Umat Pertengahan

Benar apa yang diperkatakan oleh Ustaz Abdul Muhaimin dalam tazkirah ringkas di surau kecil pagi tadi. Hatiku berkata sendirian… kita sering mendengar tentang perlunya kita mengambil jalan kesederhanaan atau wasatiyah dalam kehidupan. Malah akhbar harian juga ada yang menulis bahawa wasatiyah itulah yang patut dilaksanakan hari ini kerana ianya sesuai dengan suasana masyarakat majmuk di negara ini. Al-qur’an telah memerintahkan. Banyak hadits telah memperhaluskan arahan. Memang wasatiyah perlu kita laksanakan.

Ustaz bertanya kepada kami, “siapakah model wasatiyah yang terbaik?”. Jawapannya, dialah Muhamad bin Abdullah, rasul agung junjungan kita, sallallahu ‘alaihi wassallam. Bukan saja dia telah menganjurkannya, malah baginda juga telah menunjukkannya dalam kehidupan.

Walaupun aku merasa mengantuk pagi itu kerana tidur malam yang begitu lewat, mungkin terkejut lantaran baru diberi tugasan baru, namun hatiku amat terketuk kerana di saat itu juga aku teringat tentang kesungguhan baginda beribadat. Baginda sallahu ‘alaihi wassallam amat kuat bersembahyang malam. Apabila isterinya A’isyah radiallahu’anha melihat Rasulullah sallahu ‘alaihi wassallam solat malam begitu banyak setiap hari sampai bengkak kakinya, lalu A’isyah bertanya, ”Ya Rasulullah, engkau ini kekasih Allah, tiada dosa, mengapa engkau solat malam sehingga bengkak kakimu?”… Jawab baginda sallahu ‘alaihi wassallam, ”Tidakkah boleh aku menjadi hambaNya yang bersyukur?”

Aaah, kata hatiku. Jika itu wasatiyah, di mana letaknya tahap amalanku selama ini, sudah tentu jauh lebih rendah. Jika ianya bukan sederhana, adakah ia melepasi tahap “lulus’? Wahai Allah Yang Maha Pengasihani, berikanlah petunjuk dan kemampuan bagiku, keluargaku dan sahabat-sahabatku supaya kami dapat terus memperbaiki diri kami. Ketika itu, aku merasa diri ini terlalu kerdil…, ya, terlalu kerdil sedangkan hati mempunyai cita-cita yang amat besar dan tinggi menggunung. Mengharapkan syurga yang kekal abadi, sedangkan bekalan terlalu sedikit.

Sahabat,

Rasulullah sallahu ‘alaihi wassallam adalah contoh yang terbaik, dan perlu kita ikuti dengan bersungguh-sungguh. Jika kita mengkaji kehidupan para sahabat generasi awal Islam, kita akan dapati mereka berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh mencontohi Rasulullah dalam setiap perkara.

Suatu ketika di akhir-akhir kehidupan, baginda sallahu alaihi wassallam menangis. Maka para sahabat baginda pun bertanya, Apa yang membuat Anda menangis wahai Rasulullah? Beliau bersabda:

Aku merindukan saudara-saudaraku seiman.

Mereka (para sahabat) berkata, Bukankah kami adalah saudaramu seiman wahai Rasulullah? Beliau bersabda:

Bukan, kalian adalah sahabat-sahabatku, adapun saudara-saudara seimanku adalah suatu kaum yang datang setelahku, mereka beriman kepadaku padahal mereka belum pernah melihatku.

Subhanallah, semoga kita semua termasuk dalam kelompok itu iaitu kelompok yang dirindui oleh rasulullah yang agung, penutup kepada para anbiya’. Jika rasul yang agung itu merindui kita semua, kita juga sepatutnya merindui baginda dengan memperbanyakkan selawat dan salam kepada baginda dan mencontohi kehidupan baginda serta melaksanakan apa yang dianjurkan oleh baginda. Dan yang paling besar dan utama sekali ialah kita menawarkan diri sebagai petugas yang akan menyambung usaha-usaha yang telah baginda lakukan kepada masyarakat di dunia, iaitu menyampaikan risalah dan kefahaman terhadap ajaran yang sepatutnya menjadi rahmat kepada sekelian alam.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s