Eidil Adha 2011

Khutbah Eidil Adha

Telah banyak kali aku mendengar cerita ini, tetapi hari ini perasaanku berbeza. Khatib di atas mimbar terus bercerita dengan nada yang lebih perlahan dari biasa. Mungkin dia juga terkesan dengan cerita yang sedang disampaikan. Kisah itu adalah sedutan maksud dari al-quran,  surah as-saffaat, 37:102,

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”

Kesanggupan Ibrahim a.s. untuk melaksanakan arahan yang diilhamkan oleh Allah s.w.t. menerusi mimpinya, jika dilihat dari perspektif perhambaan makhluk kepada Tuhannya adalah amat menakjubkan. Begitu besar pengorbanan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh beliau kepada Allah yang Maha Kuasa. Dia sanggup menyembelih anak lelakinya sendiri…

Bayangkan jika kita sendiri berada di tempat Ibrahim a.s…. mampukah kita bertindak sepertinya?  Renungilah perjalanan hidup kita yang lampau. Sudah berapa banyak pengorbanan yang kita hadiahkan kepada Allah s.w.t. sebagai bukti kesungguhan kita dalam mentaati-Nya?

Begitu juga Ismail a.s…. Dia menunjukkan sikap ketaatan yang amat tinggi kepada ayahnya dan perhambaan yang juga amat tinggi kepada Allah s.w.t. Jika dilihat dari logik akal, memang sukar untuk kita membayangkan apa yang berlaku dalam dialog antara ayah dan anak itu. Namun itu adalah pengajaran untuk dijadikan contoh kepada manusia. Allah s.w.t. hanya menguji Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. dan kedua-dua mereka telah lulus ujian itu. Lalu sembelihan itu digantikan dengan binatang qurban.

Di saat itu aku terbayang tentang realiti hari ini. Sesungguhnya dunia sekelilingku hari ini amat berbeza. Aku ingin bertanya kepada anak muda yang membaca tulisan ini. Apakah mungkin anda melakukan pengorbanan yang tinggi itu demi mentaati ibu bapa dan menggembirakan mereka? Atau mungkinkah apabila diminta berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak dan selera anda sendiri, permintaan mereka ditolak mentah-mentah atau diperkecilkan sehingga menyakiti perasaan mereka?Jika ini berlaku,… apakah makna ketaatan kepada ibu-bapa yang anda faham?

Allah s.w.t. menganugerahkan kita dengan akal fikiran dan kebolehan berfikir dengan baik. Namun ada kalanya kecerdikan itu digunakan untuk melahirkan segala jenis justifikasi untuk tidak berkorban untuk Allah s.w.t., sama ada dalam bentuk wang ringgit maupun masa. Astaghfirullah, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah kesalahan kami.

Allah s.w.t. juga telah menganugerahkan kepandaian kepada anak-anak muda hari ini, namun ada kalanya kepandaian itu digunakan sepenuhnya untuk merangka justifikasi dan alasan untuk tidak menggembirakan ibu-bapa apabila perkara yang perlu dilakukan itu tidak bersesuaian dengan kehendak sendiri.

Itulah bezanya Ibrahim a.s. dan anaknya Ismail a.s. dengan sebahagian dari manusia hari ini. Pada mereka berdua, ketaatan dan perhambaan pada Tuhan itu sentiasa menjadi prioriti No 1 dalam pertimbangan. Berbahagialah mereka dalam syurga yang kekal abadi. Fikiranku terus melayang sambil mendengar khatib berbicara. Tanpa kusedari, air mata mula bergenangan, dada terasa sebak, perasaan menjadi sayu.

Ibadat Korban

Tahun ini kami melakukan qurban di sebuah surau di Jalan Parit Masjid, Pontian. Jadi selepas solat eidil adha, aku dan anak bongsu (amin) terus bergegas ke sana untuk menyaksikan penyembelihan dan sama membantu menguruskannya bersama masyarakat tempatan.

Melapah lembu selepas disembelih

Qurban adalah ibadat tahunan yang sepatutnya dilakukan oleh semua yang mampu. Para ulama’ besar mempunyai beberapa pandangan berbeza. Ada yang mewajibkannya kepada yang mampu, ada yang menyatakannya sebagai sunat muakkad. Namun hadith yang disebut oleh khatib di atas mimbar pagi tadi patut direnung bersama:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. : “ Siapa yang memiliki kelapangan tapi ia tidak menyembelih kurban maka jangan sekali-kali ia mendekati mushalla kami (Riwayat Ahmad Ibnu Majah Ad-Daruquthni Al-Hakim dan dan sanadnya hasan)

Hadith di atas menjelaskan tentang betapa penting seseorang itu melaksanakan kurban setiap tahun. Sebenarnya, untuk melaksanakannya tidaklah susah kerana ia hanya memerlukan kita menabung sebanyak RM30 sebulan. Jika kita kurang sedikit dari segi kemampuan, kita masih boleh melaksanakan kurban di tempat lain yang harganya lebih murah seperti di Kemboja.

Berbincang tentang kerjasama antara surau dan IKRAM daerah Pontian. Bersama Abd Halim (pengerusi JK Pemuda Pontian, Ustaz Suhaimi (setiusaha IKRAM Pontian, Dr Mohd Zin (YDP IKRAM Pontian, dan AJK Surau yang mempengerusikan JK Korban 2011)

Semoga Allah merahmati, melapangkan kehidupan kita serta memberikan kita kefahaman sebenar tentang maksud perhambaan kepada-Nya yang maha kuasa.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s