Kemalangan Industri dan Masa Depan Malaysia

Sesi HAZOP Study semasa kuliah di JB

Kuliah Process Safety & Loss Prevention

Semester ini,aku mengendalikan kuliah MKH1223 di UTM Kuala Lumpur dan di UTM JB. Semester ini, terdapat 14 pelajar separuh masa di Kuala Lumpur dan di Johor Bahru pula terdapat lebih dari 30 pelajar. Pada suatu pagi Ahad, 4 kumpulan pelajar di Kuala Lumpur membentangkan hasil kajian mengenai 4 dari kemalangan industri terkini.

1. Letupan di Thai Petrochemical (8 Mei , 2012)

Kebakaran dan letupan berlaku semasa proses pembersihan tangki di loji pemprosesan getah sintetik. Kemalangan menyebabkan  12 kematian dan ramai yang tercedera.

2. Letupan di Petronas Gas (10 Mei 2012)

Letupan ini berlaku pada 10 Mei 2012, di Storm Water Drain Kompleks A,  Loji Pemprosesan milik Petronas Gas Berhad di Kerteh. Seorang mangsa terkorban dan seorang lagi cedera teruk manakala ramai lagi yang cedera.

3. Kebakaran di Oil Platform di Miri (11 Jun 2012)

Kebakaran di bahagian Compressor di Platform Tukau B, milik Petronas Carigali Sdn Bhd telah menyebabkan 5 mangsa cedera – 3 menerima rawatan di Miri dan 2 di Kuala Lumpur.

4. Letupan Kapal Bunga Alpinia (25 Jun 2012)

Letupan kapal tangki ketika sedang diisi methanot dari Loji pemprosesan Methanol di Labuan dikatakan berpunca dari petir yang menyambar kapal di sekitar jam 2.30 pagi. Kebakaran itu tidak dapat dikawal dan akhirnya menyebabkan beberapa letupan berlaku dan 5 pekerja terbunuh dan ramai anak kapal lain yang tercedera.

Ada laporan yang agak terperinci diperoleh, ada juga yang begitu “sketchy” kerana kurang maklumat yang diperolehi dari public domain.

Organization Has No Memory

Kalau kita baca penulisan tentang trend dalam kemalangan di industri kimia, kita akan dapati kenyataan seperti “organization has no memory”. Ini adalah kerana walaupun telah banyak kali berlaku kemalangan, dari semasa ke semasa kemalangan berlaku kembali. Ada yang hampir sama sebabnya, ada yang berlaku pada syarikat yang sama.

Risiko di Malaysia berkemungkinan akan menjadi lebih tinggi dari kebanyakan negara maju kerana sikap syarikat yang tidak mahu berkongsi maklumat dan pengalaman dari kemalangan yang berlaku. Ini menyebabkan kajian penyelidikan dalam bidang keselamatan industri di Malaysia amat sukar untuk dilakukan. Ini juga bermakna tiada siapa yang akan belajar dari kesilapan yang berlaku.

Keadaan ini perlu diubah. kita perlu bersikap positif dan jujur dalam menangani isu keselamatan. Sebagai sebuah negara yang semakin maju, kita perlu berinteraksi berasaskan “Trust” dan bukan sebaliknya, walaupun ia mempunyai risiko kerana risiko bertindak berasaskan “distrust” adalah lebih menyukarkan sebarang usaha ke arah kemajuan.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s