Program Balik Kampung 2012 – Tioman dan Pemanggil

Laut Cina Selatan

Laut Cina Selatan sentiasa mempunyai tarikan tersendiri kepadaku sehingga pernah aku terfikir untuk berhijrah supaya berhampiran dengannya. Ia mempunyai banyak sejarah. Ia memberi kesenangan kepada rakyat Malaysia menerusi hasil bumi berbentuk petroleum dan gas. Ia juga sumber tarikan industri pelancungan. Tidak hairanlah, sering juga berlaku perbalahan mengenai penguasaan wilayah – antara Malaysia, Vietnam, Thailand, Filipina, Brunei dan Cina. (Yang terbaru ialah antara Filipina dan Cina).

Ketenangan di Laut Cina Selatan – sukar untuk dihuraikan…

Bagiku, Laut Cina Selatan adalah tempat aku menenangkan minda setelah melalui hari-hari yang sentiasa penuh dengan kesibukan dan tekanan dalam pelbagai aspek kehidupan. Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menamakan aktiviti memancing di bulan April sebagai “Program Balik Kampung” kerana dalam program itu kami akan singgah ke 2 buah kampung sama ada Kg. Mukut (Tioman) & Kg. Buau (Pemanggil), atau Kg. Juara (Tioman) & Kg. Buau (Pemanggil) atau Kg. Berhala (Aur) & Kg. Buau (Pemanggil). Ya, setiap tahun kami akan menziarah kenalan di Pulau Pemanggil sambil berehat setelah seharian memancing di laut.

Suasana ceria, berkongsi cerita, secara tidak langsung merupakan sesi kaunseling

Ceria

Sesi di atas bot sentiasa ceria dengan gelagat mereka yang ikut bersama. Bilangan peserta kali ini melebihi dari biasa. Selain dari Arshad, Adnan, Wijayanudin, Amran, Tholudin dan Kamal, Wan Ibrisam yang amat meminati memancing Tongkol mengikuti kami buat kali kedua, dan dengan tambahan 2 orang muka baru yang menyertai kami buat pertama kali – Saharudin dan Ahmadon, jumlah kesemuanya 9 orang. Nasib mereka amat baik kerana suasana laut amat tenang.

Penyelidik dari Institute of Hydrogen Economy –

Team Building IHE

Aktiviti begini merapatkan hubungan, mempertingkatkan taarof dan membina setiakawan. Bagi kami yang sememangnya dalam kumpulan penyelidikan yang sama di UTM, ianya amat berguna. Gambar di atas menunjukkan 5 penyelidik dari IHE berbicang mengenai masa depan penyelidikan selepas menikmati hidangan masak lemak cili api ikan tenggiri yang baru ditangkap di samping hidangan lain. Dua lagi penyelidik IHE yang pernah memancing bersama  ialah Anwar & Mohamad Nasef. Namun kali ini kedua-duanya mempunyai tugasan lain.

Dalam trip ini MWA dinaik-taraf kepada “Pemancing Tegar”

Pemancing Tegar

Selalunya Wijay lebih banyak berehat, tapi kali ini dia telah dinaik-taraf sebagai “pemancing Tegar”, sentiasa beraksi menaikkan ikan. Namun, jangan terpedaya dengan gayanya yang hebat, kadang-kadang yang ditangkap itu hanyalah seekor ikan kerisi.

Tuan Amran bergaya dengan Ikan Kaci

Ikan Saiz Sederhana

Amran memang cekap menangkap ikan bersaiz sederhana. Kumpulan kami juga memang lebih suka memberikan fokus kepada spesis dalam kategori ini kerana ianya lebih sedap dimakan dan memberi aksi yang cukup untuk mengiburkan pemancing.  Dengan Ikan Jemudu 2 kg, joran Ugly Stick saya pasti melentik dan memberikan kepuasan. Tidak terlalu meletihkan, tidak pula terlalu mudah.  Spesis favourite: Jenahak, Gerung, Jemuduk, Cupak, Cermin, Tanda, Tambak, Ibu Kerisi, Merah dan yang sebaya dengannya.

Kuat juga Ikan Yu melawan

Di mana Kerapu?

Selalunya, kami berjaya menangkap ikan kerapu dalam jumlah yang banyak menerusi teknik memancing hanyut di waktu petang. Namun oleh kerana kami menghabiskan masa lebih lama di atas  pulau pada kali ini, memancing hanyut  hanya dapat dilakukan sebentar sahaja. Jadi, kuranglah ikan kerapu kali ini.

Gambar di Laut Cina Selatan ketika “Program Balik Kampung 2012”

Cermin, Cupak, Jemudu, Gerung

Spesis-spesis ini adalah dari kumpulan yang sama. Yang paling saya suka ialah Gerung kerana rasanya lebih sedap terutama jika dimasak stim atau masam manis. Kari pun OK juga. Pendek kata, kalau ikan segar, semuanya sedap. Kali ini, ikan cupak yang dibawa pulang ke rumah digoreng oleh isteri. Itu pun sedap juga.

Sebahagian dari tangkapan – Cupak, Jemuduk, Mayong, Tongkol, Baracuda, Tambak, Tanda, kaci, cermin, dan pelbagai spesis lain

Konsep Rezeki

Bagi yang biasa pergi memancing, dia akan faham. Di samping kemahiran, rezeki memancing juga banyak tidak boleh diterangkan. Ada kalanya kita duduk bersebelahan, dan hanya seorang sahaja yang sentiasa mendapat ikan sedangkan rakan sebelah yang menggunakan umpan yang sama tidak mengena.

Kamal bergaya dengan Ikan Mayong 7 kg

Dalam trip kali ini, hero kami ialah Kamal Khalil yang berjaya menaikkan ikan besar-besar. Aha… tapi bila dah tak larat, Adnan datang membantu. Ikan Mayong seberat 7 kg dan 6.5 kg berjaya dipancing berturut-turut di waktu malam berhampiran Pulau Jahat. Sebenarnya, kami menunggu sotong untuk dicandat, tetapi malangnya, entah kenapa hanya sotong jarum saja yang muncul. Apa lagi, Tholudin pun sibuk mengumpulkan sotong jarum dengan menggunakan sauk untuk dibuat umpan. Nampak senang, tapi lama-lama sakit pinggang membongkok di tepi bot.

Sedikir sama dicicah, banyak sama diratah – kami sentiasa berkongsi tangkapan

Perkongsian Kos dan Hasil

Telah menjadi tradisi kepada kami, hasil tangkapan dikongsi bersama semua yang ikut serta, tanpa mengira sama ada dia memancing atau tidak. Pelancung yang membaca novel juga pulang dengan ikan, sama seperti “nelayan” yang menjemur diri di tengah panas. Begitu juga dengan kos, semuanya diurus oleh seorang bendahari setia – Wijay. No question asked, apa yang diminta oleh Wijay, kita hanya beri (of course, maklumat terperinci ditunjuk kepada aku dan adnan)

Indahnya Pemandangan Matahari Terbit – di Pulau Pemanggil. Insya Allah aku datang lagi di lain kali

Peserta Trip kali ini (TATA tiada dalam gambar)

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Program Balik Kampung 2012 – Tioman dan Pemanggil

  1. Anonymous says:

    wah, seronoknya.Terkenang masa kerja kat Rompin dan Tioman sebahagian dari kawasannya. Selalu jugak pergi ke Tioman. Maklumnya kawasan jajahan kerja. Sambil memancing di atas bot sekitar pulau….pusing pulau ke Kg Juara (ketika tu tak ada jalan merentas dari Kg Tekek ke Kg. Juara…

    • Dr. AA says:

      sekarang boleh naik 4WD dari Tekek. Amat menarik jika duduk di belakang di ruang terbuka. Saya suka kg juara yang pantainya putih dan ada 2 sungai. Tapi dah lama tak ke sana

  2. faizal says:

    Bang,ugly stick tu mcm best je..made in usa ke??kalau USA ,nanti dah nk bersara dari hobi memancing boleh la jual dekat saye =)

    • Dr. AA says:

      Haha, beli jer yang made in china pun tak apa. Yang penting skill. Yang lagi penting ialah pergi memancing. Tapi saya memang suka ugly stick.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s