Perigi tua tetap berjasa

Perigi Tua Air Jernih

Perigi tua ini digali di zaman moyangku yang bernama Adam. Jadi, usianya telah melebihi 100 tahun, mungkin 150 tahun. Sejak dahulu, ia tidak jemu menghasilkan air yang  jernih. Inilah perigi yang pernah menjadi sumber air minum bagi penduduk di sekitar rumah kami di Kampung Krubong Tengah. Air perigi inilah yang menghilangkan dahagaku sejak kecil hinggalah bekalan air paip muncul ketika aku hampir menjangkau dewasa. Walaupun setelah bekalan “air dalam besi” itu datang, kami masih selalu mandi di perigi ini.

Menurut orang tua-tua, punca air perigi ditemui ketika arwah nenekku yang bernama Nyah bt Adam (panggilan Che Enjah, dia adalah anak Cina yang dibesarkan oleh Cikgu Adam, bapa angkatnya) menjumpainya ketika bermain-main menggali tanah dengan kawannya arwah Nek Gamah (mungkin namanya Rahmah).  Aku masih ingat lagi Nenek Gamah dan suaminya Tok Baba yang selalu marah jika mendengar aku bersiul, sehinggakan aku mempelajari teknik bersiul dengan bibir hampir tertutup. Bila aku bersiul dengan cara itu ketika lalu di depan rumahnya, dia akan marah “Man, aku kata jangan bersiul!”, Aku menjawab riang, “mana ada nek…”

Sumber mata airnya besar dan perigi ini tidak begitu dalam. Mungkin lebih kurang 12 kaki sahaja atau kurang sedikit. Suatu masa dulu, ada ura-ura untuk menimbus perigi ini sebagaimana yang telah dilakukan kepada banyak lagi perigi di Kampung Krubong (perigi-perigi besar di masjid lama, di Sekolah Krubong, dekat rumah Dak Cheng Lai dan banyak lagi perigi-perigi kecil yang lain-lain). Tetapi alhamdulillah, idea itu tidak diteruskan.

Amin mencedok air dari perigi

Dua hari lepas, apabila aku sampai di rumah emak dari Kuala Lumpur, keletihan selepas majlis perkahwinan anak kami, aku mendengar suara-suara perbualan di belakang rumah. Rupa-rupanya, ramai orang datang mengambil air di perigi. Rupa-rupanya bekalan air terputus sejak sehari sebelumnya (hari sabtu) dan orang-orang yang berdekatan menagmbil air di situ.

Sejurus kemudian, lori syarikat Air Melaka tiba mengedarkan bekalan air minum dalam botol plastik. Setiap rumah dibekalkan 2 botol 5 liter. Menurut Dak Bahrin yang datang bersama mereka, air ini untuk minum sampai esok. Mudah-mudahan kerja-kerja membaiki paip yang pecah dapat diselesaikan pada hari isnin. Bila diterangkan lokasi dan paip yang pecah, rasa-rasanya, mungkin berlanjutan hingga selasa. Paip yang pecah ialah paip saloran utama (saiznya ?, mungkin bergarispusat 36 inci?). Itulah paip yang merentasi sungai Melaka di kampung kami. Semasa kami kecil, kami suka meniti paip itu untuk ke kampung Gangsa, walaupun perbuatan itu sebenarnya dilarang kerana merbahaya. Mungkin integriti paip itu menurun akibat kerosakan yang dibabkan banjir beberapa bulan lepas.

Tengah malam itu aku mandi di  perigi seorang diri. Mmm, sejuk sekali airnya. Keesokannya pula, subuh-subuh lagi riuh rendah di perigi kerana ramai jiran-jiran yang datang untuk mengambil air. Ada juga yang datang dari Taman Krubong Jaya dengan tong-tong bagi mengisi air untuk dibawa pulang. Ada yang datang untuk mandi dan membasuh kain. mmm.. macam zaman dulu-dulu dan ia menyingkap nostalgia lama…

Lihat makluman ini yang dibuat oleh Syarikat Air Melaka

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Perigi tua tetap berjasa

  1. indamarya says:

    interesting blog.saya pula menulis tentang kehidupan msa lmpau yg suram,pls share..

  2. Real Life says:

    mencari image perigi … sampai pula ke sini … perigi seumpama di imaginasi … belum juga ditemui … but i like this entry … terima kasih banyak kali.

  3. thina says:

    Hi..boleh saya tahu alamat penuh air pergi ni. Saya perlukan air perigi lama untuk perubatan. Pls advice.

  4. Anonymous says:

    assalam..boleh tumpang tanya.adakah terdapat kawasan pertanian di sekitar kawasan ini?terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s