Back to Basic 1

Sembang-sembang Kuala Terengganu

Semalam semasa rehat di Dewan Perwakilan Nasional IKRAM yang bersidang di Kuala Terengganu, saya berbual panjang dengan dua orang tokoh gerakan Islam yang saya sayangi iaitu Ustaz Alias Othman dan Samsudin Abdullah, YDP IKRAM Pahang tentang kehidupan dan cabaran kehidupan yang dihadapi oleh rakan-rakan dan anak-anak. Kami berkongsi pengalaman. Banyak cerita yang timbul tapi kali ini saya hanya ingin menyentuh satu aspek penting iaitu berkaitan pengurusan kewangan anak muda yang mula bekerja.

Perkara ini amat penting kerana  harga barang sentiasa naik seolah-olah ianya tidak berpenghujung, terutama sejak 3-4 tahun kebelakangan ini. Saya dapat membayangkan cabaran kehidupan yang perlu ditempuhi oleh generasi muda hari ini. Bila melihat di kiri dan di kanan saya juga merasa risau kerana ada di sana mereka yang hidup agak  mewah kerana kemampuan ibu-bapa yang memberikan pelbagai kemudahan semasa mereka membesar. Kini mereka telah mula hidup sendiri, ada yang hidup bersama rakan-rakan bujang, ada yang telah berumah-tangga. Dengan pendapatan eksekutif muda yang tidaklah begitu besar berbanding kos kehidupan hari ini, kadang-kala mereka sering menghadapi cabaran kewangan, yang kemudiannya membawa kepada pelbagai isu lain termasuk kepada kesejahteraaan keluarga.

Nostalgia Taman Permata

Dua minggu lalu saya singgah di Surau Taman Permata untuk solat Asar. Apabila kaki melangkah masuk, nostalgia lama terus menyelubungi hati. Tidak banyak berubah surau itu. Cuma sedikit pembesaran dan ubahsuai telah dibuat. Suasananya masih terasa sama. Sejuk hati.  Lepas itu saya terus memandu melalui dua rumah sewa di Jalan Permata 4. Rumah pertama kami sewa selama 3 bulan dan kemudian pindah ke rumah lain dua pintu ke sebelah kanan. Suatu hari,  jiran terdekat (rumah di antara rumah baru dan rumah lama yang kami sewa) bertanya, “bila nak angkat barang?” kerana mereka ingin menolong. Saya jawab sambil tersenyum “Dah habis angkat bang, barang pun tak banyak”. Bila terkenang peristiwa itu, saya dapat membayangkan bagaimana kehidupan kami ketika itu memang benar-benar “basic” sesuai dengan kemampuan kewangan sendiri.

Dengan gaji bulanan RM1120 (sebelum ditolak KWSP) dan sewa rumah RM350, isteri pula merupakan suri rumah sepenuh masa,  kedudukan kewangan kami memang lemah. Tetapi, subhanallah, kami tidak miskin malah kehidupan selesa dan mencukupi. Rumah kami tiada perabut kecuali yang betul-betul perlu iaitu peti sejuk dan dapur dan meja tulis boleh-lipat. Tilam sponge dibentang di atas tikar plastik. Barang runcit dibeli dari 2 pasar malam seminggu – satu di Taman Permata dan satu lagi di Taman Melawati. Untuk ke tempat kerja saya menaiki bas Sri Jaya 255 dari lembah keramat ke UTMKL. Ada kalanya, ketika kuliah saya bermula jam 8 pagi, ada juga pelajar yang menaiki bas yang sama dan bila sampai di UTM, kami jalan bersama-sama menuju ke bilik kuliah.

Namun, di fasa itu, saya merasa cukup bahagia hidup bersama isteri dan Faiz, anak sulung kami. Kami masih mampu menziarahi ibu bapa di Melaka dan Taiping secara berkala. Kalau ke Melaka, kadang-kadang menaiki bas dan kadang-kadang menumpang abang. Kalau menaiki bas, kami menaiki bas SKS ke Seremban dan Labu-Sendayan dari Seremban ke Melaka. Ianya lebih mudah begitu kerana memberikan keselesaan untuk anak kami, walaupun perjalanannya lebih lama berbanding bas KL-Melaka. Kalau ke Taiping, kami menaiki keretapi.

Teringat peristiwa ini hati saya merasa amat sayu dan bersyukur. Subhanallah, hari ini saya dapat merasakan nikmat keberkatan yang dianugerahkan Allah kepada kami, dari dahulu hingga sekarang. Oleh itu saya ingin berpesan kepada anak-anak sekelian, sebagai nasihat dari orang yang telah melalui fasa yang kini anda lalui, walaupun keadaannya berbeza. Berbelanjalah pada kadar yang kurang dari pendapatan supaya anda mempunyai sedikit tabungan secara konsisten. Jalan yang mudah ialah dengan melakukan potongan gaji setiap bulan ke dalam akaun tabung haji yang tidak akan digunakan kecuali bila benar-benar sesak ataupun untuk menunaikan fardu haji. Hiduplah dengan sederhana. Usahlah membeli benda-benda yang tidak benar-benar diperlukan.

No paraphernalia and the like… lets get back to basic.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Opinion and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s