Hulu Dungun Yang Menarik

Hari Hol

Hari ini cuti hari Hol bagi negeri Johor. Kami meninggalkan Johor Bahru dengan sebuah kereta Toyota Camry yang disewa. Destinasi pertama ialah Hulu Dungun. Seperti biasa, laluan yang saya  gemari ialah menerusi pantai timur, menempuhi Mersing, Endau, Kuala Rompin, Nenasi, Pekan dan Kuantan.  Ini adalah kerana pemandangan di sepanjang perjalanan adalah cantik dan menenangkan. Banyak kali saya terfikir untuk membeli tanah dan menetap di sana selepas bersara nanti, namun ianya tidak diteruskan. Apabila kami melalui pusat industri akuakultur berhampiran Nenasi, saya sering teringat kepada seorang sahabat  yang bernama “Din Kuda” dan kisah cintanya yang pernah diceritakan semasa kami bertemu di Putrajaya – pertemuan setelah lebih 20 tahun berpisah. Cerita itu memang menarik tapi tak dapat dicoret di sini kerana ianya perkongsian dari seorang sahabat lama, rakan sekelas semasa di Ipoh. Cukuplah jika dikatakan di sini, kalau ada jodoh, akan bertemu jua. Semoga percintaan itu terus kekal hingga ke akhir hayat. Din Kuda pernah bertugas di situ.

Gunung Cemerong dan Berembun

Kami sampai di Hulu Dungun lebih kurang jam 4 petang. Kawasan itu mempunyai beberapa tempat tarikan peminat alam semula jadi. Ada Hutan Lipur Cemerung, iaitu tapak perkhemahan dan air terjun yang cantik. Berhampiran dengan tapak pejabat hutan lipur itu terdapat beberapa kawasan untuk berkelah, airnya amat sejuk dan sungguh menyegarkan bila berenang. Tetapi jika anda mendaki menyusuri sungai, anda akan bertemu dengan kolam dan air terjun yang cantik. Saya belum pernah ke kolam itu, tapi saya diberitahu perjalanannya hanya 30 minit.

Dari situ, kita boleh terus mendaki ke puncak Gunung Cemerong. Saya diberitahu oleh Zul Ali, seorang sahabat saya yang tinggal di pekan Dungun bahawa pendakian itu akan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Dari puncak Cemerung, pendakian boleh diteruskan ke puncak Gunung Berembun dan selepas itu ke puncak Gunung Mati Angin. Errr, betul ke nama tu, Allahu a’lam, saya tak tahu.

Kg. Syukur

“Alhamdulillah, kita syukur sungguh, kampung ini aman”, kata Pak Imam Kg. Syukur semasa kami singgah di rumahnya. Kami bertemu dengan Imam Hamzah semasa singgah bersembahyang di masjid Kg. Syukur dan telah dijemput ke rumahnya untuk minum dan berbual. Kami singgah sebentar, berbual dan bertukar nombor telefon sebelum meneruskan perjalanan.

Jambatan Kg Shukor yang tinggi

Pasir Raja & Bumbung Raja

Kg. Syukur letaknya berhampiran dengan Kg. Pasir Raja yang mempunyai Homestay Pasir Raja, dan jika perjalanan diteruskan kita akan menemui Bumbung Raja, iaitu satu lagi tapak perkelahan. Di sana ada papan tanda yang menyatakan “dilarang menangkap ikan kecuali memancing”. Air sungai kelihatan dalam, namun masih kelihatan jernih. Saya berkata kepada Adnan & Wijay, “tempat ni memang best, we should come back again”.

Berkelah di Bumbung Raja

Apa rahsia di sebalik Pasir Raja dan Bumbung Raja? Menurut En. Nazri, seorang pesara Risda yang kami temui di pekan Kuala Dungun, kawasan itu ialah tempat Raja Terengganu berlindung semasa peperangan dengan British dulu. Mmm…  patutlah ramai orang yang bernama Tengku di sana. Menurut Nazri lagi, Bumbung Raja itu ada tempat yang bagus untuk memburu dan memancing ikan kelah dan sebarau. Mmm… saya yang memang sukakan ikan sebarau  masak lemak terus mendengar dengan penuh minat. Namun apa yang paling menarik ialah maklumat dari Nazri yang menyatakan di puncak Cemerong juga, sungainya mempunyai ikan Kelah. Wow, kami bertiga terkejut sejenak dan rasa teruja, seakan-akan nak mulakan perjalanan naik.

Air Terjun Chemerong

Dalam kereta, saya bertanya dengan rakan-rakan, “bagaimana agaknya ikan kelah boleh sampai ke puncak Cemerong?” Tiada jawapan yang meyakinkan dapat dijana, lalu saya bercerita, masa aku kecik-kecik dulu, aku suka mengejar pelangi . Orang tua-tua yang agaknya mahukan kami pulang ke rumah selalu berkata “kau orang baik-baik, nanti pelangi tu sedut baru tau”. Kami juga diberitahu bahawa ikan dipindahkan oleh pelangi dari satu tempat ke tempat yang lain. Mengarut, betul tak? Haha… pada masa kanak-kanak dulupun memang saya tak percaya.

“Ok, kita daki Gunung Cemerung bulan September nanti”, kata Adnan. Kami terus bersetuju. Insya Allah, jika berkesempatan, kami akan kesana untuk mendaki, berkhemah dan memancing.

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Hulu Dungun Yang Menarik

  1. Zahari says:

    Satu info yang mnarik. InsyaAllah cuti hari Natal nanti group kelab orang gunung Kolej Matrikulasi Pahang akan ke sana..

  2. Anonymous says:

    salam, ada no guide utk gunung cemerung x?

  3. Anonymous says:

    rindu nak ke sana lagi setelah 14 tahun… boleh log in ke fb di alamat CEMERUNG ATV.. inshaa allah akan dpt bnyk info ttg tempat ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s