Lawatan Kerja ke Pulau Pinang

Terkandas di Lebuhraya

Di dalam bilik kuliah aku sering berkata, “walaupun 1 x 10-6 occurrence per year” itu nilai yang amat kecil, iaitu tahap yang telah diterima sebagai “broadly tolerable” dan kadar ini bersamaan dengan kadar risiko seseorang itu mati oleh gencatan elektrik di rumah sendiri, namun ianya masih boleh berlaku. Murphy’s Law juga mengatakan “whatever can go wrong will go wrong…”.  Itulah yang berlaku kepada kami baru-baru ini.

Semasa hampir tiba di Gua Tempurung, kereta yang kami naiki tiba-tiba berhenti. “Eh, kita lupa isi minyak”, kata pemandu. Mmm… Kereta Innova yang kami naiki telah memberikan fuel consumption yang  baik kerana dengan tangki penuh di Kulai Jaya, ia sampai ke Gua Tempurung. Namun tempat itu tiada stesen minyak dan kami terkandas di lebuh raya.

Semua penumpang tertawa besar menerima nasib. Ianya suatu kemungkinan yang amat kecil, tetapi ia telah berlaku. Kereta itu mempunyai fuel gauge bagi menunjukkan paras petrol di tangki. Jarak yang boleh dicapai berdasarkan jumlah petrol yang ada juga dipamir di dashboard.  Malah lampu amaran juga menyala memberitahu bahawa tangki hampir kosong. Jadi, kereta itu mempunyai 3  “failure barrier”. Tambahan pula, ada 4 orang dewasa di dalam kereta dan mereka berkemungkinan boleh nampak salah satu dari “failure barrier” itu. Namun, kebarangkalian yang kecil di mana semuanya gagal tetap berlaku. Inilah yang patut difahami oleh semua orang yang membicarakan analisis risiko. Risiko tidak pernah sifar !!! Haha… Maka kami terus menelefon PLUS RONDA.

Syarikat Tow-Truck

Sekiranya anda mengalami masalah di lebuhraya PLUS, tindakan segera yang perlu dilakukan ialah menelefon PLUS hotline 1-800-88-0000. Nyatakan lokasi anda iaitu pada km xxx.x dengan melihat papan/batu tanda  di tepi lebuh raya dan nyatakan masalah. Selalunya pihak PLUS RONDA akan datang membantu dalam tempoh lebih kurang 30 minit.

Dalam tempoh itu juga, mungkin akan ada kereta yang berhenti yang menawarkan bantuan. Anda perlu berhati-hati kerana ada yang ok, ada yang ingin “menangguk di air keroh”. Mungkin ada juga syarikat tow truck yang berhenti dan menawarkan khidmat. Selalunya, mereka akan memujuk anda supaya menggunakan perkhidmatan mereka.

Itulah yang berlaku pada kami. Mula-mua sebuah kenderaan berhenti dan kami katakan kami OK dan tak perlu bantuan. Kemudian sebuah Tow-truck berhenti dan memujuk kami untuk menggunakan khidmat menunda kenderaan hingga ke hentian Simpang Pulai dengan bayaran RM130. Dia juga mengatakan servis PLUS RONDA lambat, kereta akan ditarik dengan kabel dan boleh merosakkan kereta dan lain-lain. Kemudian dia menawarkan harga RM100 dengan alasan dia sebenarnya dalam perjalanan pulang, Aku hanya tertawa kecil memerhatikan gelagat pemandu tow-truck itu cuba meyakinkan sahabat-sahabat. Kami telah membuat keputusan untuk menunggu PLUS RONDA, dan 5 minit kemudian, mereka pun sampai memberikan bantuan yang diperlukan. Kami sampai di Pulau Pinang lewat dari masa yang dirancang, tetapi cukup masa untuk makan Nasi Kandar di Georgetown.

Georgetown dan Pulau Pinang

Sejak Georgetown digazet sebagai UNESCO World Heritage site, harga hartanah di sana semakin melambung berganda-ganda. Ini menyebabkan kampung-kampung berubah menjadi pusat membeli belah, hotel ataupun rumah kondominium pencakar langit. Ada projek yang menerima bantahan penduduk, atas pelbagai sebab, ada juga hartanah yang dijual sendiri oleh penduduk kepada pembeli luar yang menawarkan harga lumayan. Akhirnya, demografi penduduk Pulau Pinang semakin berubah. Lonjakan harga hartanah ini juga ada kalanya menyebabkan keluarga menjadi berpecah-belah kerana isu pembahagian harta. Ada yang dapat diselesaikan, ada yang terus berbalah.

Durian Balik Pulau

Selepas melawat bengkel fabrikasi dan berbincang dengan mereka tentang projek yang akan kami laksanakan dan keperluan fabrikasi, kami ke Balik Pulau mencari durian. Kami singgah di atas bukit, tidak jauh dari Relau di mana pelbagai durian “berjenama” dijual. Tempatnya indah, dan harganya mahal. Mungkin disebabkan jenama. Musang King menjadi mahal dengan nama barunya, berbanding dengan nama asalnya “Raja Kunyit” . Malah ada lagi jenama lain yang lebih mahal. Namun, 4 biji durian dihabiskan oleh kami berlima. Malah ada durian yang diberi jolokan nama menteri. Yang ini, kalau nak tahu kena pergi Pulau Pinang, haha…

Chad_Razmi

Teh Tarik Bersama Razmi

Kali terakhir aku bertemu Razmi ialah ketika kami semua meninggalkan sekolah selepas SPM pada tahun 1980. Wow, sudah 32 tahun lamanya. Ketika aku sampai di kampungnya (Chenor, Pahang) di dalam siri “kembara semenanjung” pada awal tahun 1981, dia berada di sekolah menghadiri sesi Tingkatan 6 Sementara. Jadi kami hanya sempat singgah di rumah Cobra di Chenor dan kemudiannya ke rumah Hanapi di tepi Sungai Semantan. Ketika itu Din Kuda dan Mat Jack juga di STAR. Mereka adalah kawan-kawan Starian80 yang berasal dari Temerloh-Mentakab.

Appointment dibuat menerusi telefon, dan apabila Razmi sampai di hadapan lobi hotel, aku memerlukan beberapa ketika sebelum aku dapat mengecam sahabat lamaku itu. Bila ditanya, Razmi pun begitu juga. Kami pergi ke sebuah kedai mamak untuk sesi teh tarik. Aku memesan roti nan bagi mengimbangi perut yang telah dipenuhi dengan pelbagai spesis durian balik pulau.

Apabila berbual, terdapat beberapa persamaan dalam pengalaman hidup kami. Satu cerita menarik ialah bagaimana Razmi berhenti merokok ketika dia hendak mendirikan rumah-tangga. Formulanya ialah Self-determination. Apabila telah membulatkan tekad, teruskan perlaksanaan dan pastikan ia berjaya. Rasanya, Din Kuda ada lawak khas tentang peristiwa Razmi ini…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s