Malam Badar dan Bingkisan Ramadan – Agenda Mendidik Hati

28 dan 29 September 2010 merupakan tarikh penting bagi ramai orang. Ada yang menyambut ulang tahun kelahiran, atau ulang tahun perkahwinan atau tarikh mengenang pelbagai peristiwa suka dan duka dalam kehidupan. Bagi saya, dua hari ini dipenuhi dengan aktiviti mendidik jiwa.

Malam Badar

Pada hari Sabtu 28 September, Pusat Pendidikan Hidayah menganjurkan “Malam Badar” iaitu majlis mengingati peperangan Badar. Seperti biasa, majlis diisi dengan iftar, ceramah, solat Tarawih dan kutipan bagi mengisi Dana pembangunan Sekolah Hidayah. Tahun ini Pusat Pendidikan Hidayah akan membangunkan sebuah bangunan 3 tingkat bernilai 1.8 juta bagi kegunaan sekolah menengah Islam Hidayah. Alhamdulillah, lebih dari RM90 Ribu dikutip pada malam itu. Semoga Allah mengganjari semua penyumbang dan menambahkan keberkatan kepada harta mereka.

Peristiwa Badar mempunyai pengajaran dan makna yang besar pada perjuangan Islam. Ia telah menunjukkan bagaimana sekelompok manusia yang serba kekurangan maju ke hadapan mentaati pemimpin mereka, ar-rasul SAW. Mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka untuk maju ke hadapan bersama rasul ke medan Badar dalam keadaan serba kekurangan dari segi persiapan senjata. Untuk 300 lebih para sahabat tersebut, Allah telah memuliakan mereka dengan berfirman “Kerjakanlah apa yg kalian suka Aku telah mengampuni dosa kalian.”

Itulah kelebihan yang Allah telah berikan kepada golongan pelopor yang menawarkan diri ketika umat Islam dalam keadaan lemah. Itulah juga semangat yang perlu dicontohi dalam usaha kita membina semula masyarakat yang semakin luntur moralnya.

Bingkisan Ramadan

Pada pagi 29 September pula, hampir semua cawangan Pertubuhan IKRAM Malaysia di Johor melancarkan Program Bingkisan Ramadan. Menerusi program ini, sumbangan wang ringgit dikutip dari ahli-ahli IKRAM dan rakan-rakan mereka untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan termasik fakir miskin, saudara baru dan anak-anak yatim. Program ini penting dan telah dianjurkan saban tahun kerana ianya dapat mendidik hati untuk rasa bersyukur atas pemberian Allah SWT di samping menolong mereka yang memerlukan. Alhamdulillah, tahun ini saya turun bersama isteri dan 2 anak iaitu Amin dan Faisal.

Sebahagian dari kumpulan kami

Parit Patah dan Parit Bengkok

Nama kedua-dua kampung ini memang menarik. Mungkin ada sejarahnya tersendiri. Kedua-duanya terletak dalam daerah Pontian dan ianya adalah dua kampung yang diziarahi kumpulan kami. Selain kumpulan kami, ada 5 lagi kumpulan yang “bertugas” di beberapa kampung dalam daerah Pontian termasuk Tenggayun, Pekan Nenas dan sebagainya.  Setiap kumpulan membawa bungkusan-bungkusan barang makanan dan sedikit wang yang akan disampaikan kepada keluarga yang telah dikenalpasti oleh pihak masjid.


Insaf…

Semasa menziarahi salah satu dari rumah, seorang ahli usrah saya membisik kepada saya, “terasa insaf…”. Ya, bila kita menziarah mereka yang lebih susah, barulah kita dapat merasakan nikmat Allah yang kita terima selama ini.

Buah Markisa

Di luar sebuah rumah kecil yang dibina oleh projek PPRT kelihatan pokok-pokok nenas dan cili yang ditanam subur menghijau. Semoga Allah menambah lagi keberkatan kepada tuan tumah itu yang hidup serba kekurangan. Di samping itu, terdapat juga pokok buah markisa yang enak jika dibuat jus.

Buah Markisa

Kalau Sudah Ajal

Salah seorang Pakcik yang uzur yang kami ziarahi menceritakan tentang kemalangan yang menimpa anak mudanya, “dia naik motor, tiba-tiba motornya dilanggar oleh babi. Dia tercampak dan meninggal dunia”. Peristiwa itu berlaku 2 bulan yang lalu.

Iftar Bersama Keluarga Miskin dan Anak Yatim

Pada petangnya pula saya menyertai rombongan IKRAM Bandaraya Johor Bahru dalam salah satu aktiviti Bingkisan Ramadan yang dianjurkan mereka. Kami menghadiri iftar di sebuah surau tidak jauh dari Ulu Tiram. Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Harun yang tinggal di Kg. Sungai Tiram. Tazkirah itu mengingatkan tentang pentingnya menyediakan bekalan dalam perjalanan menuju ke akhirat. Selepas itu, sumbangan disampaikan kepada keluarga terpilih dan anak-anak yatim. Majlis ditamatkan dengan solah maghrib dan makan malam.

Tazkirah itu saya ulas dan sampaikan kembali di

http://johor.ikram.org.my/v3/mod/resource/view.php?id=37


About Dr. AA

I am an educator, professional trainer, safety consultant, researcher, social worker, outdoor enthusiast, and a thinker.
This entry was posted in Happening and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Malam Badar dan Bingkisan Ramadan – Agenda Mendidik Hati

  1. violet biru says:

    salam Prof..

    post yang baik.. dah lama tak singgah sini =)

  2. Dr. AA says:

    salam violet biru. welcome back. busy kerja kot, tak macam masa student.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s