Tazkirah Simpang Renggam

Hari Sabtu lalu memang penuh dengan kesibukan. Ada yang berpusu-pusu di pelbagai lokasi menyaksikan hari penamaan calon PRU 13 yang telah lama dinantikan. Ada yang melaung slogan, sama-sama mencatat sejarah hidup masing-masing dalam melalui PRU yang suasananya jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, terutama di Johor. Mana tidaknya, di kawasan tempat tinggal saya, tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang bakal bertanding dengan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abd Ghani Othman. Di DUN pula, Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub  menawarkan diri dan akan bertanding menentang Dr Zaini dari BN iaitu calon baru yang menggantikan jiran kami Datuk Aziz Sapian. Jadi bulan, roket dan dacing mula menghiasi kawasan. Suasana menjadi warna warni. Mungkin kerana ianya telah lama ditunggu… Malah beberapa replika roket yang dibuat dari tong drum telah ditegakkan di tepi jalan. Amat mengujakan kerana tidak pernah suasana seperti ini berlaku di bumi Johor. Peristiwa reformasi dahulu dan PRU 1999 juga hangat tetapi ia tidak begitu meluas seperti hari ini.

Kami berkumpul di Pejabat IKRAM Kluang di Simpang Renggam, menerima kunjungan Prof. Dr. Hatta Shaharom, Timbalan Presiden IKRAM. Beliau membicarakan beberapa perkara penting tentang dakwah di fasa semasa. Tazkirah yang disampaikan di tengah-tengah ucapan memang mengetuk hati. Kepada sahabat saya yang akan meninggalkan majlis itu kerana perlu ke majlis yang lain, dia berpesan supaya tetapkan hari, jaga keikhlasan dan teruskan usaha. mmm… Seperti biasa, hujung minggu memang sibuk bagi mereka yang memberi khidmat sosial kepada masyarakat.  Itulah sumbangan, itulah pengorbanan.

Dr. Hatta berpesan, dalam apa sekalipun, kita kena memastikan keikhlasan kita. Ya, ikhlas adalah suatu yang dianggap mudah tapi sebenarnya amat sukar dicapai. Dalam perjuangan, tak kira di medan apa sekalipun, banyak usaha ditabur, banyak pengorbanan dibuat. Kadang-kadang bila usaha menghasilkan kejayaan, kita boleh diserang riya’ dan ujub. Kadang-kadang bila usaha diakhiri kegagalan, kita mungkin diserang perasaan marah dan mahu menyalahkan orang lain, atau mahu putus asa. Mmmm…. Memang susah kerana kita mempunyai nafsu dan syaitan pula memang cekap mengambil kesempatan.

Saya selalu berkata kepada sahabat, “how I wish to be the Unsung Hero”, hebat memberi sumbangan berkesan tapi tidak dikenali. Namun bahaya tetap ada juga, mungkin di suatu ketika hati berkata, akulah yang banyak bekerja dengan berkesan tapi orang lain yang dihargai. Itulah manusia….

Dr Hatta juga ada menyebut, ada 3 golongan yang dekat dengan neraka – Professor, Ahli perniagaan dan Ahli Politik. Mmm… mungkin ada yang terkejut bila Professor disebut. Dia berkata lagi, mana tidaknya, bayangkan dosa yang menyebabkan pelajar menunggu di bilik kuliah kerana Profesor datang lewat. Sebenarnya banyak lagi isu-isu. Pernahkah kita yang berjawatan pensyarah meminta maaf kepada pelajar kerana lewat?  Bagi saya, yang paling susah ialah ketika menilai kertas peperiksaan dan memberikan Gred kepada pelajar. Pengaruh mana yang kuat – memastikan kualiti pendidikan atau menghargai usaha pelajar? Zalim jika tidak berlaku adil kepada pelajar. Zalim juga jika tidak berlaku adil kepada bidang professional. Bagaimana perkara itu dapat diimbangi supaya tanggung-jawab dapat dijalankan dengan penuh amanah?

Bagi ahli perniagaan dan ahli politik, ianya malah lebih sukar lagi.  Bayangkan lisan yang tidak lurus. Bayangkan amanah yang tidak dijaga. Semuanya boleh menjadi asset atau liability bila bertemu dengan Tuhan Yang Maha Adil nanti.

Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami dalam ketaatan kepadaMu.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Tazkirah Simpang Renggam

  1. azizah says:

    mr bean kata first layer of hell will consist of lawyers🙂
    anyway,selamat mengundi.kita satu parlimen tp lain dun. sdg arrange schedule kerana my penyelia nk cuti balik mengundi and the vote cud be for datuk husam musa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s