Back to Basic 2 – Living within Means

Suatu hari seorang anak muda bercerita kepadaku tentang hutangnya. Setiap bulan kebanyakan gaji digunakan untuk membayar hutang kepada Along (ceti haram). Disebabkan keadaan itu dia perlu mempunyai pekerjaan sampingan di luar waktu pejabat. Akibatnya, prestasi kerja di pejabat juga menurun.  Aku mendengar sambil cuba memahami masalahnya. Pelbagai sebab diberi tentang keadaan kewangannya. Sekali sekala apabila bayaran kepada Along tidak ditunaikan, dia menerima MMS gambar anak kecilnya dari pengutip hutang sebagai peringatan tentang hutangnya. Hidupnya tertekan.

Namun pada masa yang sama aku mendapati cara hidupnya agak mewah, agak berlebihan berbanding dengan jumlah gaji yang diterima setiap bulan. Dengan pakaian berjenama mahal dan iphone di tangan jelas dia telah tersilap mengawal bajet keluarga. Aku merasa amat kasihan bila mendengar ceritanya tetapi pada masa yang sama dia juga perlu membuat perubahan hidup untuk keluar dari masalah itu.

Itu adalah satu dari contoh kesan negatif yang boleh menghancurkan kehidupan yang pada asalnya bahagia. Orang yang suatu masanya merdeka, boleh dijajah apabila diikat dengan hutang. Sebab itu kita perlu mengawal nafsu supaya tidak terlalu terikut-ikut dengan rentak masyarakat yang semakin materialistik.

Bagi eksekutif muda,  janganlah mudah terpengaruh dengan pujukan institusi kewangan yang selalu sangat menawarkan pinjaman peribadi. Memang bank-bank yang ada di negara ini agak agresif menawarkan hutang terutama bagi kakitangan kerajaan. Dengan jumlah yang banyak, tanpa penjamin dan sebagainya, ada yang terikat. Akhirnya gaji bulanan banyak dipotong bagi membayar hutang yang pada asalnya tidaklah diperlukan sangat.

Bahaya yang paling penting dijaga ialah penggunaan kad kredit. Apabila anak atau isteri atau mungkin teman wanita meminta sesuatu, dia dengan mudah membeli dan berhutang dengan kad kredit. Apabila melihat tawaran yang amat baik di kompleks membeli belah, dia mudah sangat menghulurkan kad kredit.  Lama kelamaan apabila ianya menjadi kebiasaan, dia tidak lagi mampu membayar baki akaun di hujung bulan. Hutang mula terkumpul dengan kadar faedah yang tinggi.

Aku teringat nasihat seorang Arab yang ditemui di Mekah enam tahun yang lalu ketika kami mengerjakan haji. Dalam tazkirahnya kepadaku dia menekankan bahaya kad kredit dan kalau boleh elakkan penggunaannya. Mungkin cerita itu disampaikan kerana dia pernah tinggal di Malaysia dan memahami masalah masyarakat kita. Benar, hari ini ramai orang yang terperangkap dengan hutang kad kredit.

Apa yang perlu kita buat ialah supaya kita hidup berdasarkan kemampuan kewangan sendiri. Sejauh mungkin elakkan dari berhutang. Dan jika perlu berhutang (seperti membeli rumah, kenderaan), pastikan hutang dibayar setiap bulan.

 Insya Allah, jika kita dapat menjaga disiplin itu, hidup anda akan lebih bahagia, walaupun serba sederhana…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s