Too Many Co-Incidents

Hujan membawa kemalangan…

“Di sini, hujan membawa accident”, kata pegawai polis yang bertugas ketika saya membuat laporan kemalangan di Balai Polis Nilai. Malam itu banyak lagi kemalangan lain yang berlaku – di lebuhraya maupun di jalan biasa. Jadi, ramai yang menunggu giliran di luar balai polis kecil itu. Menurut pegawai polis itu lagi, kalau di lebuhraya PLUS, kawasan dari km 170 hingga km 285 memang kerap berlaku kemalangan. Hari itu kira-kira jam 7.15 petang, kami berserta 6 kenderaan lain terlibat dalam kemalangan di km 282 menghala ke selatan. Semua kenderaan mengalami kerosakan, ada yang sedikit, dan ada yang agak teruk. Semuanya disebabkan pemandu di hadapan berhenti mengejut dan pemandu di belakangnya gagal memberhentikan kenderaan. Ketika itu hujan rintik-rintik. Kereta kami merupakan kenderaan kelima dari hadapan dan mengalami kerosakan di bumper dan lampu hadapan dan belakang (bumper hari ini dibuat dari fiberglass). Alhamdulillah tiada siapa yang cedera dan kami semuanya menerima kemalangan itu dengan tenang. Menarik. Semua orang pada hari itu friendly dan tiada siapa yang marah. Pengajaran: bila berada di kawasan itu (km 170-km185), pastikan jarak anda dengan kereta hadapan dan belakang mencukupi. Kawasan itu sedikit berbukit dan banyak kemalangan “bumper to bumper” berlaku di situ, mungkin kerana ada kenderaan yang menjadi perlahan ketika mendaki bukit dan beberapa kenderaan di belakang pula sedang menurun bukit.

rosak lampu sebelah kanan dan bumper – depan dan belakang

Kami dibantu oleh syarikat tow-truck, yang berjanji akan menguruskan baik-pulih, tuntutan insuran dan sebagainya. Oleh kerana hari sudah malam dan hujan mulai lebat, kami bersetuju. Kereta ditarik ke workshop di Senawang dan apabila semua urusan di Balai Polis Nilai selesai, saya mengucapkan terima kasih kepada Amirrashid (aktivis IKRAM Nilai) dan kami pulang ke Johor Bahru dengan menggunakan kereta milik Faiz, anak sulong kami yang datang ke situ apabila diberitahu tentang kemalangan.

Terlalu Banyak Co-incidents

Walaupun mereka menjanjikan tempoh 2 minggu untuk kenderaan dibaiki, kereta saya hanya siap selepas hampir sebulan. Ketika saya mengambilnya, hari sudah hampir malam. Apabila saya meneliti, saya dapati, kereta saya telah dipasang dengan lampu dan bumper “second hand”. Enjin yang selalunya senyap juga menjadi bising, seperti enjin disel. Setelah berbincang dengan mereka dan mendengar pelbagai “janji manis”, saya yang kesuntukan masa meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan itu saya dapat mengesan beberapa lagi perkara pelik tentang kenderaan saya. Amat menghairankan, mereka hanya perlu memasang lampu, bumper dan membaiki mud-guard. Apa yang sudah berlaku semasa kereta itu di workshop sehingga kereta saya berkeadaan begitu? Bila ditanya, pekerja yang dihubungi berjanji akan menghubungi saya semula, suatu yang tidak berlaku. Mungkinkah berlaku “gangguan”terhadap kereta, ataupun semua itu suatu kebetulan? Mungkinkah ada impak dari kemalangan lalu? Tetapi kemalangan itu agak ringan. Sungguh banyak Co-incidents? Tetapi, kadang-kadang co-incidents seperti itu boleh berlaku. Jadi semuanya tidak pasti.

Pengajaran: Sama ada mereka kelihatan boleh dipercayai atau tidak, adalah lebih baik jika kita menunda kereta ke bengkel pilihan sendiri. Jangan sekali-kali benarkan tow-truck menunda kereta kita ke workshop mereka.

Nasib kurang baik.

Semasa di Kuala Lumpur, di antara mesyuarat, saya sempat membawa kereta ke mekanik untuk berbuat apa yang boleh. Oleh kerana alat-ganti tidak boleh diperoleh pada hari itu, tiada apa yang boleh dilakukan. Saya terus ke temu-janji seterusnya, dan seterusnya. Keesokannya, saya masih mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Apabila semuanya selesai, pada jam 6 petang, saya memulakan perjalanan pulang. Ketika berada di lebuhraya, saya merasakan beberapa yang “tidak kena” dengan kereta itu, dan tiba-tiba terdengar bunyi kuat seperti sesuatu jatuh dari bahagian enjin. Saya melihat asap di cermin “rear-view” dan nampak asap yang agak banyak. Saya terus memberhentikan kenderaan 2 km dari susur keluar Bukit Mahkota. Pemandu dari sebuah kenderaan lain yang berhenti di hadapan, menjerit kearah saya. “api, api…”. Saya yang baru berhenti mencapai beg computer dan bergegas keluar meninggalkan kereta. Kelihatan bahagian bawah enjin berasap. Selepas seminit dua, asap pun berhenti. Pemandu yang berhenti itu menceritakan pengalaman sahabatnya yang mengalami pengalaman yang sama. Oleh kerana dia bercerita dalam keadaan yang terlalu “excited” dan saya sedang sibuk menelefon plus ronda, saya tidak dapat memastikan apa yang berlaku pada sahabat beliau. Kemudian, kami bersalaman dan saya mengucapkan terima kasih di atas pelawaan beliau untuk membantu. Subhanallah, ramai orang yang baik di dunia ini.

Selepas itu saya menghubungi Sufyan yang merupakan YDP IKRAM Hulu Langat. Ketika itu beliau berada di Shah Alam dan memberitahu bahawa beliau akan menghubungi sahabat-sahabat di Bangi. Tidak lama selepas itu saya mula menerima panggilan dari Khairudin dari Bangi dan Amirrashid dari Nilai yang menawarkan bantuan. Bersama mereka saya menyusun strategi seterusnya, dan mengambil keputusan untuk membaiki kenderaan di Bangi. Kemudian Roslan dari Bangi pula menelefon memberikan maklumat bengkel di Bangi. Tidak lama kemudian, Sufyan pun tiba. Beliau mengarahkan isterinya untuk pulang dahulu, dan dia sendiri menemani saya di tepi longkang lebuhraya sementara menunggu tow-truck Plus-Ronda tiba. Kesempatan yang hampir 1 jam memberi kami peluang berbincang pelbagai isu – pekerjaan, IKRAM dan lain-lain.

Saya menelefon Plus-Ronda beberapa kali bertanya tentang Tow-Truck yang tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, mereka terpaksa mendapatkan bantuan operator persendirian dari Seremban. Seremban??? Urrggghhhh!!! Mungkin di sekitar jam 10.30 malam, Tow-truck pun sampai untuk menunda kereta saya ke susur keluar yang berdekatan iaitu Bukit Mahkota sesuai dengan SOP Plus-Ronda. Oleh kerana Tow-truck yang datang itu adalah operator persendirian, kami meminta dia menunda kereta hingga ke bengkel di Bangi, dengan bayaran tambahan.

Setibanya kami di susur keluar, Roslan telah menunggu dan mendahului kami untuk ke bengkel. Oleh kerana beliau telah menghubungi tuan punya bengkel dan kenderaan telah selamat dihantar ke situ, saya mengambil keputusan untuk pulang ke Johor Bahru dan meninggalkan kunci kereta kepada Roslan untuk urusan baik-pulih seterusnya.

Menikmati Mee Goreng Mamak sebelum bertolak ke JB. Bersama Roslan. Foto diambil oleh Sufyan.

Dari situ, kami ke kedai untuk makan malam. Selepas makan, saya mengucapkan terima kasih kepada Roslan. Ketika itu, Azlyna, isteri Sufyan telah tiba dengan kenderaan mereka untuk menghantar saya ke TBS. Setibanya kami di sana, saya terus ke kaunter tiket dan berjaya membuat tempahan untuk bas jam 12.30 malam. Saya tiba di Johor Bahru pada jam 4 pagi…

Subhanallah, inilah nikmat ukhuwah. Nikmat bersama di jalan dakwah. Itulah kali pertama saya mengenali Roslan yang sehingga hari ini masihmembantu saya dalam urusan membaiki kenderaan. Mudah-mudahan kereta akan siap pada minggu hadapan sebelum menjelang hari raya eidul-adha. Kepada sahabat-sahabat sekelian, jazakumullahu khair. Semoga Allah membalas segala pengorbanan anda semua.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Too Many Co-Incidents

  1. pyejal says:

    bila dah selalu on the road, better to get contact of trusted workshop at nearest area. its same like emergency response plan.🙂

  2. Anonymous says:

    So what happen to your car engine? did the previous mechanic mess with your car engine? if lampu n bumper then how come sampai bunyi bising n kluar asap? itu pun kene investigate. takot berkemungkinan engine ditukar or somthing within that 1 month period dlm bengkel tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s