Balik Kampung 2013 – Antara Teori dan Praktis

Program Balik Kampung 2013

Kami sempat mencuri masa di bulan april lalu untuk program tahunan – Balik Kampung 2013. Setiap tahun sejak berbelas tahun lalu, kami meluangkan masa untuk menenangkan fikiran di Laut Cina Selatan dalam trip memancing di perairan Pulau Tioman, Pulau Pemanggil atau Pulau Aur. 

masjid_Mukut

Singgah Solat di Masjid Kg Mukut

Selalunya, kami akan mendarat di dua dari tiga pulau tersebut untuk berehat sambil menikmati hidangan pulau.  Kali ini tempat persinggahan pertama ialah Kg. Mukut di Pulau Tioman dan makanan yang telah ditempah sedia menanti kami di saat mendarat. mmm… island’s delicacies. Oleh kerana masanya tepat dan semua sudah kelaparan, kami terus makan sebelum mandi. Selepas itu, kami mandi dan bersiap untuk ke masjid.

Hidangan_mukut

Hidangan Istimewa Tioman

Ahli kumpulan majoritinya sama, kerana kami selalunya memang menanti-nanti peluang ini setiap tahun. Yang minat memancing akan menghabiskan sebanyak mungkin masa untuk memancing, yang lainnya pula banyak berehat. Namun keindahan laut dan pulau di siang dan malam dinikmati semua. Trip kali ini disertai oleh Adnan, Wijay, TATA, Tholudin, Mohamed Nasef, Kamal, Azli, Norhisham dan aku sendiri. Bot yang disewa ialah seperti biasa – Pak Sharif. Mohamed adalah rakan sekerja kami yang berasal dari Mesir. Bagi Norhisham, inilah kali pertama dia bersama kami. Sistem pengurusan seperti biasa – berkongsi kos dan hasil, tanpa mengira peranan individu. Yang penting, semua happy.

Antara Teori dan Praktis

Kali ini aku banyak memerhati gelagat Kamal, Azli dan Hisham. Mereka bertiga sering memancing bersama dalam pelbagai kategori – laut dalam, sungai, kuala sungai, dan pesisiran pantai. Jadi mereka mempunyai ilmu memancing yang boleh tahan hebatnya. Oleh kerana mereka semuanya ahli akademik, maka mereka sering berhujah mengenai teknik memancing – berapa panjang sepatutnya perambut, bagaimana menarik ikan, bagaimana memasang umpan dan sebagainya. Namun, bila kail disambar ikan yang besar, semua teori dilupakan dan semua menjadi riuh dan kelam kabut. haha… aku tertawa sambil melihat gelagat mereka, terutamanya Kamal dan Azli melayan ikan.  Penuh aksi, tapi kali ini beberapa kali, ikan terlucut ataupun putus.

Yang paling menguja ialah ketika Kamal hampir berjaya menaikkan seekor tenggiri bersaiz di sekitar 7 kg. Walaupun ikan itu telah dapat kami lihat dengan jelas ditepi bot, namun disebabkan perambut 6 depa digunakan, mereka menghadapi kesukaran untuk menaikkan ikan. Akhirnya tenggiri berjaya melepaskan diri apabila tali tersangkut tayar di tepi bot. Selepas itu, masing-masing mengeluarkan hujah masing-masing menganalisis kegagalan itu. Haha, aku tertawa. Antara teori dan praktis, kataku kepada mereka.

Malam Penuh Cabaran

Memancing di malam hari pertama tidak sehebat mana tetapi agak lumayan juga. Beberapa spesis biasa berjaya ditangkap. Di malam kedua, banyak kail disambar ikan, tetapi antara teori dan praktis, nasib tidak menyebelahi kami. Banyak yang terlepas. Kami berjaya menaikkan beberapa spesis sederhana. Sedang Kamal dan Azli berbahas tentang kenapa ikan mereka terlepas, kailku disambar pula. Kali ini aku mengambil pendekatan melawan dengan kuat dan kurang bermain-main dengan ikan. Joran ugly stick kubiarkan melentik ke tahap maksimum dan ketika dirasa tarikan ikan menjadi lemah aku pun menarik dan menggulung tali. Selepas itu bertahan kembali. Ini boleh dilakukan jika kita yakin dengan kekuatan tali. Seperti biasa aku menggunakan perkakas favourite – ugly stick dengan shimano 8000 dan tali benang. Alhamdulillah, selepas lebih kurang 10-15 minit, pari seberat 9 kg berjaya ditawan. Ekornya dipotong oleh Mohamed. Excited Pak Arab tu.

Ikan Pari 9 Kg berjaya dinaikkan

Ikan Pari 9 Kg berjaya dinaikkan

Namun, nasib kami kurang baik kerana ketika tengah malam menjelma, hujan turun dengan kilat menyambar dan kami semua masuk tidur. Oleh kerana tempias, bahagian hadapan bot di mana rakan2 sedang nyenyak tidur menjadi basah. Apabila terjaga, ada yang terkejut dan panik kerana mungkin menyangka bot sudah karam.

Pada malam keduapun cuaca yang sama berlaku. di sekitar jam 1.30, hujan lebat turun dengan kilat menyambar. Pada jam 3 pagi, terdengar suara tekong memberi arahan anak-anak kapal untuk memeriksa paip air, di tepi bot dan aras air di bahagian enjin. Setelah pelbagai pemeriksaan dibuat, tekong turun ke bahagian enjin dengan sebuah pam yang dibawa sebagai alat ganti. Ketika itu, keyakinanku kepada Tekong Sharif melonjak tinggi. Dia menggantikan pam air yang telah rosak. Dalam masa lebih kurang 1 jam, semanya menjadi OK.

Malam itu angin kencang dan laut bergelora. Tanpa disedari, bot kami semakin hampir dengan bot yang berlabuh tidak jauh dari situ. Ketika itu kawan-kawan yang lain semuanya tidur dan aku menyaksikan aksi anak-anak kapal bertindak menyelamatkan joran dari patah terhimpit antara bot. Cekap dan tangkas. Alhamdulillah, tiada kerosakan berlaku. Ia terjadi kerana kedua-dua bot melepaskan tali sauh yang panjang sehingga menyebabkan kedua-duanya menghampiri satu sama lain akibat dipukul ombak dan ribut.

Rupa-Rupanya Appolo Memang Serbaguna

Dalam Trip kali ini, beberapa perkara luar biasa berlaku. Di hari pertama, ada appolo yang disambar Marlin. Ketika sedang menaikkan ikan selar, seekor ikan Marlin bersaiz kecil, lebih kurang 5-7 kg menyambar kail. Kami hanya dapat melihatnya melompat di udara sekali sahaja sebelum tali kail putus. Pada hari kedua pula, Kamal pula terkejut bila appolonya berjaya menaikkan kerapu bara. Walaupun saiznya kurang dari 1 kg (700-800 gram), namun keseronokan mendapat kerapu bara  terserlah dengan senyuman.

Kerapu Bara dinaikkan oleh Appolo di Unjam

Kerapu Bara dinaikkan oleh Appolo di Unjam

Blackout di Pulau Pemanggil

Pada hari kedua kami singgah di Pulau Pemanggil. Ini adalah destinasi tetap setiap kali kami memancing di perairan ini. Bila sampai ke jeti di tengah hari yang panas, semua telah membayangkan kelapa muda dan ABC. Malangnya, generator yang membekalkan elektrik di pulau itu mengalami kerosakan. Jadi tiada ais yang disimpan. Tambahan pula, di rumah Ustaz Aman, tiada buah kelapa yang sesuai. Maka kami kempunanlah hari itu. Cukuplah teh dan kopi menjadi pengganti. Namun masakan enak – ikan jenahak masak stim limau, ikan bakar sabut kelapa dan asam pedas – tetap terhidang dengan hasil tangkapan kami sendiri.

Di Jeti Pulau Pemanggil

Di Jeti Pulau Pemanggil

Dalam perjalanan pulang, masing-masing berbincang tentang trip akan datang. Ada yang telah merancang untuk ke pelantar minyak. Bagiku, perjalanan terlalu jauh untuk ke sana dan kurang menarik. Yang sentiasa dalam perancangan yang belum menjadi ialah trip ke langkawi dan selatan Thai. Mungkin Koh Adang??? Mudah-mudahan ada kesempatan ke sana.

 

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Balik Kampung 2013 – Antara Teori dan Praktis

  1. Anonymous says:

    The 6 arm’s length perambut really works!! The problem is reeling in the fish onto the boat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s