Kenang-Kenangan Hidup – Hamka

Ulasan

Buku yang diterbitkan oleh Pustaka Dini ini menggabungkan empat buah buku mengenai pengalaman hidup tokoh terkemuka Nusantara iaitu Prof. Dr. Hamka atau nama penuhnya Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Banyak yang boleh dipelajari dari buku 702 halaman ini. Ianya penuh dengan tauladan, sejarah, puisi yang ditulis dalam pelbagai pendekatan mengikut fasa atau bahagian buku tersebut.

Buku ini menceritakan kisah hidup anak Minangkabau yang dibesarkan di Danau Maninjau. Ia menyingkap struktur budaya masyarakat Melayu Sumatera. Ia memaparkan kekuatan Bahasa Melayu dan sejarahnya serta penggunaan bahasa dalam pelbagai konteks mengikut aktiviti kehidupan masyarakat Melayu di beberapa tempat.

Hati saya amat terkesan bila membaca tentang semangat juang tokoh ini yang dari kecil memang mempunyai karakter yang saya kagumi. Pemikiran dan pendekatan beliau dalam membuat keputusan penuh dengan hikmah terutama dalam mengimbangi pendapat peribadi dengan kepentingan orang lain sama ada keluarga maupun masyarakat seluruhnya. Ini jelas terserlah dalam tindakan beliau semasa menangani isu peribadi dan keluarga, atau semasa beliau membuat “engagement” dengan pemerintah Jepun untuk kepentingan umat dan gerakan yang didokong beliau. Begitu juga dalam era seterusnya. Pelbagai pengajaran dapat dikumpul dari coretan pengalaman beliau sebagai pemimpin gerakan Islam dan juga tokoh masyarakat. Semuanya dicerita dengan penuh emosi dalam buku ini.

Cuba lihat sedutan dari buku ini, yang memaparkan sebahagian dari pemikiran Hamka…

Hakikat hidup ini adalah laksana pohon yang rendang dan subur. Maka janganlah dicukupkan sehingga hanya mencintai sekuntum dari bunganya, sehelai dari daunnya, serangkai dari buahnya. Kalau hanya bunganya yang dicintai, bagaimana dengan duri pemagar bunga? Bagaimana dengan ranting tempat bunga berjuntai? Bagaimana dengan cabang tempat ranting menumpang? Bagaimana dengan dahan tempat cabang melekatkan diri? Bagaimana dengan pohon tempat berkumpul segala dahan? Bagaimana dengan urat, yang menghisap bumi mengambil sari makanan untuk pohon yang akan dibahagikan sampai ke pucuk? Bagaimana dengan  bumi tempat dia ditumbuhkan? Bagaimana dengan Sang Suria yang memberikan cahaya kepada seluruhnya?

Orang bertanya kepadaku, “Ada daun yang rontok dan ada ranting yang lapuk. Ada pula bunga yang telah gugur dari kelopak. Apakah ke sana aku mesti mencintai juga?”

Memang ada ranting yang lapuk, ada daun yang gugur, ada bunga yang telah busuk. Tetapi lupakah anda bahawasanya yang sakit itupun bahagian dari yang sihat? Dan yang sihat menjadi sihat, bukankah kerana pengorbanan dari yang sakit?

Begitulah sedikit petikan dari buku ini, yang mengajar pembaca untuk berfikir secara mendalam dan menyeluruh dan bersikap adil kepada semua. Hamka juga berkata :

Mempunyai seorang musuh adalah kerugian, dan kehilangan seorang teman adalah dua kali rugi…

Kesimpulan

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua orang terutama mereka yang menyayangi bangsa, keturunan, perjuangan dan nasib umat dan masyarakat seluruhnya.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Book Review and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kenang-Kenangan Hidup – Hamka

  1. pyejal says:

    Hebat!menarik pesona ayat & bahasanya Dr. Tq

  2. Anonymous says:

    assalamualaikum..leh saya tau kat mana ye boleh dapatkan buku kenang-kenagan hidup-hamka nie?nie email saya fazliana_momoi@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s