Berinteraksi Dengan Al-Qur’an

IKRAM Kulai Jaya

Semalam, aku terpegun sejenak di pejabat IKRAM Kulai Jaya mendengar muqaddimah kepada Daurah Ta’hil Murabbi IKRAM Johor. Apa yang disampaikan oleh penceramah itu bukan perkara baru kerana aku telah banyak kali mendengarnya. Namun hatiku amat terkesan. Dia berkata, “kadang-kadang kita terlalu banyak menumpu pada akal dan tidak menitik-beratkan persoalan hati. Apabila kita membaca al-qur’an, kita sering fokus kepada usaha membacanya dengan baik dan Alhamdulillah kita berjaya. Namun, adakah hati kita terkesan dengan apa yang kita baca? Jika ianya terkesan, adakah kita beramal dengannya?” Dua soalan itu terasa berat sekali. Astaghfirullah, semoga Allah mengampunkan segala kelalaian dan kesilapanku yang sentiasa berlaku walaupun usia semakin lanjut.

Aku amat berterima kasih kepada penceramah kerana mengingatkan tentang pentingnya kita berinteraksi dengan al-qur’an. Al-qur’an bukan hanya untuk dibaca, malah perlu dihayati. Setiap ayat-ayat itu sepatutnya kita renungi. Jika itu kita lakukan, pasti akan ada ayat-ayat yang terngiang-ngiang di telinga memberi peringatan kepada hati kita ketika diri diuji atau ketika  dihasut syaitan atau ketika iman dicabar. Bila ianya telah selalu kita baca dan renung, ia akan menjadi petunjuk yang jelas. Itulah antara kelebihan al-Quran, yang sentiasa memberikan bekalan kepada sesiapa yang inginkan bekalan, menjadi penyuluh kepada yang mahu disuluh.

Lewat malam itu aku pulang ke rumah dan terus menuju ke bilik. Lantas aku mencapai al-qur’an dan membacanya. Tenang rasa hati menatapi ayat-ayat Allah di tengah malam. Betul apa yang dikatakan Allah S.W.T.:

28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Terima kasih kepada penceramah yang telah memperingatkan aku malam itu. Sesungguhnya benar kata Allah S.W.T.

55. Dan berilah peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Sahabat,

Janganlah kita terlalu kedekut dalam memberi peringatan sesama sendiri kerana ianya amat bermanfaat untuk kita semua. Tegurlah rakanmu jika dia tersalah. Janganlah pula kita tersinggung jika kita ditegur. Bukankah kita semua mahukan sahabat yang baik, yang dibayangkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai penjual minyak wangi?

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s