Ya Allah, sucikan hatiku…

Tengahari tadi aku solat di Subang Jaya. Di atas mimbar, khatib berucap dengan penuh semangat dan aku juga menjadi bersemangat untuk mendengar. Kali ini khatib menceritakan bahawa pada masa dahulu khilafah Islam memerintah sebahagian dari dunia. Khilafah yang ditegakkan pada zaman sahabat Rasulullah s.a.w. bermula dengan Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali radiallahu anhum ajmain dan dikembangkan lagi oleh pemimpin-pemimpin selepas mereka. Khilafah Islam telah menaungi penduduknya yang hidup aman damai merentasi benua. Kemudian berlakulah apa yang telah berlaku. Masalah mula timbul di sana sini. Khilafah menjadi semakin lemah dan akhirnya menjadi sejarah, selepas tumbangnya Khilafah Uthmaniyah dui Turki. Sudah sekian lama, sampai kini, ia  masih belum bangkit semula.

Khatib terus memperkatakan tentang masalah umat hari ini yang sering kita dengar – masalah pengamatan ibadat, pendidikan anak dan lain-lain. Fikiranku melayang sebentar. Aku menganalisis. Kenapa sesuatu yang baik itu boleh jatuh? Kita boleh menuding jari kerana memang mudah untuk menuduh kelemahan orang lain. Tetapi jika kita amati sejarah secara objektif dan adil, kita boleh menjana penilaian yang lebih baik. Dalam buku “Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Para Da’i”, tulisan al-marhum Fathi Yakan, ada disebut hadith Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan bahawa seorang mukmin itu sentiasa berhadapan dengan 5 cabaran atau halangan iaitu:

1) – Orang mu’min yang dengki kepadanya.

2). Orang munafik yang benci ke atasnya.

3) – Orang kafir yang memeranginya.

4) – Syaitan yang menyesatkannya.

5) – Nafsu yang akan sentiasa meransangnya.

Dengan 5 cabaran yang boleh datang serentak, terutama jika ianya bertindak secara sinergistik, memang sukar untuk manusia bertahan. Yang selamat hanyalah mereka yang kukuh dan diperkukuh kedudukan  pada sisi Allah azzawajalla. Yang selamat ialah mereka yang terpilih iaitu mereka yang dikekalkan Allah di atas jalan perjuangan masing-masing.

Sahabat,

Kau dan aku sama beriman. Kita orang mukmin. Kita boleh menjadi agen perubahan ke arah kebaikan. Tetapi, na’uzubillah,  kita juga boleh menjadi musuh kepada para du’at yang sedang berpenat lelah memperjuangkan Islam. Kita sama-sama boleh menjadi penghalang kepada kebangkitan Islam. Kita sama-sama boleh menjatuhkan Islam yang sedang sibuk dibina orang lain…

Ahhh… mungkin aku merepek? Tidak… Tidak sahabatku. Benar, kita boleh menjadi penghalang kepada perjuangan Islam selagi kita mempunyai perasaan dengki kepada orang lain. Kita boleh termasuk dalam  golongan pertama yang dinyatakan dalam hadith di atas. Kita boleh menyusahkan orang lain yang sedang berusaha gigih dengan sifat dengki yang ada di hati kerana tindakan yang timbul dari hati yang begitu, ada kesan kepada orang lain. Malah ia sering menyusahkan mereka. Bukankah lebih baik kita ridha dengan apa yang ada atau apa yang berlaku? Bukankah lebih baik kita mengadu kepada yang Maha Berkuasa? Kita boleh memohon kepadaNya untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Jika ianya sesuai untuk kita, pasti Dia akan memberi apa yang dipinta. Jika tidak, tentulah itu lebih baik untuk kita kerana Dialah yang lebih mengetahui. Kita tidak perlu dengki. Kita tidak wajar dengki. Dengki itu sifat buruk yang ditegah.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, sucikanlah hatiku dari perasaan dengki kerana aku tidak mahu menjadi penghalang kepada perjuangan murni golongan yang mencari redhaMu. Sebaliknya Ya Allah, sucikanlah hatiku, tambahkan kekuatanku, dan tingkatkan semangatku untuk saling membantu, saling memperkukuh dalam menyambung perjuangan Rasul yang kami kasihi.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Ya Allah, sucikan hatiku…

  1. Mazlan says:

    Aslm
    Alhamdulillah. Tazkirah yang berkesan. BTW tahniah dapat menantu serta berbesan dgn akhi Md Rashid. Wslm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s