Hati mau baik be…

Semasa saya kecil, saya selalu mendengar orang berkata “hati mau baik be”. Baba dan Atan adalah panggilan manja bagi anak lelaki di Melaka. Ungkapan itu menegaskan supaya kita menjaga hati kerana di hatilah terletak nilai budi kita sebenarnya.

Dalam satu hadith, Rasulullah S.A.W. bersabda: ” Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah seluruhnya, Dan apabila ia rosak ,rosaklah sekeliannya. Ketahuilah itulah hati.” (Bukhari dan Muslim)

Sahabat,

Seseorang boleh berlatih berbicara sehingga bicaranya begitu halus dan lancar sampai memukau para pendengar. Seseorang itu juga boleh mengenakan pakaian sopan dan kelihatan kuat beragama. Semua itu boleh dilakukan dan jika dilakonkan dengan baik, ianya akan mempengaruhi penilaian manusia terhadapnya.

Namun, jika seketul daging bernama hati dalam dirinya tidak baik, bila datang suasana yang mengkakukan lakonan, akan lahirlah sifat sebenar individu itu. Bila tertekan, akan muncullah segala keburukan yang selama itu diselindungi, akan nampak nilai yang selama itu tertanam dalam jiwa. Yang nampak indah itu sebenarnya buruk kerana kualiti insan yang sebenar itu berpusat di hati.

Sahabat,

Di dunia kita boleh berselindung dan berlakun tetapi di akhirat nanti semuanya akan terdedah dan terpampang luas. Sebab itu kita perlu menerima kelemahan yang ada pada diri dan berusaha memperbaikinya. Bukankah kita manusia biasa? Bukankah manusia itu sememangnya lemah dan serba kekurangan? Sebenarnya, apa yang diperlukan ialah usaha tulin mendidik diri, dan  usaha itu perlu bermula dari hati. Ya, hati perlu dididik supaya lurus dan suci…

“Orang-orang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerena mengingati Allah. Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama.” (Ar-Raad: 28-29)

Semoga Allah sentiasa membimbing kita semua…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Buatmu Sahabat and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Hati mau baik be…

  1. en_me says:

    salamm ziarah bang.. nice blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s