Khutbah UTMKL

Image

Bicara Khatib UTM KL

Tengahari itu khatib berbicara perlahan. Bicaranya juga mudah, nadanya tenang. Tetapi hatiku terkesan. Dia menceritakan kisah Abdul Rahman Bin Auf, seorang bangsawan Quraisy yang memeluk Islam. Seorang yang terkenal dengan kekayaannya. Salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga ketika masih hidup. Abdul Rahman telah meninggalkan semua hartanya bagi melaksanakan arahan Rasul untuk berhijrah ke Madinah. Ucapan khatib kuselami dengan perasaan. Interpretasiku mungkin tidak sama dengan jalan cerita yang disampaikan tetapi hatiku sungguh terkesan. Inilah antara perkara yang bermain di fikiranku ketika itu:

  1. Rasulullah mempersaudarakan Abdul Rahman bin Auf dengan Saad Ibn Rabi’

Cerita ini diketahui umum. Sebagaimana Abdul Rahman, Saad juga orang berharta. Dia menyambut kedatangan saudaranya serta menghormati pengorbanan beliau. Sebab itu dia menawarkan separuh dari hartanya kepada Abdul Rahman. Dia juga sanggup menceraikan salah seorang isterinya untuk dikahwini oleh Abdul Rahman supaya beliau dapat memulakan hidup dengan sempurna di tempat baru di Madinah. Sungguh mulia hati Saad. Namun, semuanya ditolak oleh Abdul Rahman dan beliau hanya meminta supaya ditunjukkan kepadanya pasar supaya dia boleh berniaga. Dan di sana, dia terus berusaha hingga cukup untuk memulakan hidup baru.

Amat hebat nilai ukhuwah yang ditunjukkan oleh Saad yang telah menawarkan yang terbaik untuk sahabatnya. Begitu juga hebatnya semangat berdikari dan mengutamakan sahabat yang ditunjukkan oleh Abd Rahman bin Auf. Walaupun beliau boleh memilih jalan mudah dengan menerima tawaran sahabatnya itu, dia memilih jalan yang lebih susah dan mengutamakan sahabatnya dalam pemilikan harta dan sebagainya

2. Abdul Rahman Tidak Lupa tentang Matlamat Asalnya

Walaupun Abdul Rahman bin Auf terus maju dalam perniagaan dan terus menjadi hartawan yang terkenal, sehingga pernah dibayangkan bahawa terasa gegaran di Kota Madinah ketika rombongan perdagangan beliau memasuki kota. Begitu banyak unta yang membawa barangan perniagaan. Begitu banyaknya harta beliau. Namun, dia tidak terpesong. Tidak teragak-agak menginfakkan harta, dan bila sampai seruan jihad, beliau terkehadapan dalam melengkapkan tentera dengan unta, kuda serta bekalan senjata dan makanan. Walaupun telah begitu banyak harta yang diinfak untuk jihad, Abdul Rahman bin Auf juga menyerahkan dirinya sendiri untuk bersama dalam perjuangan.  Dia berjuang dengan harta dan dirinya sendiri. Dia amat memahami tentang matlamat hidupnya, juga tentang matlamat perniagaannya…

Aah.. aku terpegun sejenak. Hari ini suasana sering berbeza. Kita mungkin lebih suka membuat sesuatu mengikut perancangan sendiri, yang diwarnai kepentingan peribadi. Kadang-kadang diyakinkan diri bahawa semua itu adalah untuk perjuangan Islam. Tetapi, sering juga kita terperangkap dengan suasana, sehingga niat boleh menjadi kabur. Keutamaan dinilai dengan terlalu dipengaruhi fikiran sendiri sehingga terpesong dalam menentukan awlawiyat. Perkara remeh menjadi besar, kerana amat petah berhujah bagi membesarkan perkara yang kecil. Kita akhirnya berjaya meyakinkan diri menentang fitrah yang ada dalam jiwa. Niat baik mungkin tertimbus. Pelik. Tapi ianya boleh berlaku, kerana kadang-kadang kehebatan akal itu menjadi labiliti kepada jiwa yang suci.

Amat sedih, bila fitrah dan sifat taqwa ditewaskan akal yang dipengaruhi nafsu. Semuanya kerana kelalaian. Kita boleh tenggelam dalam kesibukan tugas, yang pada asalnya didorong kepentingan dakwah, tetapi akhirnya menjadi agenda peribadi.

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkan hati kami pada agamamu…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Khutbah UTMKL

  1. Anonymous says:

    Itulah sahabat sejati hasil tarbiah Rasulullah SAW.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s