Pengajaran dari Reformasi dan Arab Spring

Tazkirah Seorang Tetamu

Aku terpegun sejenak mendengar ucapan ringkas yang disampaikan oleh tetamu istimewa pada malam itu. Dengan nada tenang tapi penuh bersemangat, dia bercerita tentang beberapa keajaiban yang berlaku di tahun ke-4 kenabian. Ketika itu, dakwah Rasulullah berbentuk sirriah dan umat Islam pula ternyata lemah dan tertindas. Namun Allah s.w.t menurunkan ayat 1-5 dari surrah ar-rum yang menceritakan bahawa kerajaan Rom yang akan mengalahkan kerajaan Farsi. Dia menegaskan betapa Allah menanamkan wawasan kepada umat Islam di saat mereka masih lemah tentang halatuju yang jauh dan misi yang besar.

Dalam penghantar kepada surah itu, Sayyid Qutb menegaskan dalam tafsir Fi Zilalul Qur’an bahawa Allah s.w.t. tidak hanya menyampaikan janji itu tetapi menghubungkan umat Islam kepada ufuk yang luas. Allah s.w.t. mengajar umat Islam supaya mempunyai pandangan yang jauh, walaupun ketika mereka begitu lemah dan terkongkong di lembah yang kecil.

Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku di dunia ini merupakan suatu yang tidak diduga. Ekoran krisis kewangan 1997 kebangkitan rakyat menerusi gerakan reformasi telah menjatuhkan rejim Suharto yang telah memerintah selama 32 tahun. Kini Indonesia menikmati demokrasi yang meluas dan rakyat dapat menikmati pelbagai kebebasan yang dahulunya tidak mungkin terjadi.

Apa yang berlaku di dunia Arab pada hari ini juga amat luar biasa. Dalam tempoh satu tahun, fenomena Arab Spring telah menjatuhkan satu demi satu rejim yang zalim. Peristiwa kekecewaan pemuda Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya pada 17 Disember 2010 telah mencetuskan kemarahan rakyat sehingga tumbang rejim Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun, serta kemenangan kepada parti an-Nahdah yang sebelum itu diharamkan dan aktivisnya ditindas. Peristiwa itu juga mencetuskan kebangkitan di Mesir sehingga tumbangnya rejim Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun dan kemenangan kepada gerakan Ikhwan Muslimun. Kemudian jatuh pula rejim kuku besi Gaddafi yang berkuasa di Libya selama 42 tahun. Pilhanraya di Morocco pula telah memberikan kemenangan yang signifikan kepada parti Islam, dan kini dunia menyaksikan peralihan kuasa di Yemen serta kebangkitan rakyat di Syria. Semua ini tidak dapat dibayangkan lebih dari setahun yang lalu. Namun ianya realiti pada hari ini.

Beramal berasaskan Sasaran

Sahabat,

Kita diajar supaya bertawakkal dan berharap kepada Allah s.w.t. kerana memang Dialah yang berkuasa menjadikan apa yang kita hajatkan itu suatu realiti. Namun kita juga diminta berusaha. Kita diminta merancang dan menetapkan sasaran. Setelah itu kita harus berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan, melaksanakan pengorbanan demi pengorbanan, menjiwai cita-cita, tanpa mengira penat dan lelah, di masa senang maupun susah. Sejarah golongan terdahulu telah menunjukkan bahawa suatu yang besar itu tidak mustahil dicapai walaupun akal tidak dapat menggarapnya di suatu ketika. Berkat kegigihan dan keikhlasan, nusrah Allah muncul dan kemenangan menyerlah.

Alhamdulillah, pada hari ini rancangan IKRAM 2012-2015 hampir jelas terlakar. Ianya bakal menjadi panduan untuk kita beramal. Marilah kita sama-sama mentelaah dan melengkapkannya supaya amal yang bakal dilaksanakan berada di landasan yang benar dan tidak tersasar.

Antara KPI dan Prestasi Diri

Sahabat,

Dalam setiap perancangan yang dibuat, pelbagai Penunjuk Hasil Utama (KPI) akan ditetapkan. Ianya merupakan hasrat Jamai’e yang perlu kita usahakan. Jika diizinkan Allah kita akan berjaya sama ada sepenuhnya maupun separa. Mungkin juga kita gagal. Jika ianya berlaku, kita tidak harus berputus asa, kerana kegagalan itu memberikan kita peluang untuk memulakan  langkah baru dalam keadaan lebih berpengalaman. Pada peringkat individu pula, kita harus jelas bahawa Allah s.w.t. tidak hanya melihat kepada hasil yang dicapai, tetapi juga kepada proses yang dilaksanakan. Jika kita telah beramal dengan bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan, insya Allah kita tidak sekali-kali akan rugi. Marilah kita sentiasa bersangka baik kepada Allah s.w.t., sesuai dengan maksud hadist qudsi yang diriwayatkan dari Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ” Allah yang Maha Mulia dan Maha Tinggi martabatNya berfirman,” Aku seperti yang disangka oleh hambaKu dan Aku sentiasa bersamanya setiap kali dia mengingatiKu. Aku benar-benar gembira menerima taubat hambaKu, lebih gembira daripada seorang yang menjumpai barangnya kembali di padang pasir. Siapa yang datang dekat kepadaKu sejengkal,maka Aku datang dekat kepadanya sehasta. Siapa dekat kepadaKu sehasta, maka Akudatang dekat kepadanya sedepa. Apabila dia datang berjalan kepadaKu, maka Aku berlari-lari kepadanya.”

Selamat beramal dan semoga amalmu diterima Allah azzawajalla.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s