Eidil fitri 1431

Raya di Melaka

Tahun ini kami berhari raya di Melaka dan tidak ke Taiping kerana kedua orang tua di Taiping telah bertemu Tuhan yang Maha Agung hampir 2 tahun yang lalu. Oleh kerana anak-anak lambat bercuti, kami pulang ke Melaka pada 30 ramadan ketika abang dan adik sedang sibuk memotong daging lembu dan kerbau untuk dibuat rendang malam itu.

Pada waktu malam setiap penjuru rumah dipenuhi anak-anak saudara dengan sesi "bonding" masing-masing

Iftar petang itu bagaikan kenduri kerana bilangan ahli keluarga yang ramai. Selepas isya’ adik bongsu saya (Hamzah) mengendalikan sesi bacaan surah yaasin yang kemudiannya diikuti dengan do’a dan takbir hari raya beramai-ramai. Ketika itu juga lemang sedang dibakar manakala ketupat telah direbus dan rendang baru selesai dimasak.

Eidil Fitri 1431-Saya dan adik-beradik (ketika ini anuar, abang saya belum sampai)

Tahun ini semua 10 orang adik beradik saya dan keluarga masing-masing pulang ke kampung dan suasananya begitu riuh dan meriah sekali.

Emily

Salah seorang anak saya (Anas) menyambut eidil fitri di Mesir. Namun, Allah SWT menggantikan tempatnya dengan Emily, anak Sabah yang menyambut eidil fitri pertamanya bersama kami. Mudahan-mudahan ianya bukan pengalaman ngeri bagi Emily kerana budaya dan cara komunikasi Melayu Melaka mungkin jauh berbeza dengan Kadazan-dusun. Bila ditanya “siapa tu ?”, saya menjawab selamba, “anak angkat, orang Sabah”.

Keluarga kami

Queue yang Panjang

Oleh kerana bilangan yang ramai (lebih 70 orang), queue untuk mandi tentulah panjang. Bagi membantu keadaan abang saya (Nordin)  memasang pam elektrik untuk menyedut air perigi dan menyalurkannya ke paip PVC dan polyethylene, sekaligus menyediakan shower tambahan. Jadi yang lelaki semuanya mandi air perigi yang sejuk dan jernih di belakang rumah.

Saya teringat ketika kecil dahulu, kami mandi di perigi beramai-ramai setiap hari sambil berbual bersama jiran yang berdekatan. Perigi itu juga menyediakan air minum untuk ramai penduduk berdekatan rumah kami. Kini, perigi yang sama masih menyediakan air yang jernih.

Solat Sunat Hari Raya.

Berdasarkan ajaran rasulullah s.a.w., sebelum ke masjid, semua orang dikehendaki mengambil sarapan pagi. Selepas itu, kami mengerjakan solat sunat hari raya di Masjid Kg. Krubong dengan diimamkan oleh Imam kampung iaitu Ustaz Din. Selepas itu seperti biasa, anak-anak saudara bergilir-gilir bersamanan dengan bapa dan ibu saudara semuanya sambil menerima hadiah duit raya. Selepas itu, seperti biasa, sesi bergambar bermula.

sebahagian dari ahli keluarga

the "biras"

Ziarah Keluarga

Seterusnya, kami menziarahi jiran-jiran berdekatan dan saudara mara terdekat di Tampoi dan Bacang. Kami juga menerima kunjungan dari saudara mara. Ini menyebabkan perancangan perjalanan perlu diubah bergantung kepada keperluan meraikan tetamu dan hajat untuk menziarah.

Antara yang menarik kali ini ialah kunjungan Pak Kadir, seorang pesara penjawat awam yang merupakan adik kepada emak saya. Perbualan kami merangkumi pelbagai perkara termasuk keturunan kami di sebelah emak yang merupakan pendekar yang datang dari Sulawesi dan kemudiannya menjadi pemimpin masyarakat di Melaka. Mmm… darah yang mengalir di tubuh ini merupakan campuran India, Cina, Bugis dan Melayu. Mungkin, kami perlu bina family tree di Heritage.com.

Tahun ini saya dapat bertemu dengan Abd Samad, sahabat baik di UK dulu yang mendirikan rumahtangga dengan sepupu saya.  Kami juga diziarahi Azmi Zainal (seorang lagi sahabat baik di UK) dan keluarga. Azmi kini bertugas di Qatar.

Makan Tengahari Bersama Keluarga.

Seperti biasa, keluarga adik saya (Azmi dan isterinya Siti  Sarlina) menaja majlis makan tengahari keluarga. Kali ini, ianya diadakan di Hotel Holiday Inn, Banda Hilir). Bagi orang dewasa, sesi ini boleh digunakan untuk berbual sambil makan perlahan-lahan (selalunya masa 3 jam digunakan), namun bagi anak-anak, acara yang lebih utama ialah berenang beramai-ramai di kolam renang hotel tersebut selepas makan. Mmm… bila sampai masa untuk pulang, boleh dilihat muka-muka yang terbakar oleh sinar matahari.

Antara yang hadir untuk makan tengahari (sebahagian masih di kolam renang)

Latest Addition

Tahun ini keluarga kami ditambah dengan kedatangan Rayyan, anak kepada pasangan Izzah & Remy. Rayyan adalah cucu saudara yang ke-6 bagi saya.

Rayyan yang sentiasa tersenyum

Pertunangan Alum.

Alum adalah nama timangan bagi Mazby Zubir Khairul Nazri bin Zainal, yang merupakan anak tunggal kepada abang saya.  Pada malam 2 syawal, persiapan terakhir dibuat. Antara yang perlu disiapkan ialah sirih junjung yang masih merupakan salah satu hantaran pertunangan.

Kak Pah (kakak sulung) puas hati dengan gubahan sirih

Keesokannya pada 3 syawal, kami semua berkumpul di rumah Hj. Zainal di Bukit Beruang untuk majlis doa selamat dan makan tengahari sebelum memulakan konvoi rombongan pertunangan ke Kampung Parit Perawas berhampiran Sungai Rambai, di sempadan Melaka-Johor. Seperti biasa Hamzah @ Lobai bertugas sebagai pembaca doa.

hantaran pertunangan

Jurucakap pihak lelaki ialah adik kepada emak saya iaitu Pak Uda dan bagi pihak perempuan pula ialah bapa saudaranya sendiri yang merupakan ketua kampung di situ.

Jurucakap kami (HJ Rasid @ Pak Uda) berseloroh dengan Hj Zainal (Tok Sidang) yang mewakili keluarga perempuan

LCCT

Keesokannya kami sekeluarga keluar jam 7.30 pagi menuju ke LCCT bagi menghantar Emily yang akan terbang pada jam 10.20 pagi untuk pulang ke kampung halaman  di Bundu Tuhan, Ranau, Sabah. Dalam perjalanan kami bertemu dengan beberapa kemalangan jalan raya yang berlaku lebih awal kerana cuaca yang hujan lebat sebelum itu. Namun alhamdulillah, kami sampai lebih awal dari sasaran asal.

Bowling Keluarga.

Dari LCCT kami menuju ke Ampang Point untuk bermain bowling bersama keluarga dan selepas makan tengahari, Faiz pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur dan kami yang lainnya pulang ke Melaka dan kemudiannya, selepas tengah malam, meneruskan perjalanan ke Johor Bahru.

penuh aksi

aksi ganas

Tepat sekali...

Berehat di Johor Bahru.

Setelah mengalahkan anak-anak dalam permainan bowling, kedua ibu-bapa sakit otot. Haha.. A good celebration indeed…


About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s