Kepadamu Aku Berharap…

Sudah lama aku tidak mencoretkan kata. Kesibukan kerja dan datangnya ramadan membuatkan masa berlalu begitu pantas. Tanpa di sedari, kini kita telah sampai di sepuluh malam terakhir bulan ramadan. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, janganlah Engkau biarkan ramadan berlalu tanpa memberikan keampunan kepada insan yang serba kekurangan ini, dan janganlah Engkau sibukkan diriku ini sehingga aku melalaikan peluang memaksimumkan amal di bulan yang mulia ini.

Ya, semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk memberikan lebih fokus kepada peningkatan iman dan takwa. Marilah kita meletakkan harapan kepada  Tuhan Yang Maha Kaya lagi Perkasa, sesuai dengan apa yang boleh difahami dari hadits qudsi di bawah ini:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Hadis dari Abu Hurairah ra, Shahih Muslim No.4832)

Hadits ini mengajar kita supaya bersikap positif dan meletakkan harapan kepada Allah s.w.t. dengan  penuh kepercayaan. Tidak seorangpun patut berputus asa kerana walaupun dia menyembah kepada Allah dengan dosa sebesar gunung yang boleh memenuhkan lembah yang dalam, Allah yang Maha Pengampun boleh menerima taubatnya dan memasukkan dia di kalangan hamba yang diridai.

Marilah kita semua berdoa untuk kesejahteraan semua sahabat-sahabat kita, yang sakit minta disembuhkan, yang sempit minta dilapangkan, yang sedih minta diceriakan, yang lemah minta dikuatkan dan yang kuat minta ditambah kekuatan, kesihatan dan keimanan. Jika kita benar-benar ikhlas, pasti Allah akan menerimanya dan menyampaikan hajat itu sama ada serta merta ataupun ditangguhkan ke esok, lusa ataupun kemudiannya.

Sahabat,

Aku yakin ramai yang ingat kepada hadits no 4 dari himpunan hadits 40 Imam Nawawi. Dalam hadits yang panjang itu, Rasulullah mengingatkan kita bahawa ada dari kalangan umat yang telah banyak melakukan dosa seolah-olah jaraknya dengan neraka itu sudah terlalu dekat, kemudian dia diberi petunjuk dan mengubah kehidupannya lalu mati sebagai insan berbahagia dan memasuki syurga, dan sebaliknya ada pula manusia yang banyak mengerjakan amal kebaikan tetapi kemudian mengubah haluan kehidupan dan melakukan dosa-dosa sehingga dia mati sebagai ahli neraka.

Ya, kehidupan kita merupakan satu perjalanan. Dalam perjalanan kita mengumpul bekal. Dalam perjalanan kita beramal- yang baik dan yang buruk. Penyudahnya adalah bila nyawa ditarik dan nafas terakhir dihembus. Kemudian, apabila kita bertemu Allah s.w.t. kelak, ianya akan dihitung dan Allah akan menentukan nasib kita semua, tertakluk kepada bekalan yang dibawa dan rahmat Allah.

Sebab itu kita mesti melihat manusia dengan pandangan kasih dan sentiasa berusaha serta berdoa supaya Allah s.w.t. merahmati dan memberi petunjuk kepada mereka. Itulah sikap umat terbaik, iaitu kelompok manusia yang dimuliakan Allah kerana mereka menyeru kepada yang makruf, mencegah dari yang mungkar dan mereka beriman teguh kepada Allah (Lihat al-quran, ali-Imran:110). Itulah sikap para Rasul, yang didatangkan kepada umat masing-masing sebagai rahmat kepada mereka dan seluruh alam.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s