Kisah Orang Pencen

Aku cukup mengkagumi kebebasan sahabat yang berbicara di hadapanku tengahari tadi. Dia adalah bekas pensyarah universiti yang telah bersara. Bila aku meminta dia menjelaskan rutin hidup harian secara terus terang agar dapat menjadi inspirasi kepada yang lain, dia mula bercerita dengan nada perlahan, penuh tawadu’.

“Pagi-pagi selepas pulang dari masjid, saya akan terus duduk membaca al Qur’an. Kadang-kadang saya ke kedai membeli makanan untuk anak sebelum dia ke sekolah, dan membaca al-quran selepas itu. Kemudian saya bersarapan dan selepas itu mula membuat apa-apa kerja yang diperlukan oleh IKRAM, kebetulan saya mempunyai beberapa tanggung-jawab dalam IKRAM. Kadang-kadang saya tolong mana-mana unit dalam IKRAM yang memerlukan bantuan. Apabila waktu Zuhur hampir sampai, saya terus ke masjid.”

Bila saya tanya lagi “kenapa tak sambung sebagai pensyarah kontrak?”, dia menjawab selamba, “bukan tak boleh nak sambung tapi saya sukakan kebebasan masa, bukan juga tak ada masa bila bekerja, tapi kalau bekerja, kadang-kadang bila duduk di pejabat, bila dengar azan baru nak ke masjid. Kadang-kadang sampai dah rakaat kedua atau ketiga.  Bukankah kita sepatutnya bersama dengan imam dari awal solat, malah patut kita sampai sebelum azan?

Dia berkata lagi, “bila tidak lagi bekerja, kita boleh datang awal untuk subuh, kemudian duduk di tempat sembahyang sehingga waktu solat dhuha. Selepas itu baru pulang ke rumah. Bukankah itu yang diajar oleh rasulullah? Pahalanya sama seperti haji dan umrah, ada hadith yang menjelaskan hal ini.  RAsulullah kata, tammatan, tammatan, tammatan. 3 kali menekan haji dan umrah yang sempurna. Begitu besar pahalanya”

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, “Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Kemudian sahabatku berbicara lagi, “Kalau diminta pergi mesyuarat ke KL pun saya tidak ada masalah. Bila-bila masa boleh pergi. Itulah kelebihan yang ada. Kita boleh fokus kepada beramal untuk menghabiskan sisa-sisa umur yang tinggal

Jazakallahu khairan kepada sahabatku itu. Dia telah memberi tazkirah yang amat bermakna untuk jiwaku yang memang amat memerlukannya. Aku menjadi begitu teruja. Subhanallah. Semoga Allah swt memberkati kehidupanmu wahai sahabat dan memberikan balasa terbaik di akhirat kelak.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s