada pagar memang munasabah, kerana memang pagar tidak sepatutnya makan padi. Memang tak boleh makan. Namun, ianya tetap berlaku. Jadi, amat luar biasa. Amat extreme keadaan itu. Jadi pepatah itu difahami sebagai “extreme betrayal”. Khianat yang memuncak.

Pegar - Burung yang cantik (gambar diperolehi dari internet)

Pegar – Burung yang cantik (gambar diperolehi dari internet)

Namun baru-baru ini, ketika makan tengahari di Kompleks IKRAM di Seri Kembangan, saya telah mempelajari benda yang baru. Prof Termizi adalah pakar Fizik Perubatan,  namun dia juga mempunyai ilmu dalam bidang Bahasa Melayu dan Sejarah Melayu. Termizi menjelaskan kepada saya, sebenarnya pepatah itu “Harapkan pegar, pegar makan padi”. Pegar ialah sejenis burung. Burung itu juga ditakuti oleh burung-burung yang kecil, jadi boleh dijadikan sebagai pelindung pada padi. Namun pegar juga memakan padi.

Begitu juga dengan pepatah “Melepas Batuk Di Tangga” yang membawa maksud membuat kerja dengan tidak sempurna. Apa signifikan batuk di tangga? Suatu masa dulu saya membayangkan agaknya, seseorang itu batuk dan membuang kahaknya di tangga, seolah tergopoh-gapah dan tidak sempurna. Namun saya diberitahu sebenarnya “Melepas Betuk Di Tangga”. Betuk adalah alat mencedok air bagi tujuan membasuh kaki sebelum naik ke rumah orang Melayu.  Jadi melepaskan betuk di tangga melambangkan kegopohan dan perbuatan tidak sempurna. Sepatutnya betuk perlu diletak semula di tempatnya iaitu di pasu atau tempayan air di tepi tangga.

mmm… menarik. Bagaimana ia boleh berlaku? Kemungkinan ia terjadi apabila tulisan jawi yang digunakan oleh orang melayu ditukar kepada tulisan rumi. Maka betuk menjadi batuk dan pegar menjadi pagar kerana kedua-dua betuk dan pegar kurang diketahui umum. Mmm betul, saya sendiri hanya mengenal ikan betuk dan tak pernah tahu betuk itu gayung atau bekas pencedok air. (Teringat lawak seorang kawan, apabila committed ditulis dalam tulisan jawi, orang mungkin membacanya sebagai kemetot).

Bertambah ilmu sambil menikmati nasi bungkus sebelum meneruskan mesyuarat di kompleks IKRAM.

  

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s