Satu Barisan

Terlalu banyak telah diperkatakan oleh pakar-pakar motivasi dan jurulatih kepemimpinan serta penulis-penulis tersohor tentang kepentingan semangat kerja berpasukan yang utuh dalam sesebuah organisasi. Pelbagai konsep telah diperkenalkan supaya segenap lapisan pekerja atau ahli dapat digembleng dan mereka pula saling memperkukuh dalam menjayakan agenda yang didukung bersama. Umumnya, semua orang sudah tahu tentang kepentingan semangat setiakawan semasa bekerja dalam pasukan.

Bagi organisasi dakwah dan kebajikan yang sentiasa menuntut pengorbanan tanpa ganjaran, perkara ini menjadi tonggak perjuangan. Tidak dapat tidak, Ukhuwah, Tsiqah dan Taat, yang menjadi sebahagian daripada prinsip asas sebagaimana yang telah diketengahkan oleh Imam Hassan Al-Banna – semoga Allah merahmati beliau – merupakan perkara pokok dalam kerja berpasukan atau amal jama’i.

Allah subhanahu wataala berfirman dalam surah al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam satu barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

(As-Saff 61: 4)

Sebab itu jamaah dakwah perlu menekankan kesatuan fikrah serta ikatan hati supaya ahli-ahlinya sentiasa setia dan mendukung agenda yang tergaris dalam perancangan yang telah disusun, demi mencapai sasaran jangka pendek di dunia ini, dan lebih utama lagi matlamat jangka panjang di akhirat kelak. Semua itu perlu dijiwai dalam perspektif amal jama’i yang merupakan matlamat sebenar penggabungan mereka di dalam jamaah itu. Segala kelemahan perlu diatasi bersama secara berterusan, dan pembinaan jiwa-jiwa terus berjalan tanpa henti. Kita perlu sentiasa menuntut ilmu dan memperbaiki diri hingga ke akhir hayat. Itulah yang diajar oleh Islam.

Namun, ada kalanya wujud seorang dua yang mempunyai pandangan tertentu dalam konteks untuk memperbaiki organisasi. Dia amat yakin dengan pendekatan yang belum diterima umum dalam organisasinya. Sama ada dia tidak berjaya meyakinkan kepemimpinan ataupun tidak suka berbuat demikian, dia masih berpegang kuat dengan pandangan itu, malah melaksanakannya secara peribadi. Dia memang berniat baik, malah bertindak mengikut apa yang difaham dari ayat al-Quran yang bermaksud,

“Tidak ada kebaikan daripada banyak perbicaraan rahsia mereka, kecuali perbicaraan rahsia daripada orang yang menyuruh orang bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami akan memberinya pahala yang besar

(An-Nisaa’ 4: 114)

Benar, memang ada pengecualian dalam pelaksanaan “perbicaraan rahsia” yang dilakukan oleh sekelompok manusia atas tujuan kebaikan. Namun ia perlu dibuat dengan begitu teliti. Dalam membicarakan ayat ini, Sayyid Qutb menegaskan di dalam kitab tafsir Fi Zilalul Quran bahawa sekiranya ia dibuat, ia perlu dilaksana dengan amat berhati-hati tanpa didasari oleh hawa nafsu sama sekali, dan bukan untuk mencari populariti di dalam organisasi. Tidak boleh ada sebarang niat sampingan kerana ia membuka peluang kepada syaitan untuk menggoda.

Perkara ini amat sukar untuk dijaga dan seseorang individu itu tidak dapat menjamin bahawa tidak akan terdetik sedikit pun perasaan bangga diri dalam hatinya sekiranya dia berjaya. Ini adalah kerana sifat semula jadi manusia memang suka kepada kejayaan. Kepuasan yang terhasil dari kejayaan itu mungkin pula menimbulkan sifat ujub atau bangga diri. Dia terasa kagum di atas segala amalan yang telah dilakukan dan hasilnya yang cemerlang. Ini terus mendorong dia untuk memperkembangkan lagi usaha dan membina pengaruh ke atas mereka yang sama-sama beramal dengannya. Lama-kelamaan, ia boleh pula melahirkan sifat takabur yang amat tercela. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda dalam hadis sahih yang bermaksud,

“Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur di hatinya walaupun seberat zarah

(Riwayat Muslim)

Perkara yang asalnya baik itu mudah sekali untuk terpesong dan terseleweng disebabkan godaan syaitan dan kesan jangka panjangnya amat negatif, bukan sahaja kepada diri mereka yang terlibat, tetapi juga untuk organisasi yang sama didukung.

Sebab itu, jalan yang lebih baik ialah supaya segala usaha dilaksanakan dalam ruang lingkup sistem yang telah dipersetujui bersama, berdasarkan keputusan syura yang telah diikat. Syura yang meluas itu membawa keberkatan, dan syura kecil yang tersembunyi itu penuh bahaya, walaupun niatnya mulia.

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu. Wahai yang memalingkan hati-hati, palingkan hati kami ke arah mentaati-Mu.

Artikel ini disalin dari portal berita Malaysia Harmoni, http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/pandangan/1424-satu-barisan  yang ditulis oleh Dr. AA

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s