Pulau Pemanggil 2011

Program Balik Kampung 2011

Trip pertama ke Laut China Selatan setiap tahun telah kami namakan sebagai program balik kampong kerana dalam tempoh itu, kami dapat menikmati ketenangan,  jauh dari hiruk-pikuk kota dan segala masalah kehidupan yang sentiasa meletihkan, di samping bertemu dengan kenalan-kenalan di pulau-pulau yang disinggahi. Tahun ini ianya kami laksanakan dalam bulan Mei dan bukan bulan april dan kami hanya ke Pulau Pemanggil.

Kedatangan kami disambut dengan senyuman lebar Awang Selamat. “Hai, ingatkan dah tak nak datang lagi ke sini”, katanya sambil tersenyum ketika saya menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengannya. “Mana boleh, tiap-tiap tahun, kami sampai insya Allah”, jawab saya. Ketika itu, Raymond, anggota polis yang baru melapor diri bertugas  untuk  tempoh 2 minggu di situ juga turut ada. Selepas berbual ringkas, kami terus menuju ke rumah Cikgu Aman iaitu tempat persinggahan kami.

Kg Buau Pulau Pemanggil 18 Mei 2011

Ada beberapa perubahan ketara telah berlaku sejak setahun yang lalu.  Pertama, menara telekomunikasi milik Celcom  sedang dibina tidak jauh dari masjid.  Ia akan memberikan khidmat kepada mereka yang berada di perairan yang berdekatan. Namun, di sebalik kemudahan yang diberi, pemandangan indah Kg. Buau Pulau Pemanggil kini telah dicemari menara merah putih yang berdiri gagah. Aaah, satu lagi korban kemajuan…

Sekolah Agama Pulau Pemanggil

Kedua, kompleks Penghulu bagi Pulau-Pulau di daerah Mersing yang terletak di sebelah Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil telah ditukar menjadi Sekorah Agama Pulau Pemanggil. Tahniah kepada Ustaz Aman kerana kini dia mempunyai bilik kelas yang lebih selesa.

Ikan todak jelas kelihatan dari atas jeti

Ketiga, coral telah mula membiak di sekitar jeti pulau Pemanggil. Lebih banyak ikan kelihatan berenang dari atas (baracuda, todak, bayan, dan pelbagai spesis berwarna-warni). Jika ia terus membiak, setahun dua lagi, suasana di sekitar jeti akan menjadi lebih cantik.

Jadual yang berubah-ubah

Perjalanan kami kali ini telah diubah beberapa kali. Pertama ianya dilewatkan sehari dari jadual asal kerana saya perlu menghadiri konvensyen Masjid Mesra Remaja dan Belia anjuran IKRAM Negeri Johor. Kemudian ianya perlu dipendekkan sehari atas sebab jadual bot. Kemudian ianya dilewatkan lagi kerana kereta yang dipandu oleh Mat Husin pada malam itu mengalami kebocoran tayar berhampiran dengan Ulu Tiram ketika dalam perjalanan  ke Mersing. Apabila mereka tiba tengah malam itu, paras air telah terlalu rendah dan bot yang ditempah tidak lagi boleh keluar ke laut. JAdi, dari 3 malam, ianya dipendek kepada satu malam sahaja.

Bermalam di Hotel Timotel (4 orang sebilik)

Malam itu kami tidur di Hotel Timotel. Keesokannya, ketika bertolak, ada yang berkata, bagus juga kalau tidur di Mersing dan bertolak awal pagi. Boleh buat lagi lain kali…

Enam penyelidik Institute of Hydrogen Economy (IHE) adalah di kalangan peserta

Trip kali ini disertai oleh 8 orang iaitu enam penyelidik IHE bersama Mat Hussin dan Tholudin. Bagi Mohamad Nasef, inilah kali pertama dia memancing, malah inilah kali pertama dia melawat Mersing, apatah lagi Pulau Pemanggil.

Tetap Ceria

Walaupun trip kali ini pendek dari biasa, namun kegembiraan sedikitpun tidak berkurang. Perkongsian pengalaman hidup, keindahan alam semula jadi, tidur di atas ayunan ombak dan suasana santai tetap berlaku seperti biasa. Ikan lumba juga tidak lupa menunjukkan diri kepada kami seolah-olah mengucapkan selamat datang.

TATA memang pakar tangkap ikan bersaiz sederhana kecil

Hasil tangkapan hari pertama kurang dari biasa. Mungkin ikan sedang menghadiri mesyuarat di Sabah? Tapi rezeki memang tak tentu.

Wijay yang kini mampu meleraikan kekusutan

Antara yang paling menarik ialah transformasi yang telah berlaku pada Wijay. Kalau dulu jika tali kusut, tindakannya mudah dan cepat – potong saja. Namun kali ini dia beriya-iya meleraikan kekusutan. Dan dia berjaya. Wah, transformasi yang hebat.

Mohamad Nasef - pengalaman pertama memancing

Tangkapan di hari kedua lebih lumayan tapi masanya pula singkat. Itulah rezeki namanya. Kami harus pulang jam 12 tengahari supaya dapat masuk ke jeti sebelum air surut lebih kurang 3.30 petang.

Epal dan limau sejuk amat enak di atas bot

Salah satu keseronokan memancing kumpulan kami ialah suasana santai di pulau dan di atas bot. Yang pasti, epal dan limau di atas bot memang manis.

Air kelapa muda amat manis di atas bot

Begitu juga air kelapa muda yang kami petik di Pulau Pemanggil. Di tengahari yang panas, ianya memang enak sekali.

Jom solat di masjid

Setiap kali kami tiba di Pulau Pemanggil, kami akan solat di masjid ini.

Sejukkan badan di laut jernih

Seringkali juga kami akan berenang di pantai pulau yang jernih airnya.

Menikmati keindahan alam

Namun yang paling saya hargai ialah peluang menikmati keindahan alam semasa bot berjalan merempuh ombak. Marilah kita sama-sama memelihara alam sekitar pemberian Tuhan.

Masjid Jamik Mersing

Apabila kita sampai di Kuala Mersing, akan nampak berdiri gagah Masjid Jamik Mersing.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Pulau Pemanggil 2011

  1. Wah~ menariknya cara-cara pakcik-pakcik berjaulah.

  2. BB Nyakuma says:

    Really loved this post. Going fishing and visiting islands is very interesting and adventurous. Please keep the posts coming. Great!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s