Bicara IKRAM Siswa

Warna-Warna Pagi Hari

Tanggal 19 Januari 2013 adalah tarikh yang istimewa. Pagi itu semangatku begitu teruja kerana hari itu memang telah lama kunanti. Perasaanku begitu gembira kerana setelah pelbagai usaha digembleng, ianya bakal menjadi kenyataan – Mesyuarat Penubuhan IKRAM Siswa Nasional. Pada hari itu, akan dipilih barisan kepimpinan yang bakal mencorakkan gerak-kerja mahasiswa IKRAM.

Sedang aku bersiap-siap untuk keluar, sampai pula berita sedih yang membuat aku tergamam sebentar. Isteri kepada seorang sahabat telah meninggal dunia dan akan disemadikan di Melaka pagi itu. Terkilan rasanya kerana tidak dapat menunaikan hak sahabat, untuk bersama dengannya di saat isterinya disemadikan. Begitu pantas masa berlalu walaupun baru seminggu kuziarahi mereka. Langkahku menjadi perlahan sebentar. Mmm… itulah warna-warna kehidupan. Ada warna cerah gemilang, ada pula yang suram.

Sesampainya aku di UNISEL, anak muda telah berhimpun. Dewan telah dipenuhi dan suasananya meriah sekali. Auranya semangat membara. Di saat itu hati ini amat terusik. Subhanallah. Alhamdulillah. Aku bersyukur. Semoga hari ini menjadi permulaan yang baik kepada suatu yang baik, yang bakal memberikan sumbangan besar kepada perjuangan. Usaha merealisasikan bahawa memang Rasul itu diturunkan sebagai Rahmatan lil alamin. Risalahnya menjadi panduan hidup untuk keharmonian dunia.

Pada hari itu, kubacakan karya yang bahasanya tidak seindah mana, tapi nilainya tinggi kerana ia datang dari hati. Inilah harapanku kepada kelompok mahasiswa yang berkumpul di Dewan Pro Canselor, UNISEL di pagi yang bersejarah itu. Semoga Allah swt menerima anda semua sebagai Ansorullah…

Bicara IKRAM Siswa

AA_Penubuhan_ISN

Suatu masa dahulu, ada kelompok anak muda
Wajah bersih bercahaya
Lunak akhlak, semangat membara
Maju ke hadapan mencipta sejarah
 
Melayar bahtera meneroka Andalusia
Menyeberang Bhosphorus membuka Konstantiniah
Merentas gunung India dan Cina
Membawa rahmat semesta dunia
 
Kemudian ada lagi kelompok anak muda
Wajah bersih bercahaya
Lunak akhlak, semangat membara
Maju ke hadapan mencipta sejarah
 
Siang malam berdiri bersuara
Di Jakarta, Tunis dan Kaherah
Barisan hadapan kebangkitan ummah
Mengubah landskap siasah negara
 
Kini di depanku, ada pula anak muda
Wajah bersih bercahaya
Lunak akhlak, semangat membara
Kelompok terpilih di kalangan mahasiswa
 
Wahai IKRAM Siswa, engkau harapan Malaysia
Tugasmu  banyak dari masa yang ada
Untuk masyarakat berbilang bangsa – sampaikan risalah, percikkan hidayah
Kepada ummah kongsikan fikrah – sebar kefahaman Islam sempurna
 
Wahai IKRAM Siswa, padamu kuletakkan harapan
Laksanakan tarbiyah perkukuhkan iman
Bina penggerak peneraju perubahan – siang pahlawan, malam ruhban
Bina murabbi pembimbing insan – sumber qudwah, gedung pengalaman
 
Wahai IKRAM Siswa, engkau pemimpin ummah
Kuatkan ukhuwah, taat dan tsiqah
Latih diri disiplin jamaah
Berpandu manhaj Rasul ditunjuk Al-Banna.
 
IKRAM Siswa himpunan terpilih
Di menara gading beramal berlatih
Di luar sana masyarakat menanti
Anak muda pejuang sejati…
 
Allahu akbar, walillahilhamd

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s