Cendawan Revisited

Singgah di Tenggayun

Saya singgah di Tenggayun lagi. Kebetulan hari itu saya bersama aktivis IKRAM Pontian melaksanakan program Bingkisan Ramadan. Apabila saya terus menuju ke pusat penanaman cendawan yang diusahakan oleh Saedon, Pak Mat (maaf, nama sebenar saya dah lupa) bertanya, “awak minat ke? Bagus kalau awak nak jadi usahawan cendawan. Banyak peluang.”. Saya tersenyum sambil menjawab, “mmm… mungkin saya kurang minat”. Katanya lagi, “kalau tak minat tak boleh.” Benar, untuk menjayakan sesuatu usaha, kita perlu menanam minat supaya sesuatu itu dilaksanakan dengan baik dan penuh ihsan. Sebenarnya, saya mencari Saedon untuk memberi sedikit buah tangan tetapi kebetulan dia tiada.

Oleh kerana Pak Mat amat bersemangat ingin menerangkan tentang industri cendawan kepada saya, kamipun mengambil peluang menimba ilmu darinya. Ia juga membolehkan anak-anak saya yang ada bersama untuk belajar tentang proses penanaman cendawan.

Proses menanam cendawan

1. Penyediaan tapak semaian dalam beg plastik

Memasukkan campuran kedalam beg plastik

Tiga bahan asas (habuk papan, kapur dan nutrient-makanan) dicampur di dalam bekas sebelum dimasukkan ke dalam mesin penggaul. Seterusnya campuran itu dimasukkan ke dalam beg plastik.

Pensterilan

Pensterilan menggunakan stim

Bungkah semaian yang telah disediakan itu dimasukkan ke dalam kebuk pensterilan. Proses ini penting bagi membunuh organisma lain terutamanya kulat yang mungkin ada dalam campuran bahan asas itu.

Benih dimasukkan

sedikit benih diletakkan

Pak Mat berkata, “penting untuk dapat benih yang baik sebab kalau benih tak baik hasilnya juga tak baik”. Mmm… biasalah, orang dulu-dulu kata, kalau benih baik campak ke laut jadi pulau…

Bekas disusun di atar rak bagi melalui proses percambahan dan tumbesaran

Hasil akan mula bercambah dan membesar bergantung kepada keaadaan cuaca dan penjagaan. Oleh kerana ianya produk makanan, maka kebersihan amat penting.

hasil yang akan dikutip sedikit masa lagi

Prospek dan Keberkatan

Rezeki ada di mana-mana. Apa yang penting ialah usaha gigih dan kejujuran dalam melaksanakan usaha supaya keberkatan dari Allah akan ada bersama usaha yang ditabur. Sebenarnya banyak lagi produk pertanian yang boleh diusahakan. Bila bergaul dengan masyarakat desa, saya terpegun bila mendengar tentang usaha yang mereka lakukan sama ada mengusahakan daun pandan, serai, dan sayur-sayuran ataupun produk herbal seperti mas cotek, misai kucing dan lain-lain.

Sekiranya semuanya dilakukan dengan sempurna dan hasilnya pula disucikan dengan zakat dan sebagainya, insya Allah usaha murni seperti ini akan dapat menghasilkan pulangan yang lumayan.


About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Cendawan Revisited

  1. Saedon Haji Aton says:

    Salam!Saudara ahmad…..
    Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.
    Maaf sewaktu kunjungan saudara kami tiada dirumah.
    Terima kasih kerana sudi menjenguk kami lagi.
    Mungkin bukan jodoh kita untuk bertemu lagi.
    Harapan kami anak-anak saudara dapat sedikit pengetahuan dengan kunjungan tersebut.
    Jika ada kesempatam bolehlah kita bertemu dan berborak lagi.Atau temui saya di fb.Salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s