9 dan 10 Oktober 2010

MTN2010

Hujung minggu ini penuh bermakna bagi kami kerana pada hari sabtu kami berpeluang menghadiri Muktamar Tarbawi Nasional, Pertubuhan IKRAM Malaysia di Serdang. Muktamar yang dihadiri hampir 1900 peserta itu memberi impak yang amat positif kepada saya dan isteri. Pelbagai peringatan dan saranan dilontarkan kepada kami menekankan betapa pentingnya usaha membaiki diri supaya dapat berbakti dengan lebih baik demi mendapatkan rida ilahi. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi itu tamat pada jam 7 petang.

 

Jika inginkan kesan maksimum, duduklah di hadapan

 

Selepas itu kami ke Kuala Lumpur kerana keesokannya saya perlu bertemu dengan sekumpulan pelajar untuk membincangkan projek penyelidikan yang sedang dijalankan mereka.

bagus, isteriku juga di bahagian hadapan

 

Majlis Walimatul Urus

Tengahari Ahad 10/10/10 pula saya ke masjid Uniten untuk menghadiri majlis kesyukuran pernikahan anak-anak sahabat. Saya menerima kad jemputan dari PM Dr. Hafidzi  dari UPM untuk meraikan anakanda Qayyum tetapi bila saya membelek-belek kad tersebut, barulah saya menyedari bahawa menantunya pula merupakan anak kepada sahabat saya Prof Dr. Jamal dari UKM. Majlis itu mempunyai 2 kelainan yang menarik. Pertama, ianya diadakan di dewan yang merupakan sebahagian dari kompleks masjid Uniten. Jadi semua tetamu perlu membuka kasut. Alhamdulillah, cuaca yang baik memudahkan semua urusan. Kedua, ianya merupakan gabungan majlis pihak lelaki dan wanita, 2 dalam satu. Jadi tetamu yang hadir memang ramai sehingga menimbulkan kesesakan di stesen mengambil makanan. Tapi yang paling menarik ialah begitu ramainya kenalan saya di majlis itu. Itulah nikmat berbisan dengan sahabat. Tahniah kepada 2 sahabat saya itu.

Ziarah Emak

Seperti biasa, jika saya melalui negeri Melaka dengan kereta, saya akan singgah sebentar bertemu emak walaupun hanya sebentar kerana senyuman yang terukir bila dia melihat anaknya dapat menambahkan semangatnya dalam menempuh hari-hari tua. Alhamdulillah emak sihat.

Keselamatan Jalan Raya

Sebentar tadi saya saya mengajar teknik analisis risiko kepada pelajar UTM. Saya katakan kepada mereka, jika kita bangunkan pengkalan data tentang frekuensi kemalangan dan kematian disebabkan kemalangan jalan raya secara khusus untuk Malaysia, ianya mungkin lebih tinggi dari data purata dunia. Bayangkan,  setiap kali ada sesuatu acara penting di Kuala Lumpur ataupun cuti panjang, maka akan berlakulah banyak kemalangan maut. Semalam, pada tarikh indah 10/10/10, sekurang-kurangnya 12 maut dan 40 cedera dalam satu kemalangan di lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Pedas-Linggi. Alangkah sedihnya tarikh indah 10/10/10 menjadi sejarah hitam kepada ahli keluarga mereka yang terkorban…

Dalam memikirkan isu ini, saya berpandangan alangkah baiknya jika mutu dan frekuensi perkhidmatan keretapi dipertingkatkan dengan segera supaya sistem pengangkutan yang lebih selamat itu dapat dijadikan alternatif yang baik. Saya akan menjadi antara pelanggan tetap keretapi jika perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dipendekkan kepada 3 jam. Saya juga berpandangan  supaya kerajaan mengalihkan bajet dari membina lebih banyak lebuhraya kepada usaha menambah baik perkhidmatan keretapi, terutama jika kita dapat mewujudkan rangkaian perkhidmatan keretapi elektrik antara Bandar kerana bukan sahaja ianya lebih cepat tetapi juga baik untuk alam sekitar. Mmm… suatu hari nanti…

About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s