Banjir Datang Lagi…

Tanggal 2 Februari saya mengambil cuti rehat,  bukan untuk berehat tapi untuk usaha kebajikan.  Kami merupakan sukarelawan Disaster and Emergency Response Unit (DERU), Pertubuhan IKRAM Negeri Johor. Pada hari ini, ada sukarelawan yang ke Segamat, ada ke Ulu Tiram, ada ke Kluang, ada ke BAtu Pahat untuk pelbagai usaha. Kami pula merancang untuk meninjau suasana di  Muar dan Sri Medan bagi merangka usaha seterusnya.

Pejabat IKRAM Johor dijadikan pusat Operasi DERU

Perjalanan kami bermula jam 8 pagi  dari Pejabat IKRAM Johor di Taman Universiti bagi memuatkan sedikit bekalan sebagai buah tangan kepada pusat penempatan mangsa banjir yang bakal kami lawati. Kami berempat (saya, Salleh, Ainullotfi dan Asim) bertolak menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Cuaca yang panas memudahkan perjalanan. Kami singgah sebentar di Ayer Hitam bagi membolehkan Haidir menyertai rombongan. Selepas sarapan hampir tengahari di Pekan Pagoh, kami terus ke Lenga. Ketibaan kami disambut senyuman oleh aktivis IKRAM Daerah Muar.

Di Mukim Lenga terdapat beberapa penempatan (Kg. Batu 23, Kg. Batu 28, Kg Renchong yang menempatkan penduduk Kg Liang Batu dan Kg Renchong, Kg. Gombang, Pekan Lenga, Kg. Jawa dan Pekan Bukit Kepong ). Untuk sampai ke kebanyakan pusat-pusat ini, bot diperlukan kerana jalanraya terputus untuk semua kenderaan termasuk kenderaan berat. Jadi kami perlu mendapatkan khidmat bot dari pihak yang bertugas.

Menaiki Bot di Batu 29 Lenga

Destinasi pertama ialah Kg. Jawa, Lenga yang terletak di daerah Muar. Di sana terdapat ramai kenalan berdasarkan hubungan yang telah dijalin semasa kami menghantar bantuan banjir di tahun 2006. Ketibaan kami disambut mesra oleh penduduk kampung yang berada di Balai Raya Kg. Jawa.

keadaan banjir di Lenga

Banjir tahun ini lebih buruk dari tahun 2006. Begitulah yang disahkan oleh semua yang kami temui.Ladang getah dan kelapa sawit ditenggelami air. Malah rumah-rumah juga banyak yang tenggelam.

Perjalanan pulang menggunakan bot Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia

Oleh kerana bot pasukan Bomba dan Penyelamat yang membawa kami mempunyai tugas lain yang lebih mendesak (menyelamatkan 4 orang yang terperngkap di atas pokok), kami pulang dengan menaiki bot tentera. Bot itu dikendalikan oleh empat orang anak muda yang sentiasa ceria. Dalam perjalanan, enjin bot terberhenti kerana masalah sistem bekalan petrol. Namun, sikap ceria 4 anggota tentera itu menghibur suasana. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai setelah mengambil masa lebih kurang satu jam.

Selepas itu kami ke Masjid Kg Batu 28 untuk solat dan berbincang dengan rakan-rakan yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Mereka mewakili Mercy Malaysia. Selepas membincangkan strategi bersama, kami berpecah. Sebahagian dari rombongan MERCY terus ke bandar membeli bekalan, ada yang ke Renchong bersama aktivis IKRAM Muar,  YDP IKRAM Muar meneruskan urusan logistik dengan pemimpin masyarakat dan kami pula meneruskan perjalanan ke Kg. Sejagong, Sri Medan.

Berpatah balik kerana air terlalu dalam

Keadaan di Sri Medan juga agak buruk, dan jalan utama di Parit Warijo tidak boleh dilalui kenderaan ringan. begitu juga dengan kebanyakan jalan lain.  Kami yang telah berjanji untuk bertemu dengan ketua Kg. Sejagong mencuba nasib, namun apabila sampai di Parit Jayos 4, kami berpatah balik kerana air di sana sudah memcecah paras pinggang.Insya Allah, esok akan ada yang ke sana.

Kami sampai di Skudai pada jam 9 malam setelah melalui  13 jam yang amat menarik dan menyejuk jiwa. Inilah antara bentuk latihan jiwa yang boleh didapati dari aktiviti sukarelawan. Mereka diuji. Semua perkakas rumah pasti rosak. Rumah juga mungkin banyak yang rosak. Sebentar tadi saya diberitahu oleh seorang petugas  Syarikat Air Johor bahawa rumah pam yang membekalkan air bagi mukim Lenga juga telah diberhenti operasi kerana terputus bekalan letrik, akibat pencawang yang kini telah ditenggelami air. Hari ini ujian untuk mereka. entah esok untuk kita pula.

Esok, lebih banyak aktiviti akan disusun. Semuanya akan diputuskan malam ini semasa mesyuarat penyelarasan operasi.  MERCY telah menjanjikan lebih banyak bekalan. Di pejabat IKRAM juga telah terkumpul pelbagai sumbangan. Sumbangan kewangan dari orang ramai kepada IKRAM Johor juga semakin rancank bagi menjayakan agenda ini. Ketua kampung Batu 28 pula telah bersetuju menyediakan pusat operasi bagi IKRAM Johor.

Wah, nostalgia tahun 2006 berulang kembali dan insya Allah, kepercayaan yang diberikan oleh penduduk kampung Mukim Lenga tidak akan disia-siakan. Kepada aktivis IKRAM dan orang perseorangan, hubungi pusat operasi IKRAM Johor jika anda ingin memberikan sebarang bentuk sumbangan.

sila lawati

http://johor.ikram.org.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=315:terkini-banjir-di-johor

http://www.facebook.com/home.php#!/ikram.johor


About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Banjir Datang Lagi…

  1. Ramzy says:

    Semoga Allah terima usaha akhi yang mulia ini sebagai amalan yang soleh di sisiNya.

  2. wan D90 says:

    Salam………..
    Ribuan terima kasih dr sy sbg wakil penduduk KG JAWA LENGA MUAR atas semangat kerjasama serta bantuan y diberikan oleh semua pihak y dtg membantu terutama TEAM MERCY y sanggup bermalam dibalai raya .
    xlupa jua kpd TEAM BOMBA & TEAM ATM y bnyk membantu.
    terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s