Kapal Bunga Alpinia Terbakar

Pagi ini saya masuk ofis selepas menyelesaikan solat jenazah untuk almarhumah Hajjah Maimunah, balu kepada al-marhum Tarmidi Tamsir, rakan seusrah saya suatu masa dulu. Tiba-tiba terperasan message dari facebook di telefon: Kapal Bunga Alpinia meletup dan terbakar di Labuan. Maka saya pun buat “quick search” dan menjumpai banyak maklumat. Mungkin ada yang betul, ada yang berbentuk spekulasi.

Letupan berlaku beberapa kali bermula 2.30 pagi 26 julai 2012. Penduduk kampung berdekatan meninggalkan rumah. Setakat ini, ada berita yang melaporkan kematian. Di saat entri ini ditulis, ada 5 orang anak kapal yang masih “hilang”. Semoga mereka selamat.

Maklumat awal mengatakan bahawa kapal itu disambar petir pada jam 2.30 pagi dan terbakar. Jika ianya benar,  “accident investigation” akan menjadi lebih mudah.  Namun, kadang-kadang punca sebenar ialah lain dari itu. Kita tunggu dulu hasil penyiasatan. Saya amat berharap agar penyiasatan ini berjalan dengan profesional supaya kita dapat mengetahui punca sebenar dan belajar dari kelemahan yang ada.

Maklumat Kapal

Nama: Bunga Alpinia Jenis: Kapal Tangki Kimia / Chemical Tanker Nombor Rasmi: 334177 (Malaysia) Nombor IMO: 9389538 Call Sign: 9 MLE 4 Pelabuhan Daftar: Port Kelang Tahun Bina: 2009 Tahun Daftar: 2010 DWT: 37961 GRT: 25709 NRT: 9363 Panjang: 172.87 meter Lebar: 32 meter Draf: 16 meter

Beberapa laporan boleh didapati di internet.

http://www.theborneopost.com/2012/07/26/chemical-tanker-explosion-in-labuan-latest/

http://malaysiandigest.com/top-news/74251-gas-tanker-explodes-in-labuan-at-least-one-dead-and-six-missing-.html

http://turbinemanlog.blogspot.com/2012/07/methanol-tanker-bunga-alpinia-on-fire.html

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kapal Bunga Alpinia Terbakar

  1. Anonymous says:

    Semua mangsa seramai 5 orang yang hilang tu dah dijumpai. 3 dah dikebumikan. Semalam jumpa mayat yang ke 5, pagi tadi disahkan sebagai pegawai kadet Muhammad Nazrin. Sijil mati pun dah keluar tapi tup tup jap tadi kata bukan pulak sebab jumpa anting anting kat telinga. Mungkin mayat tu milik krew Filipina.

    • Dr. AA says:

      I welcome any update including on the accident investigation. Banyak benda kita kena belajar bagi memperbaiki tahap keselamatan pekerjaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s